Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öu.mum]/[u.mum] | عموم

Definisi : 1. secara keseluruhan (tidak pd atau mengenai yg tertentu sahaja), bersifat menyeluruh, mengenai keseluruhan sesuatu, lwn khusus (khas): perbualan kami bersifat ~ belaka; penjelasan emaknya itu terlalu ~ dan tidak dapat meredakan kegelisahan-nya; pemandangan ~ pemandangan mengenai keseluruhan soal; pd ~nya pd keseluruhannya, ghalibnya, kebiasaannya; 2. khalayak ramai, orang banyak (bukan orang atau golongan tertentu sahaja): sebagaimana yg diketahui ~, di negeri ini cuma ada empat buah akhbar yg menyebarkan siarannya dlm Bahasa Kebangsaan; kepentingan ~ kepen-tingan orang banyak, kepentingan semua orang (tidak terbatas kpd orang atau golongan tertentu); rapat ~ rapat utk orang ramai; 3. berkaitan dgn orang ramai, utk orang ramai; pilihanraya ~ pemilihan (dgn cara mengundi) yg dilakukan oleh semua orang; rumah sakit ~ rumah sakit utk sekalian orang (bukan utk orang tertentu sahaja); 4. sudah diketahui oleh orang banyak, bukan merupakan rahsia lagi, sudah tersiar ke mana-mana: cerita itu sudah ~, tidak perlu diceritakan lagi; 5. biasa terdapat (digunakan dll) di mana-mana, sudah lazim, tidak asing lagi: sudah banyak perkataan Indonesia yg ~ dipakai di sini; seumumnya 1. sekaliannya, seluruhnya, semuanya: pendeknya perkara-perkara yg bersangkut-paut dgn kepentingan kebangsaan ~ diserahkan kpd kerajaan pusat; keten-teraman yg amat dihajati oleh manusia ~; 2. pd kebiasaannya, pd lazimnya, pd umum-nya; mengumumkan 1. memberitahu kpd orang ramai, memaklumkan, menyerantakan: beliau ~ hari ini bahawa pelajaran sains akan diadakan menerusi televisyen; 2. menyiarkan (dlm akhbar dll), menyebarkan: keputusan-keputusan lengkap peperiksaan akan di-umumkan dlm akhbar-akhbar tempatan; 3. menjadikan umum, menjadikan tersebar di merata-rata tempat, melazimkan; keumuman perihal (sifat dsb) umum, sifat menyeluruh (tidak khusus kpd sesuatu): ~ dan kekhususan tiap-tiap satu kemahiran itu tidak sama; ~ fasal-fasal yg terkandung dlm syarat-syarat dan peraturan-peraturan itu; pengumuman 1. perihal (perbuatan dsb) mengumumkan, pemberitahuan kpd orang ramai, pemakluman: kerajaan dijangka akan membuat ~ mengenai pelantikan itu tidak berapa lama lagi; 2. yg diumumkan: ~ dlm akhbar itu ringkas sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öu.mum]/[u.mum] | عموم

Definisi : sl 1. tidak terang, gelap; 2. sukar difahami, sulit: ® umun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öu.mum]/[u.mum] | عموم

Definisi : 1 mengenai seluruhnya; tidak khas: pd ~nya pd keseluruhannya; kebiasaannya. 2 orang ramai; khalayak ramai: rapat ~ rapat utk semua orang; jalan ~ jalan utk semua orang. 3 sudah diketahui oleh orang ramai; sudah tersiar di merata-rata tempat: Peristiwa itu sudah ~. mengumumkan memberitahukan sesuatu kpd orang ramai; memaklumkan: Guru sudah ~ keputusan peperiksaan kpd murid-murid. pengumuman 1 perbuatan atau hal mengumumkan; pemberitahuan kpd orang banyak. 2 sesuatu yg diumumkan; pernyataan utk mengumumkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umum
1. Bersinonim dengan biasa
( sudah lazim, bukan rahsia lagi, tidak asing lagi, ghalibnya, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan secara keseluruhan
( tidak terbatas, tidak terhad, )
(adjektif:)
Berantonim dengan khusus

3. Bersinonim dengan orang awam
( khalayak ramai, orang ramai, orang biasa, orang preman, mahajana, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : seumumnya, mengumumkan, pengumuman,

Peribahasa

Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga.

Bermaksud :

Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyimpan embacang masak).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
SUNWAY TRANSIT SYSTEM SDN BHD20546/2017TEMPOH KADAR BAYARAN 2 JAM PERTAMA (HARI BIASA, CUTI UMUM, SABTU DAN AHAD) SETIAP JAM BERIKUTNYA (HARI BIASA, CUTI UMUM, SABTU DAN AHAD) CAJ MAKSIMUM SEHARI (HARI BIASA, CUTI UMUM, SABTU DAN AHAD) KEHILANGAN TIKET (HARI BIASA, CUTI UMUM,Majlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201704/15867Lulus12/04/201713/04/201709:34:37
SUNWAY GEO AVENUE20545/2017TEMPOH KADAR BAYARAN 3 JAM PERTAMA (HARI BIASA, CUTI UMUM, SABTU DAN AHAD) SETIAP JAM BERIKUTNYA (HARI BIASA, CUTI UMUM, SABTU DAN AHAD) CAJ MAKSIMA SEHARI (HARI BIASA, CUTI UMUM, SABTU DAN AHAD) KEHILANGAN TIKET (HARI BIASA, CUTI UMUM, SMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/15866Lulus12/04/201713/04/201709:34:06
DIBUKA KEPADA UMUM50691/2016DIBUKA KEPADA UMUMMajlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201610/13412Lulus18/10/201619/10/201610:03:34
Perkhidmatan marin Umum Daratan dan Lautan491/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201507/06156Lulus17/06/201502/07/201509:23:31
Menguar-uarkan kepada masyarakat umum11894/2016SAMBUTAN HARI TLDM KE-82 TLDM SIAP SIAGA PERAIRAN TERPELIHARADewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201603/10858Lulus16/03/201616/03/201611:11:31
TRISYA SHOP21935/2016Nama umum , untuk jualan pelbagai product seperti pakaian lelaki dan wanita serta pelbagai aksesoriMajlis Perbandaran Pasir GudangButikTiadaDBP/KPB/201605/09623Lulus05/05/201606/05/201609:45:19
TRISYA SHOP21934/2016Nama umum , untuk jualan pelbagai product seperti pakaian lelaki dan wanita serta pelbagai aksesoriMajlis Perbandaran Pasir GudangButikTiadaDBP/KPB/201605/09622Lulus05/05/201606/05/201609:44:46
TRISYA SHOP21933/2016Nama umum , untuk jualan pelbagai product seperti pakaian lelaki dan wanita serta pelbagai aksesoriMajlis Perbandaran Pasir GudangButikTiadaDBP/KPB/201605/09621Lulus05/05/201606/05/201609:44:17
TRISYA SHOP20582/2016Nama umum , untuk jualan pelbagai product seperti pakaian lelaki dan wanita serta pelbagai aksesoriMajlis Perbandaran Pasir GudangButikTiadaDBP/KPB/201605/09387Lulus04/05/201605/05/201608:27:10
HOTEL SAI VILLA24592/2016Kata Nama Umum: HOTEL: Kata Nama Khas: Sai Villa (Nama)Majlis Perbandaran NilaiPerhotelan dan PenginapanTiadaDBP/KPB/201605/11846Lulus19/05/201620/05/201610:10:37
12345678

Kembali ke atas