Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp = menunggu; ruang ~ ruang tempat menanti; bertunggu 1. sedang menjaga, berjaga, berkawal: orang besar-besar sekaliannya ~ negeri; 2. sl menanti: maka baginda pun sediakala duduk menghadap Seri Betara ~ tunangan; menunggu 1. = menunggui menjaga supaya selamat (rumah, orang sakit, dll), mengawasi: rumah itu tidak ditunggu orang; 2. menanti (ketibaan orang, berlakunya atau berlang-sungnya sesuatu dll), menyambut atau menyongsong (tetamu): dia ~ kepulangan anak­nya di muka tangga; 3. = menunggukan ark bersabar menanti sesuatu yg akan berlaku, menantikan: pokok getah itu hen-daklah ditunggu sehingga tujuh tahun barulah boleh ditoreh; 4. = menunggui menduduki, mendiami, menghuni, tinggal di: harimau yg dijumpai mereka itu ialah jin kuning yg ~ kaki bukit selekoh tiga; ~ angin lalu menunggu dgn sia-sia; ~ masa menunggu hingga tiba masanya (ketikanya); ~ tanduk kerbau goyah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin (berlaku, tiba, dll); menunggu-nungu, tertunggu-tunggu asyik menunggu, lama menunggu, sentiasa me-nunggu: ~ buah yg tidak kunjung jatuh; Sharifah Aini sedang tertunggu-tunggu kepulangan anaknya; menunggui 1. menjaga (orang sakit, rumah, dll), mengawal: orang yg ~ orang sakit itu di-suruhnya keluar semuanya; segala bangunan itu pun disuruh tunggui dan parit pun diisi air; 2. mendiami, menduduki, menghuni: tempat-tempat demikian itulah pula menurut kepercayaan mereka kerap ditunggui jin jembalang dsb; penungguan perihal menunggu, penantian: apa yg ditunggu dia sendiri kurang tahu, barangkali ~ itu cuma utk mencari ruang utk menarik nafas; penunggu 1. orang yg menunggu (menga­wal, menjaga), pengawal, penjaga: ~ pintu; 2. orang yg menunggu (kedatangan orang dll), penyambut (tetamu): bangun lagi dia dan datang lagi ke arah pintu bangunan tempat orang-orang ~ jemputan datang; 3. yg men-diami, penghuni: binatang-binatang ~ hutan membuat lagu alam yg tidak pernah ber­ubah-ubah; 4. (hantu, puaka, dll) yg menunggui atau mendiami: seumur hidupku belum aku ber-jumpa hantu syaitan atau puaka ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Tetak buluh berdepa-depa,
     Cicak racit di dalam padi;
Orang tunggu terketa-keta,
     Dia nak cantik sekali lagi.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

112

First catch your hare

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Burung yang terbang dipipiskan lada

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. First catch your hare . Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Jangan Tunggu-Tunggu50086/2015Bandar Bukit Raja (Logo) Kedamaianku Di Sini. (Tagline) Jangan Tunggu-Tunggu 'Fu-yooh!' Keceriaan kehidupan... Daftar sekarang di www.simedarbyproperty.com +603 3361 7288 1800 88 1118 Sime Darby Property (Logo)Pihak Berkuasa TempatanPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201512/08703Lulus17/12/201517/12/201513:57:03
TUNGGU SAYA DATANG!5373/2015TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201708/13035Lulus17/06/201509/08/201717:07:16
MESTI BELI !! Tunggu Apa Lagi? 8 Oktober-31 Disember 201652340/2016Hanya RM1Majlis Perbandaran TemerlohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/14286Lulus22/10/201624/10/201615:27:30
Paris, Milan, London. Tunggu saya datang!28695/2015Realisasikan gaya hidup yang anda idamkan selama ini. 3 Hadiah Utama Membeli-belah di Paris, Milan, atau London ditanggung sepenuhnya dan pelbagai hadiah menarik daripada Yuna dan Asha Karim. Kakitangan Awam KADAR KEUNTUNGAN SETAHUN (KADAR ASAS TEDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201507/08729Lulus28/07/201529/07/201508:06:50
jualan mulah14416/2014murahnya.......Jangan tunggu lagi!Majlis Perbandaran KluangOptikTiadaDBP/KPB/201406/05826Lulus27/06/201430/06/201408:16:17
jualan murah13959/2014murahnya........jangan tunggu lagi!Majlis Perbandaran KluangOptikTiadaDBP/KPB/201406/05489Lulus24/06/201424/06/201420:10:31
Banner Handphone50780/2016Jangan tunggu lagi, milikilah telefon idaman anda dengan skim ansuran mudah! Ada servis pembayaran bil Percuma charger dalam kereta, micro sd card 8gb, kabel usb - jumlah bernilai rm159!Majlis Perbandaran SerembanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201610/13618Lulus19/10/201620/10/201607:56:28
song peng bunting2689/2014pameran pelancongan, masuk percuma, hadiah tunggu anda dimenagi, penajaMajlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201402/03466Lulus14/02/201417/02/201408:16:33
Kempen Awal Tahun7306/2016Kempen Awal Tahun Jangan Tunggu 1 - 31 Mac 2016Pihak Berkuasa TempatanBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201602/08549Lulus22/02/201622/02/201613:58:03
Love Your Life2821/20151. Love your life 2. Kenapa perlu tunggu sakit untuk menjadi sihat ? 3. Logo Penjenamaan HOUSE OF HEALIN & Slogan yang telah di daftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek. 4. Talian Khidmat Pelanggan 5. Laman web 6. Laman web pembelian atas talian 7.Majlis Bandaraya Shah AlamUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201501/06390Lulus22/01/201526/01/201512:30:39
12

Kembali ke atas