Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.dur] | تيدور

Definisi : 1. dlm keadaan tidak sedar dgn mata terpejam (kerana berehat): siang bekerja malam ~; ~ (-tidur) ayam tidur yg tidak lena (mudah terjaga); ~ lelap (lena, lenyak, nyenyak, senyap) tidur benar-benar (sehingga tidak mudah dikejutkan); ~ mati tidur dgn sangat lenanya; baju (pakaian) ~ baju (pakaian) yg khusus dipakai utk tidur, pijama; bilik (kamar) ~ bilik tempat orang tidur; kaki (tukang) ~ bp (orang yg) sangat suka atau sangat mudah tidur; penyakit ~ sj penyakit yg menyebabkan orang yg menghidapnya selalu hendak tidur; tempat ~ a) bilik (bangunan) tempat orang tidur; b) ranjang; ubat ~ = penidur ubat yg menyebabkan tidur; 2. = masuk (pergi) ~ hendak (pergi utk) berehat dgn memejamkan mata dan tidak sedar diri: biar aku sahaja menyudahkan kerja ini, kau boleh pergi ~ ; 3. a) berbaring; b) = tidur-tidur berbaring-baring (kerana berehat dll); ~ tak lelap, makan tak kenyang prb perihal orang yg tidak tenang fikirannya (kerana runsing, rindu, dll); bagai ~ di atas miang (enjelai) prb perihal orang yg sangat gelisah (kerana banyak perkara yg difikirkannya dll); meniduri 1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yg di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi; menidurkan 1. membuat supaya tidur, mem­-baringkan supaya tidur: sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. mem-baringkan, merebahkan: kemudian hendak-lah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang menga­rah ke tepi; 3. ki menjadi-kan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), me-lalaikan: janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala; tertidur 1. (sudah) tidur: dia merapati katil dan mendapati anaknya sudah ~; 2. mulai tidur: kian lama mata bapa kian pudar, dia ~; 3. dgn tidak sengaja tidur: kerana terlalu letih dia ~ di kerusinya; ketiduran 1. = tempat ~ tempat tidur: nasihat itu menghadapkan kenang-kenang­an­nya ke tempat lain, jauh dr ~nya dewasa itu, ke rumah isterinya; 2. tertidur (dgn tidak sengaja), lama sungguh tidur; ketidur-tiduran selalu mengantuk (hendak tidur); setiduran = seketiduran; seketiduran 1. setempat tidur, tidur bersama-sama; selapik ~ (sahabat) sangat karib; 2. teman tidur; berseketiduran 1. tidur bersama di suatu bilik (katil dll); 2. bersetubuh; petiduran tempat tidur; penidur 1. (orang yg) selalu tidur atau sangat mudah tidur, kaki tidur, tukang tidur; 2. = ubat ~ ubat (pil dll) yg menyebabkan tidur lena. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.dur] | تيدور

Definisi : 1 (dlm keadaan) berehat dgn mata terpejam dan tidak khabarkan diri: Biar aku saja yg menyudahkan kerja ini, engkau boleh ~. Dia masih ~ di biliknya. 2 keadaan rehat dgn mata terpejam dan tidak khabarkan diri; ~ lena (lenyak) tidur yg tidak mudah dikejutkan. tidur-tidur berbaring-baring (tetapi tidak lena). ~ ayam tidur yg tidak lena. meniduri 1 tidur di: ~ tilam empuk. 2 bersetubuh dgn. menidurkan membuat supaya tidur: Ibu itu sedang ~ anaknya. tertidur dgn tidak sengaja tidur: Kerana terlalu letih, dia ~ di kerusinya. ketiduran 1 tertidur (dgn tidak sengaja); terlampau lama tidur. 2 = tempat ~ tempat (utk) tidur. seketiduran bersama-sama tidur di satu tempat; sama tempat tidur. berseketiduran 1 tidur bersama-sama di satu tempat tidur. 2 bersetubuh. petiduran tempat tidur. penidur 1 orang yg selalu atau sangat mudah tidur. 2 ubat dsb yg menyebabkan atau memudahkan tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau ada padi gugur,
     Bolehlah kita tampi-tampi;
Kasih terlupa antara tidur,
     Dalam tidur kita bermimpi.


Lihat selanjutnya...(134)
Peribahasa

Tidur tak lelap,
     makan tak kenyang.

Bermaksud :

Orang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam).

 

Lihat selanjutnya...(34)

314

Wake not a sleeping lion

Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah.

Mengusik anjing tidur

Why should your bother them when they don't bother you? Wake not a sleeping lion . We don't want them to ruin our trade which is just booming.

Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Jangan mengusik anjing tidur. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Bunting May 201619292/2016RUANG TAMU YANG SELESA KAMAR TIDUR UTAMA MEWAH BILIK TIDUR DUPLEKS PERIBADIMajlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201604/12233Lulus21/04/201622/04/201609:02:05
Promosi516/2017promosi ulang tahun ke-30 12-22 jan. 2017 percuma 1 set sofa bentuk L set bilik tidur + tilam RM1998 percuma 1 set bilik tidur set bilik tidur RM2980Majlis Perbandaran KuantanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201701/12070Lulus09/01/201709/01/201715:02:24
Bunting May 2016 FA19807/2016RUANG MAKAN YANG SELESA KAMAR TIDUR UTAMA MEWAH BILIK TIDUR DUPLEKS PERIBADIMajlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201604/12923Lulus25/04/201628/04/201608:22:16
Bunting May set 219375/2016RUANG TAMU YANG SELESA KAMAR TIDUR UTAMA MEWAH BILIK TIDUR DUPLEKS PERIBADIMajlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201604/12249Lulus21/04/201622/04/201609:10:47
Wahid-Banner 20x452889/2016-Wahid Perabot -Promosi Akhir Tahun -Set Bilik Tidur 8' x 8' + Tilam -RM2880 -RM450 -RM180 -Set Bilik Tidur 4' -RM780 - Set Bilik Tidur 5' + Tilam -RM1580Majlis Perbandaran KluangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/14927Lulus26/10/201627/10/201616:52:52
Raif Perabot - Banner 19x461497/2016-Raif Perabot -Promosi Akhir Tahun -Set Bilik Tidur 8' x 8' + Tilam -RM2880 -RM450 -RM180 -Set Bilik Tidur 4' -RM780 - Set Bilik Tidur 5' + Tilam -RM1580TiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/11261Lulus06/12/201607/12/201611:41:14
Arif Perabot Banner19x461712/2016-Arif Perabot -Promosi Akhir Tahun -Set Bilik Tidur 8' x 8' + Tilam -RM2880 -RM450 -RM180 -Set Bilik Tidur 4' -RM780 - Set Bilik Tidur 5' + Tilam -RM1580Majlis Perbandaran KluangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201612/11483Lulus08/12/201609/12/201608:24:16
Wahid Perabot - Banner 18x414887/2017-Wahid Perabot (Name Company) -Promosi -Set Bilik Tidur 8'x8'+Tilam -RM2880 -RM480 -RM230 -Set Bilik Tidur 4' -RM880 -Set Bilik Tidur 5' + Tilam -RM1580Majlis Perbandaran KluangPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201703/17661Lulus21/03/201721/03/201715:56:06
Keselesaan Tidur Malam…Dengan Dreamland18349/2017Keselesaan Tidur Malam…Dengan DreamlandMajlis Bandaraya Petaling JayaPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201703/19688Lulus30/03/201731/03/201709:07:53
JUALAN SET BILIK TIDUR54054/2016JUALAN SET BILIK TIDUR PERCUMA TILAMMajlis Perbandaran Batu PahatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201611/10239Lulus01/11/201602/11/201608:39:08
12345678910...

Kembali ke atas