Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.da.ra] | اودارا

Definisi : 1. campuran berbagai-bagai jenis gas yg terdapat di atas muka bumi, hawa: oleh sebab kita sentiasa dikelilingi oleh ~ yg tiada dapat dilihat, dirasa, dan dicium, maka kita selalu lupa tentang adanya ~ itu; 2. ruang yg di atas muka bumi yg berisi hawa, angkasa, awang-awang: debu berterbangan di ~; 3. berkaitan dgn penerbangan atau pergerakan menerusi udara; angkatan ~ pasukan tentera yg menggunakan kapal terbang; kapal ~ = pesawat ~ Id kapal terbang; pelabuhan ~ lapangan terbang; pos ~ kiriman (surat, bung­kusan, dsb) yg dibawa dgn kapal terbang; te­tuang ~ ark radio; 4. keadaan hawa (cuaca, hari): indah sungguh pantai petang ini, ~ pun nyaman; 5. ki keadaan di atau di sekitar sesuatu tempat dll, suasana: hati manusia di se­luruh dunia berdebar-debar apabila me­­li­­­hat­kan gelagat ~ buruk di seluruh benua Eropah; mengudarakan memberi (memasukkan) udara; pengudaraan perihal menggantikan udara lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.da.ra] | اودارا

Definisi : 1 campuran berbagai-bagai gas yg terdapat di muka bumi; hawa. 2 ruang di muka bumi yg berisi hawa; angkasa. 3 segala yg berkaitan dgn penerbangan: angkatan ~ pasukan tentera yg menggunakan kapal terbang; pos ~ pengiriman yg dibuat dgn kapal terbang. 4 keadaan cuaca, hari atau hawa: Kerana ~ buruk, kapal terbang itu tidak dpt mendarat. ~ kasa lapisan udara yg meliputi bumi. mengudarakan memasukkan udara atau menyebabkan udara bergerak. pengudaraan perihal atau perbuatan mengudarakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
udara (kata nama)
1. Bersinonim dengan hawa: angin

2. Bersinonim dengan langit: angkasa, cakerawala, jumantara, awang-awang, bumantara,
Berantonim dengan bumi

3. Bersinonim dengan keadaan: suasana, perihal.,


Puisi
 

Merokok tembakau Padang,
     Asap menjulang ke udara;
Tinggal adik tinggallah sayang,
     Abang ditempuh sengsara.


Lihat selanjutnya...(6)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PENYAMAN UDARA20294/2017PENYAMAN UDARADewan Bandaraya Kuala LumpurBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201704/14723Lulus06/04/201707/04/201708:32:04
PENYAMAN UDARA33108/2016PENYAMAN UDARAMajlis Perbandaran KluangBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201607/10564Lulus18/07/201618/07/201611:36:31
PENYAMAN UDARA6450/2016penyaman UdaraMajlis Perbandaran Subang JayaBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201602/07772Lulus15/02/201615/02/201614:06:18
PENYAMAN UDARA9658/2015PENYAMAN UDARAMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201503/07517Lulus24/03/201524/03/201511:45:10
Penyaman Udara13574/2014Penyaman UdaraMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201406/05117Lulus19/06/201419/06/201414:32:19
PENYAMAN UDARA42221/2016KEDAI PENYAMAN UDARAMajlis Perbandaran Subang JayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201608/11934Lulus25/08/201626/08/201609:39:03
Penyaman Udara DAIKIN24468/2016PENYAMAN UDARA DAIKIN KUALITI INOVASI KEUNGGULANMajlis Daerah KerianBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201605/11730Lulus18/05/201620/05/201608:14:27
Penyaman Udara Daikin38202/2015Penyaman Udara Daikin • Prestasi Tinggi • Canggih • Dipercayai Satu-satunya VRV yang sebenarMajlis Bandaraya IpohBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201509/08544Lulus28/09/201529/09/201511:18:31
PENYAMAN UDARA DAIKIN11228/2015PENYAMAN UDARA DAIKIN PANALETRIK SDN BHDMajlis Bandaraya Shah AlamBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201503/08372Lulus29/03/201531/03/201509:16:40
KEDAI PENYAMAN UDARA31203/2017KEDAI PENYAMAN UDARAMajlis Perbandaran Batu PahatBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201705/18800Lulus23/05/201725/05/201719:27:41
12345678910...

Kembali ke atas