Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = tertutup tidak terbuka, terkatup: semua kedai kecuali kedai makanan ~ pd hari Ahad; baju jas ~; 2. = tutupan, penutup sesuatu yg digunakan utk menudungi (menyelubungi dll) sesuatu; ~ botol sumbat botol (drpd gabus dll); ~ bantal bahagian hujung dan pangkal bantal yg dihiasi dgn sulaman; ~ kepala tudung kepala (song-kok, terbus, dll); ~ malu sesuatu yg dipakai dll supaya jangan mendapat malu; ~ meja kain alas meja; ~ mulut a) tinggal diam mem-bisu, tidak berkata-kata; b) bp rasuah, wang suap; ~ pintu a) bp menutup pintu; b) daun pintu; ~ sanggul sj cucuk sanggul; ~ tiang alang rumah yg dipasang dr tiang ke tiang; bertutup ada tutupnya, memakai tutup (tu-dung): mangkuk ~; perempuan Islam bukan-nya demikian, mereka ~ kepala dan berbaju; menutup 1. tidak membiarkan terbuka (pintu, tingkap, dll), merapatkan tutupnya, mengatup: ia ~ pintu rumahnya; 2. memberi bertutup (bertudung), menudungi: kita hen-daklah ~ makanan kita supaya jangan dihinggapi lalat; 3. ki tidak menghebahkan, merahsiakan, menyembunyikan: mereka tahu ~ rahsia; 4. menjadikan tidak boleh dilalui atau diikuti (jalan, sungai, dll), menim­bus supaya buntu, menyekat, menyumbat: semua jalan di kawasan perintah berkurung telah ditutup sejak pukul enam petang tadi; 5. mematikan nyala lampu dll, lwn memasang: dia memberani-beranikan hati pergi ke ruangan depan dan ~ lampu; 6. memasuk-kan ke dlm penjara, memenjarakan; 7. men-jadikan cukup (wang perbelanjaan dll), mencukupkan, menggenapkan; 8. mengakhiri atau menyudahi (cerita, pembicaraan, dll): Ali ~ cerita dan meraba bibirnya; 9. tidak melanjutkannya lagi (tempoh), habis tempoh-nya: tarikh permohonannya ditutup pd 10 Julai yg akan datang ini; ~ buku a) mengatup buku; b) memasukkan ke dlm buku kira-kira (wang keluar masuk); ~ jalan a) tidak membenarkan lalu; b) menye-kat drpd melakukan sesuatu; ~ mata a) memejamkan mata; b) melekapkan sesuatu di mata supaya jangan dapat melihat; c) sengaja tidak mahu mengambil tahu: sese-orang tidak harus ~ mata kpd ilmu-ilmu yg berasaskan sains; d) mati, meninggal; ~ muka melindungi muka dgn sesuatu; ~ mulut a) diam sahaja; b) tidak mahu memberitahu; ~ pintu tidak atau enggan menerima (pengaruh, ajaran, dll); tidak mahu menyambut atau melayani (sesuatu); ~ telinga a) melekapkan sesuatu pd telinga supaya tidak mendengar; b) sengaja tidak mahu mendengar; menutupi 1. banyak yg ditutup, berkali-kali menutup; ~ pintu banyak pintu yg ditutup; 2. memberi bertutup, melindungi: disentaknya kain utk ~ pusatnya; rambutnya yg jatuh ~ dahinya; 3. ki melindungi sesuatu (supaya jangan diketahui orang dll), merahsiakan: ia ~ isi hatinya yg sebenarnya; menutupkan 1. menggunakan sesuatu utk menutup, menutup utk: maka disuruhnya ambil batu yg besar-besar maka ditutup­kannya pd pintu gua itu; 2. mengatupkan: maka pukul tujuh malam ditutupkannya pintu itu dan pukul tujuh pagi dibukanya; 3. ki menghabiskan (puasa), membuka (puasa): ia mesti ~ puasanya; tertutup 1. tidak terbuka, terkatup, terkunci: sehari-hari ini pintunya ~ sahaja; 2. ki tidak bebas lagi, tidak terbuka utk mendapat atau menerima sesuatu: malangnya ketika demi-kian, peluang bagi mengisi perut telah ~ bagi mereka; bersikap ~ bersikap tidak sama sekali rela atau bersedia menerima sesuatu (pengaruh dll); tutupan 1. alat utk menutup, tudung; 2. sesuatu yg ditutup; orang ~ orang yg dihukum penjara; rumah ~ penjara; penutupan perihal menutup (menutupi, menu-tupkan), penamatan, pengakhiran, penyudah-an: beliau diberitakan telah mengisytiharkan ~ perkhidmatan penerbangan Amerika Syarikat di seluruh Indonesia; penutup 1. alat yg digunakan utk menutup, penudung; 2. sesuatu yg (dipakai utk) meng-akhiri (surat, karangan, ucapan, dll), pengunci, penyudah: sbg ~ ingin saya kemukakan beberapa saranan; ~ surat itu mengatakan bahawa ia akan datang sore hari sambil membawa wangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ bumi sj tumbuhan (herba), Elephantopus scaber; ~ bumi rimba sj tum­buh­an (herba), kerakap rimau, Phyllagathis griffithii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak dibuka; lw buka: Kedai itu ~ pd hari Jumaat. 2 = penutup benda yg digunakan utk menudung (melindungi dll) sesuatu. ~ botol sum­bat botol; tudung botol. ~ kepala tudung kepala (songkok, kain tudung dll). ~ mulut a. tidak berkata-kata; membisu. b. wang suap supaya rahsia tidak dibocorkan. ~ pintu daun pintu. bertutup ada tutup­nya; memakai tutup atau tudung. menutup 1 me­rapatkan tutupnya (ttg pintu, tingkap dll); mengatup: Ia ~ pintu biliknya. 2 memberi bertutup atau ber­tudung; menudung. 3 menyimpan sbg rahsia; menyembunyikan: Ia pandai ~ keburukan keluarganya. 4 menyebabkan tidak dpt dilalui (ttg jalan, sungai dll); menghalang: Polis telah ~ jalan itu utk mengelakkan kesesakan lalu lintas. 5 memadamkan atau mematikan nyala lampu dll; lw memasang: Ia ~ lampu biliknya lalu tidur. 6 mengakhiri atau menyudahi sesuatu pembicaraan, cerita dll. menutupi menjadi sbg tutup pd; menudungi: Tudung saji yg ~ hidangan itu halus anyamannya. menutupkan 1 menggunakan sesuatu utk menutup: Ia ~ tuala pd kepala anaknya. 2 menutup utk orang lain; mengatupkan: Ani ~ ibunya pintu. tertutup 1 sudah ditutup; terkunci: Tingkapnya ~ saja kerana hari hujan. 2 ki tidak bebas; terhad: Pintu rezeki mereka belum ~ lagi. 3 ki bukan utk umum: sidang ~ sidang mesyuarat utk anggota-anggota saja. tutupan 1 alat utk menutup; penutup. 2 ki sesuatu yg tertutup (spt tempat mengurung): rumah ~ penjara; orang ~ orang yg dihukum penjara. penutupan per­buatan (hal dsb) menutup, menutupi atau menutupkan. penutup 1 alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2 sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll: Sbg ~, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kpd hadirin yg sudi datang ke majlis ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tutup
Kata Terbitan : bertutup, menutup, tertutup, penutupan, penutup,

Puisi
 

Tumbuk tepung jangan dicuci,
     Buat bubur dalam belanga;
Tutup pintu jangan kunci,
     Abang nak masuk tidur sama.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Tutup lubang,
     gali lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali lubang, menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PROMOSI TUTUP KEDAI6664/2017PROMOSI TUTUP KEDAIPihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201702/10823Lulus08/02/201708/02/201714:38:32
JOM TUTUP AURAT1927/2014JOM TUTUP AURAT ...kerana dirimu begitu berharga.. Seluruh badan kecuali muka dan pergelangan tangan Tebal Feminin Longgar Tidak bercirikan agama lain Sederhana Tidak menunjuk-nunjukMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201402/02925Lulus04/02/201404/02/201415:29:34
BUNTING(2x5) PROMOSI HEBAT TUTUP KEDAI1938/2015PROMOSI HEBAT TUTUP KEDAI MULAI SEKARANG SEHINGGA 1/2/2015Majlis Daerah BentongMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201501/05564Lulus16/01/201521/01/201508:50:50
BUNTING(2x5) PROMOSI HEBAT TUTUP KEDAI (MANJOI)1942/2015PROMOSI HEBAT TUTUP KEDAI MULAI SEKARANG SEHINGGA 1/2/2015Majlis Bandaraya IpohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201501/05568Lulus16/01/201521/01/201508:54:54
BANNER (4x12) PROMOSI HEBAT TUTUP KEDAI (MANJOI)1941/2015PROMOSI HEBAT TUTUP KEDAI MULAI SEKARANG - 1/2/2015Majlis Bandaraya IpohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201501/05567Lulus16/01/201521/01/201508:54:29
BUNTING (2x5) PROMOSI HEBAT TUTUP KEDAI (PONTIAN)1940/2015PROMOSI HEBAT TUTUP KEDAI MULAI SEKARANG SEHINGGA 1/2/2015Majlis Perbandaran Batu PahatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201501/05566Lulus16/01/201521/01/201508:53:08
BANNER (4x12) PROMOSI HEBAT TUTUP KEDAI (PONTIAN)1939/2015PROMOSI HEBAT TUTUP KEDAI MULAI SEKARANG - 1/2/2015Majlis Perbandaran Batu PahatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201501/05565Lulus16/01/201521/01/201508:51:10
BANNER(4x12)(PROMOSI HEBAT TUTUP KEDAI)BENTONG1937/2015PROMOSI HEBAT TUTUP KEDAI MULAI SEKARANG ~ 1/2/2015Majlis Daerah BentongMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201501/05563Lulus16/01/201521/01/201508:50:17
Banner Tutup Kedai_Taman Tas19804/2014TiadaMajlis Perbandaran KuantanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201409/03049Lulus28/08/201402/09/201411:08:17
Banner Tutup Kedai_Muar19802/2014TiadaMajlis Perbandaran MuarMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201409/03047Lulus28/08/201402/09/201411:04:10
12345

Kembali ke atas