Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.ju] | توجو

Definisi : 1. arah, hala, jurusan: ke mana ~nya?; 2. = tujuan maksud, kehendak, sasaran; setuju 1. = setujuan sama arahnya (mak­sud­nya, tujuannya, dll): dasar perjuangan kita adalah ~; 2. = bersetuju tidak ber­tentangan (pendapat, fikiran, dll), semua­fakat, sependapat: aku ~ dgn kata-katanya; 3. = bersetuju serasi, cocok, sesuai: jikalau barang suatu perkataan itu dipakai ber­patutan dgn tempatnya nescaya sedaplah bunyinya dan ~lah dgn ertinya; 4. ark = bersetuju tertarik hati kpd, berasa senang akan, berkenan: jika tuan ~ ambillah; 5. = bersetuju, bersetujuan berbetulan (dgn), bertepatan (dgn); menyetujui, mempersetujui menyatakan bersetuju dgn, tidak menentang atau mem-bangkang (pendapat dll), membenarkan, mengiakan: rasa berat hati anakanda hendak ~nya; permintaan itu dipersetujuinya; menyetujukan, mempersetujukan men­jadikan setuju, mencocokkan, mengakurkan, menyesuaikan; persetujuan 1. pernyataan setuju (mem­perkenankan, membenarkan), pembenaran, pengesahan: pernikahan anaknya tempoh hari tidak mendapat ~nya; 2. sesuatu yg telah dipersetujui (oleh kedua-dua belah pihak), kata sepakat yg dicapai, perjanjian: akhirnya mereka mendapat ~ membuka kedai buku dgn modal lima puluh ringgit seorang; 3. perihal setuju, kecocokan, keselarasan, kesesuaian; menuju 1. = ~ ke = ~ arah ke pergi ke, arah ke: maka kedua-dua hulubalang itu ber­jalanlah ~ gunung itu; 2. mengikut arah (hala), mengabah, mengarah, menghala: pem­buluh ini masuk ~ ke hati; 3. membalingkan (melontarkan) kpd: melempar ~ tampuk; 4. menghendaki, memaksudkan: engkau yg ditujunya, tetapi yg lain yg didapatinya; 5. bermaksud utk mencapai, bertujuan utk menuntut sesuatu: segala perintah dan hukumnya itu ~ kpd suatu perkara yg besar, iaitu kesenangan hati bagi segala rakyatnya juga; menujui menuju: tidak lama kemudian sampailah mereka ke negeri yg ditujui; menujukan 1. membawa sesuatu arah ke, mengarahkan ke, mengacukan ke: kapal itu hendak ~ haluannya ke laut; 2. meng­alamatkan kpd, mengarahkan kpd, menyam­paikan kpd: Radio Malaysia sedang meran­cang siaran dlm bahasa Perancis yg dituju­kan kpd pendengar di Vietnam; tertuju 1. kena tuju, dituju; 2. = ~ kpd diarahkan (dialamatkan, dimaksudkan, dituju-kan) kpd: kedua-dua matanya tetap ~ ke muka Muhammad Sani; 3. ki tertumpu (pd): fikirannya ~ kpd gadis genit itu; tujuan 1. arah, hala, haluan; 2. yg dituju, maksud, matlamat, tuntutan: tiap-tiap manusia berusaha utk mencapai ~ ini; ~ penderita = pelengkap ~ Id objek (dlm ayat), penyambut (dlm ayat); bertujuan 1. mempunyai tujuan, ada yg dituju (dimaksudkan), berhaluan: nampaknya tuan hamba juga ~ hendak ke tempat mereka; 2. Id memakai penyambut atau objek (ayat dll); ketuju; ~ di hati a) tertarik hati, terpikat hati, suka; b) yg disukai, yg digemari; diketujui ark disukai, digemari; penuju; ~ di hati ketuju di hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ju] | توجو

Definisi : jampi (mantera dll) yg dibaca utk membuat orang jatuh sakit atau mati: ayahanda lepaskanlah ~ ini; menuju menggunakan (melepaskan) tuju pd: ~ orang sampai mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ju] | توجو

Definisi : 1 arah; hala. 2 maksud. menuju 1 = ~ ke pergi ke; mengarah ke: Kereta itu berjalan dgn lajunya ~ Kuala Lumpur. 3 mengikut arah; mengarah; menghala. 4 membalingkan atau me­lem­­parkan sesuatu ke arah tertentu: Dlm permainan itu, bola kecil digunakan utk ~ botol-botol. 5 bermaksud utk: Usaha-usaha itu ~ kpd kemajuan ma­sya­rakat Malaysia. menujukan 1 mem­­bawa sesuatu ke arah tertentu; mengarahkan ke: Ia ~ kapal itu ke Pelabuhan Kelang. 2 mengalamatkan kpd; menyampaikan kpd: Bakar ~ surat itu kpd ibunya di kampung. tertuju teracung; tertumpu. tujuan 1 arah yg diikut; haluan. 2 maksud; matlamat: Ia datang ke mari dgn ~ tertentu. bertujuan mempunyai tujuan; bermaksud: Kami ~ menjemput saudara pulang ke kampung. setuju 1 serupa maksudnya atau sama arahnya. 2 sesuai; cocok: Kain biru itu ~ dgn baju putih ini. bersetuju 1 mempunyai pendapat atau fikiran yg serupa; bersependapat: Saya ~ dgn pendapat kakak saya. 2 berasa berkenan atau berasa tertarik kpd: Kalau tuan ~, belilah. menyetujui menyatakan setuju: Ayahnya ~ rancangannya hendak pergi ke luar negara. menyetujukan menjadikan setuju; menyesuaikan; men­cocokkan. persetujuan 1 per­nyataan bersetuju; pengesahan: Ia sudah mendapat ~ ketuanya utk bercuti panjang. 2 kata sepakat yg telah dicapai antara pihak yg terlibat; perjanjian: Kedua-dua belah pihak telah mencapai ~ dlm mesyuarat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tu.ju] | توجو

Definisi : mantera (jampi, sihir dll) utk membuat orang supaya sakit atau mati: Orang itu mati kerana kena ~. menuju mengenakan atau menggunakan tuju pd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Program Perancangan Hala Tuju bagi Pelajar Lepasan SPM23976/2017Program Perancangan Hala Tuju bagi Pelajar Lepasan SPM Tempat: Grand View Hotel, Bahau, NEGERI SEMBILAN MASA DAN TARIKH: 10PAGI - 3 PETANG (6HB MEI 2017) AKTIVITI KHIDMAT SOCIAL MASYARAKAT: PEMERIKSAAN KOMPUTER RIBA DAN KERETA SECARA PERCUMA (10 BAHAGIPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/13734Lulus28/04/201702/05/201710:07:06
Panasonic19553/2016Ubah Hala TujuMajlis Bandaraya Petaling JayaBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201604/12544Lulus22/04/201625/04/201614:47:12

Kembali ke atas