Definisi : apa yg diucapkan, kata, perkataan, ucapan; ~ bahasa = ~ cakap = ~ kata bahasa per-cakapan; ~ dan kata ucapan dan kata; ~ nista kata-kata yg menista (mencemuh dll); ~ sepatah kata sepatah; bahasa ~ bahasa percakapan; buah ~ apa yg diperkatakan, buah mulut, bahan percakapan; bertutur bercakap, berbicara, berkata: calon-calon hendaklah boleh ~ dlm bahasa kebang-saan dgn fasih; bertutur-tutur bercakap-cakap, berkata-kata: setelah ~ sececah, ia pun mohon diri akan pulang; menuturkan 1. mengeluarkan kata-kata, melafazkan, mengatakan, mengucapkan; 2. mengucapkan (nama dll), menyebutkan: adapun pendeta-pendeta ~ keesaan Tuhan yg ada itu dgn pelbagai nama yg berlainan; 3. = mempertuturkan mengisahkan, men-ceritakan: ada antara tukang cerita ini yg masih ~ beberapa cerita dlm majlis per-kahwinan di kampung; pertuturan 1. cara atau gaya menuturkan sesuatu, lafaz, sebutan, ucapan: kata kita jangan, katanya jangang, kata kita bulan, katanya bulang, tetapi ~nya sahaja demi-kian; 2. apa yg dituturkan, percakapan: perkataan yg dipinjam ini bukan hanya ter-simpan dlm kamus tetapi digunakan dlm ~ sehari-hari oleh orang ramai; penuturan perihal menuturkan, pembicara-an, percakapan: cerita-cerita ini diabadikan melalui ~ sahaja walaupun pd adatnya cerita-cerita itu berubah-ubah dan bertokok tambah; penutur orang (kaum dsb) yg menuturkan sesuatu bahasa, orang (kumpulan orang) yg menggunakan sesuatu bahasa (sbg kelaziman): ~ bahasa Melayu tentulah berasa perlu mengungkapkan segala yg baru ini dlm bahasa Melayu; ~ asli penutur sesuatu bahasa yg sudah menjadi bahasa ibundanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)