Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[um.pa.ma] | اومڤام

Definisi : 1. (sesuatu yg dijadikan) perban-dingan, ibarat, misal: yg disebutnya tadi hanya sbg ~ sahaja; 2. = ~nya sesuatu yg dijadikan contoh, misalnya: banyak kehasilan negeri Lampung, ~, terutama lada kecil atau merica dan karet; 3. = spt ~ = seumpama sama halnya dgn, tidak ubahnya spt, misalnya, sebagai: budak-budak ~ rebung, boleh di-lentur dan dibentuk; 4. sesuatu yg hanya dijadikan misalan sahaja (bukan sungguh-sungguh), andai: itu hanya ~, bukan sungguh-sungguh; 5. = ~ kata = ~nya = seumpama, umpamakan jika sekiranya, katakanlah kalau, seandainya, andai kata: ~ engkau banyak wang, apa yg hendak kaubuat?; seumpama hari hujan, ke mana kita hendak lari?; umpamakan engkau pergi merantau, bagaimana engkau menyesuaikan diri dgn masyarakat asing?; bukan (tidak) ~ lagi berlaku tidak sopan, tidak hormat lagi kpd; seumpama 1. sama seperti (sesuatu yg telah dinyatakan), serupa dgn: kehidupannya ber-gantung pd susu ibu ataupun cecair yg ~nya; 2. umpama; berumpama menggunakan umpama (ibarat, misal), bercakap dgn umpama; mengumpama sl menaruh hormat (kpd), menghormati: jangan diperbuat segala pekerjaan yg tidak berbahasa dan tiada ~ kpd segala indera dan dewa; mengumpamai 1. sl sama dgn, menyamai, menyerupai; 2. = mengumpamakan memberi hormat kpd, menghargai, menghormati; mengumpamakan 1. menganggap sama dgn, menjadikan contoh (kiasan, ibarat), meng-ibaratkan, membandingkan (dgn): mata manu-sia bolehlah diumpamakan sbg sebuah kamera; 2. melakukan atau mengatakan sesuatu sbg contoh (sbg ulangan drpd yg telah dilakukan), memberitahu bagaimana (dgn gaya dll): beliau telah ~ bagaimana beliau dapat mengelakkan diri drpd tikaman pen-curi itu; 3. menganggap sbg misalan (bukan sungguh-sungguh), memisalkan, menyifat-kan: aku umpamakan kau dikahwinkan dgn seorang pemuda dr bangsamu sendiri; 4. menunjukkan hormat (menghargai) spt yg selayaknya, menghormati (sebagaimana mesti-nya): segeralah ia tangkap, jika ia melawan, bunuh olehmu, kerana ia tidak ~ daku; terumpamakan dapat disamakan atau diban-dingkan dgn yg lain yg sepertinya: pantai putih bersih tak ~; perumpamaan 1. = umpamaan sesuatu yg dianggap sama dgn, ibarat, misal: dgn menggunakan ~ dan lambang, penyajak dapat memberi makna yg banyak dan ber­lapis-lapis pd ungkapan-ungkapan kata­­nya; 2. sj peribahasa yg berupa perbanding­an dgn sesuatu yg lain (umumnya me­ngandungi ajaran); 3. sesuatu yg dijadikan contoh (mis hal-hal yg telah berlaku dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[um.pa.ma] | اومڤام

Definisi : 1 sesuatu yg dijadikan perbandingan; ibarat. 2 = seumpama sama halnya dgn; tak ada bezanya dgn: Hidupnya ~ burung dlm sangkar. umpamanya, umpamakan jika sekiranya; andai kata: ~ dia marah, bagaimana? mengumpamakan 1 menganggap sama dgn; menjadikan sbg ibarat; mengibaratkan: Ia ~ pengkhianat itu sbg sampah masyarakat. 2 memberi hormat spt yg sepatutnya: Jika kita tidak ~ orang, orang juga tidak akan ~ kita. perumpamaan 1 sesuatu yg dianggap sama dgn; ibarat. 2 peribahasa yg berupa perbandingan dgn sesuatu yg lain dan umumnya berisi pengajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umpama (kata tugas)
Bersinonim dengan ibarat, misal, laksana, seperti, macam, amsal, sebagai, bak;,
Kata Terbitan : seumpama, mengumpamakan, perumpamaan,

Puisi
 

Nanas paun tidak berduri,
     Manisnya mari umpama gula;
Panas setahun hujan sehari,
     Perigi kering dalam semula.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja.

Bermaksud :

Pemberian yang tidak ada ertinya. (Bandingkan dengan: Memberi garam kepada laut).

 

Lihat selanjutnya...(26)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Dobi Lima1905/2014Cucian Umpama Belaian IbuMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201401/03876Lulus30/01/201430/01/201416:19:25
Milo Horizontal18787/2017tenaga untuk sehari persekolahan umpama mendaki gunungDewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201704/13648Lulus31/03/201703/04/201719:10:49
Milo Vertical18786/2017tenaga untuk sehari persekolahan umpama mendaki gunungDewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201704/13647Lulus31/03/201703/04/201719:10:17
Milo Billboard Gunung17878/2017Tenaga untuk sehari persekolahan umpama mendaki gunungDewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201703/19269Lulus28/03/201729/03/201715:26:42
taska nur kristal33903/2015nur bermaksud cahaya. kristal bermaksud batu permata. kanak-kanak ibarat cahaya yang tidak ternilai umpama batu permataMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201509/05680Lulus02/09/201503/09/201508:38:31

Kembali ke atas