Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.bah] | اوبه

Definisi : kelainan (dgn yg lain), beza, lain; tak ~ sama benar dgn, tidak ada bezanya; berubah 1. berbeza (drpd keadaan dsb yg asal atau yg semula jadi), menjadi lain: dia telah ~ drpd seorang yg gembira menjadi se-orang yg pendiam; penghidupan di kampung sudah banyak ~ sejak merdeka; 2. tidak tetap (keadaannya), setiap waktu lain, bertukar-tukar: suhu badannya tidak ~ walaupun hawa di kelilingnya tidak tetap; 3. tidak spt biasa atau sebelumnya, bertukar (warna, rupa, dll): ~ air mukanya apabila dia mendengar per-tanyaanku itu; 4. = ~ menjadi = ~ jadi = ~ kpd bertukar menjadi (sesuatu yg) lain: kertas akhbar yg lama ~ menjadi kuning; 5. Pr beralih (tempat dll), berpindah (dr yg dahulu), bertukar (arah dll): ~ dr sini kamu, Mat Som; ~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan menjadi gila; ~ hatinya (pendapatnya, niatnya) tidak spt biasa atau spt dahulu lagi hatinya (pendapatnya, niatnya); ~ muka bertukar air muka(nya); berubah-ubah sentiasa atau sering kali berubah (bertukar), tidak tetap (keadaannya dll): cerita itu ~ dan bertokok tambah juga akhirnya mengikut kemahuan si pencerita-nya; mengubah 1. berubah, menjadi lain: cara hidupnya telah ~ drpd cara hidup nenek moyangnya; 2. menjadikan berlainan atau berbeza drpd yg asal (semula jadi atau sebelumnya), menukar kpd yg lain: kejadian itu telah ~ sikapnya terhadap wanita; Chomsky sendiri telah beberapa kali ~ pendiriannya tentang aspek-aspek tertentu; 3. menjadikan lebih baik (drpd yg semula jadi, yg asal, atau sebelumnya), memperbaiki (keadaan yg kurang baik dll): Tuhan tidak akan ~ seseorang itu jika dia sendiri tidak berusaha ~ dirinya; kanak-kanak yg baru bersekolah akan terpaksa ~ kebiasaan mereka dgn tiba-tiba; 4. menyusun semula (cerita, karangan, dll), mengolah kembali; 5. tidak menepati (janji, sumpah, dll), tidak mematuhi (peraturan, adat, dll), melanggar (adat dll), menyalahi: sekalian adat dan pekerjaan ini semuanya drpd adat purba-kala, jikalau barang siapa ~ atau memecah-kan itu, nescaya ditimpa daulat marhum yg tua-tua; 6. bp memindahkan ke tempat lain (benih semaian dll), mengalihkan: benih padi disemai dlm bulan Jun atau Julai supaya kerja ~ boleh dilakukan dlm bulan Ogos; 7. mengalih (arah dll) dr yg asal atau semula, menukar arah dsb: pandangan itu kemudian-nya diubah ke muka bapanya; ~ janji memungkiri janji; ~ langkah ki menukar cara hidup; ~ setia mengalih kesetiaan kpd orang lain; mengubahkan menjadikan (menyebabkan) berubah, menjadikan berlainan atau berbeza (drpd yg asal atau sebelumnya), menukarkan: hendaklah kamu berdua jangan ~ setia kamu kpd anakku berdua; memperubahkan menjadikan berlainan, mem-perbezakan, memperlainkan; terubah sudah (dapat) diubah; ubahan (sesuatu) yg sudah diubah atau ber-ubah, (sesuatu) yg berlainan drpd yg asal atau semula; ketakberubahan keadaan yg tidak berubah; perubahan perihal berubah, peralihan, per-tukaran: dlm jangka waktu enam bulan ini, banyak ~ yg telah berlaku; pengubahan perihal mengubah (mengubah-kan), pengalihan, penukaran (kpd sesuatu yg lain): begitulah cara ~ politik dilakukan melalui tindakan yg negatif; pengubah orang dll yg mengubah (mengubahkan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.bah] | اوبه

Definisi : ; ~ paya = kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), pokok kerenam, Glochidion arbo­res­­cens; ~ putih sj tumbuhan (pokok), gedari rawang, hujan panas putih, pokok mancung, Glochidion glomerulatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.bah] | اوبه

Definisi : ; berubah 1 bertukar drpd keadaan semula: Sejak dia berkahwin, perangainya sudah ~. 2 berbeza drpd rupa atau warna yg asal; bertukar (perasaan dll): Warna kain ini sudah ~ menjadi pucat. Mendengar sindiran itu, ~ air mukanya. 2 berganti atau beralih menjadi lain: Ulat itu ~ menjadi rama-rama. berubah-ubah tidak tetap keadaannya (rupanya, rasanya dll); sentiasa berubah. mengubah 1 menjadikan berbeza drpd yg semula; menukar: Sejak hari itu, ia telah ~ cara hidupnya. 2 menyusun semula sesuatu cerita, karangan dll sehingga menjadi berlainan drpd yg asal; mengolah kembali: Ia ~ jalan cerita itu sehingga menjadi cerita jenaka. 3 tidak menepati janji, sumpah dll; menyalahi yg biasa: Mereka tidak mahu ~ adat resam yg telah dipusakai dr nenek moyang mereka. 4 memindahkan atau mengalih sesuatu dr tempat asalnya ke tempat lain (spt benih dr tapak semaian ke sawah). 5 menukar atau mengalih arah sesuatu (spt pandangan, haluan): ~ pandangan. perubahan hal berubah; pertukaran; peralihan: Sejak negara kita merdeka, banyak ~ yg berlaku dlm berbagai-bagai bidang. pengubahan perbuatan (proses, cara dsb) mengubah. perubah sesuatu yg berubah-ubah. pengubah orang yg mengubah atau mengalih sesuatu; pengalih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,

Peribahasa

Lidah bercabang.

Bermaksud :

Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Kami sudah ubah kadar faedah32472/2017sudah ubah; ubah kadar faedah mahu tambah? menambah pinjaman mahu pindah? *pindah hutang lama dari syarikat lainTiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/20037Lulus30/05/201731/05/201713:40:57
PERHATIAN! KONTRAKTOR UBAH SUAI DAN PEMILIK PREMIS45700/2016ADAKAH ANDA TERLIBAT DENGAN KERJA YANG BERIKUT: Ubah Suai Kediaman Membaiki Kerosakan Kerja Pengubahsuaian Ubah Suai Premis Perniagaan Meroboh dan Merubah Struktur Bangunan PEMILIK PREMIS DIINGATKAN SUPAYA MELANTIK KONTRAKTOR YANG MEMPUNYAIPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201609/10847Lulus19/09/201619/09/201613:54:35
KEDAI BARANG ELEKTRIK DAN PERKHIDMATAN UBAH SUAI17182/2017KEDAI BARANG ELEKTRIK DAN PERKHIDMATAN UBAH SUAI PENYAMAN UDARA PENDAWAIAN PERMAIDANI PAIP PAPAN LANTAI SILING PAGAR AUTOMATIK JUBIN KABINET DAPUR BESI SENGKUAP HIAS KACA TAHAN LASAK CCTV SISTEM PENGGERA UBAH SUAI RUMAHMajlis Bandaraya Shah AlamBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201703/18595Lulus24/03/201727/03/201712:31:49
KEDAI BARANG ELEKTRIK DAN PERKHIDMATAN UBAH SUAI17180/2017KEDAI BARANG ELEKTRIK DAN PERKHIDMATAN UBAH SUAI PENYAMAN UDARA PENDAWAIAN PERMAIDANI PAIP PAPAN LANTAI SILING PAGAR AUTOMATIK JUBIN KABINET DAPUR BESI SENGKUAP HIAS KACA TAHAN LASAK CCTV SISTEM PENGGERA UBAH SUAI RUMAHMajlis Bandaraya Shah AlamBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201703/18597Lulus24/03/201727/03/201712:33:02
Ubah suai Rumah20742/2016Ubah suai RumahMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201605/09858Lulus06/05/201609/05/201614:01:31
PERKHIDMATAN UBAH SUAI RUMAH8615/2017PERKHIDMATAN UBAH SUAI RUMAHMajlis Daerah BentongPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201702/12538Lulus17/02/201720/02/201709:07:11
PERKHIDMATAN UBAH SUAI RUMAH31471/2016PERKHIDMATAN UBAH SUAI RUMAH RENOVATION SQUARE 室内外装修工程坊Majlis Perbandaran JasinPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201606/13550Lulus24/06/201627/06/201609:25:23
UBAH SUAI RUMAH / BUMBUNG BOCOR / TIADA LAGI ANAI-ANAI20323/2017UBAH SUAI RUMAH BUMBUNG BOCOR TIADA LAGI ANAI-ANAI JAMINAN 10 TAHUN PENYAMAN UDARA KERJA ELEKTRIK PENAPIS AIR KERJA PAIP PENANGKAP KILATMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/15019Lulus06/04/201710/04/201709:52:53
PERKHIDMATAN UBAH SUAI RUMAH, KEDAI DAN PEJABAT49381/2016PERKHIDMATAN UBAH SUAI RUMAH, KEDAI DAN PEJABATMajlis Perbandaran SerembanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201610/11657Lulus07/10/201610/10/201608:04:22
KEDAI BARANG ELEKTRIK DAN PERKHIDMATAN UBAH SUAI20296/2017KEDAI BARANG ELEKTRIK DAN PERKHIDMATAN UBAH SUAI PENYAMAN UDARA PENDAWAIAN PERMAIDANI PAIP PAPAN LANTAI SILING PAGAR AUTOMATIK JUBIN KABINET DAPUR BESI SENGKUAP HIAS KACA TAHAN LASAK KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) SISTEM PENGGERA SAMBUNGANMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/14789Lulus06/04/201707/04/201714:36:27
12345678

Kembali ke atas