Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ji] | اوجي

Definisi : percubaan utk menentukan buruk baiknya (betul tidaknya, murni tidaknya, dll); bahan ~ bahan kimia yg digunakan utk meng-uji; batu ~ sj batu yg digunakan utk mengetahui mutu emas; tabung ~ sj alat atau bekas drpd kaca yg digunakan dlm makmal (utk melaku-kan percubaan kimia dll); tahan ~ (akan) terbukti atau ternyata keasliannya (kebaikan-nya dll kalau dicuba atau diperiksa), terjamin; beruji mengadakan percubaan utk menentu-kan mana yg lebih baik (handal, kuat, dll), mengadu kekuatan (kepandaian dll); menguji 1. memeriksa mutu emas dgn meng-gunakan batu uji; 2. memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaannya yg sebenar (kekuatan-nya, kebaikannya, dll): dia mengambil la­ding pusaka itu serta ~-uji ketajaman matanya dgn belakang kuku; dia benar-benar hendak ~ cakap saya; 3. menduga kepandaian (ke-cekapan, kecerdasan, dll), memeriksa (supaya mengetahui sesuatu), menduga (perasaan sese-orang dll): memberi­kan markah itu hanya berguna kalau guru hendak ~ kanak-kanak dlm sesuatu perkara; akhbar-akhbar ini banyak ~ perasaan para pembaca melalui liputan yg agak berani; diuji sama merah, ditahil (dikati) sama berat prb sudah sepadan benar (suami isteri); teruji (telah) diuji utk mengetahui kemampu-annya dsb: pemain-pemain muda yg belum begitu ~; ujian 1. pemeriksaan utk mengetahui buruk baiknya (keasliannya dll); 2. percubaan utk memeriksa (mengetahui, memastikan, dsb) sesuatu hal dll (dlm bidang sains dll): membuat suatu ~ supaya gas dapat dilihat; 3. peme-riksaan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll), peperiksaan: apabila dia lulus dlm ~ yg berat itu, barulah dia boleh mengharapkan apa yg dikehendakinya; 4. sesuatu yg dilaku-kan utk mencuba atau menduga kesungguhan (kebenaran, kesetiaan, dll), cubaan: ~ kesetiaan; 5. yg digunakan utk atau ketika menguji; bahan ~ Id soalan utk peperiksaan; batu ~ batu uji; keujian 1. Mn telah diketahui (kejahatannya dll), kelihatan, ketahuan; sekali lancung ~, seumur hidup orang tak percaya prb sekali ketahuan perangai yg tidak baik, selama-lama-nya orang tidak percaya; 2. sl gagal dlm sesuatu ujian, mendapat kekalahan dlm pertandingan dll: maka sangatlah sukacita baginda men­dengarkan serta memuji-muji kepandaian dan kebijaksanaan ahli nujum Pak Belalang itu, belum pernah ~ lagi, yakni tiada mendapat malu olehnya; pengujian perihal menguji, pemeriksaan; penguji 1. orang yg menguji, pemeriksa; 2. alat utk menguji; 3. sesuatu yg menguji: hijrah adalah ~ iman yg sebenar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ji] | اوجي

Definisi : ; menguji 1 menduga kecerdasan (kepandaian, kecekapan dll) seseorang; memeriksa: Beliau telah ~ kepandaian murid-murid dlm Matematik. 2 menyelidik atau memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaan sebenarnya: Ia ~ kereta itu dahulu sebelum membelinya. 3 memeriksa mutu emas dgn menggunakan batu uji. 4 menduga kecekalan hati dsb: Bencana ini seolah-olah ~ ketabahan hati kita. ujian 1 peperiksaan yg diadakan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll) seseorang: Dlm ~ itu, banyak juga murid yg gagal. 2 percubaan utk mengetahui sesuatu hal (dlm bidang sains): ~ makmal. 3 pemeriksaan utk mengetahui baik buruknya (tulen tidaknya dll) sesuatu. 4 sesuatu yg dialami utk menguji; dugaan; cubaan. ~ darah analisis sampel darah utk mengetahui atau mengenal pasti sesuatu jenis penyakit: ~ darah terpaksa dilakukan terhadap pesakit itu. pengujian perbuatan (hal, cara dsb) menguji. penguji 1 orang yg menguji. 2 alat utk menguji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
uji
Kata Terbitan : menguji, teruji, ujian, pengujian, penguji,

Peribahasa

Laksana barang yang disadur.

Bermaksud :

Tak tahan uji. sadur = lapis tipis pada logam yang lain, sepuh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
pandu uji20844/2016pandu ujiMajlis Perbandaran MuarPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201605/09155Lulus03/05/201604/05/201608:49:57
PANDU UJI SEKARANG21146/2015PANDU UJI SEKARANGMajlis Bandaraya Shah AlamPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201506/06390Lulus27/05/201504/06/201512:09:10
Uji Niaga Sdn Bhd27593/2015Pejabat Urusan Uji Niaga Sdn BhdMajlis Bandaraya Petaling JayaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201507/07212Lulus09/07/201509/07/201514:36:45
ACARA PANDU UJI JURU39408/2016ACARA PANDU UJI BILIK PAMERAN SDAC JURUMajlis Perbandaran Seberang PeraiPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201608/09759Lulus11/08/201612/08/201610:51:35
Uji Niaga Agro Sdn Bhd25626/2015Pejabat Urusan Uji Niaga Agro Sdn BhdMajlis Bandaraya Petaling JayaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201507/06468Lulus30/06/201503/07/201516:12:50
Volkswagen PJ Pandu Uji Sekarang26447/2015Pandu Uji SekarangMajlis Bandaraya Petaling JayaPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201507/06859Lulus01/07/201507/07/201512:25:38
Kedai Runcit Uji9709/2014Kedai Runcit Kedai Runcit Uji Dimiliki oleh: Everfront Resources Sdn. Bhd.Majlis Daerah KulaiKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201405/03989Lulus12/05/201414/05/201408:59:24
ACARA PANJU UJI FORD AEON TEBRAU - GENERIC43704/2016ACARA PANJU UJIMajlis Bandaraya Johor BahruPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201609/09354Lulus02/09/201605/09/201613:43:04
Toyota Wow Deal Pandu Uji - BM5979/2016Pandu Uji Dan menangPihak Berkuasa TempatanPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201602/07440Lulus05/02/201605/02/201616:22:02
Toyota Wow Deal Pandu Uji - Jawi6092/2016Toyota Wow Deal Pandu UjiPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201602/07564Lulus10/02/201611/02/201611:29:44
12345678910

Kembali ke atas