Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sah] | اوسه

Definisi : 1. mustahak, perlu: tak ~lah bimbang, kami datang hanya menyampaikan perintah menyuruh kakak datang ke balai polis; 2. jangan: ~ menangis, bawalah bertenang; ~ dibimbangkan hal itu; usahkan 1. jangankan: wahai nenek, ~ kami berjumpa, mendengar namanya baru ini-lah; 2. bukannya, jangankan, tidak pula: makin lama ~ makin pandai, makin pula bodoh; 3. daripada, dari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sah] | اوسه

Definisi : 1 perlu; mustahak: Tak ~ bersusah hati kerana saya sedia membantu. 2 jangan: ~lah menangis. usahkan jangankan: ~ hendak menolong, datang menjenguk saja pun dia tidak pernah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usah (kata tugas)
Bersinonim dengan jangan, hendaknya tidak;,
Kata Terbitan : usahkan,

Puisi
 

Tak usah kertas biru,
     Kertas putih saya suratkan;
Tak usahkan hati yang rindu,
     Hati yang kasih saya turutkan.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Tak usah hinggut,
     tiada tercabut.

Bermaksud :

Pendirian yang kukuh, tak mudah berganjak walaupun diugut.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Kanser Serviks5755/2017Kanser serviks merupakan kanser wanita yang kedua paling lazim di Malaysia Vaksinasi dapat mencegah kanser serviks Hargailah nyawa anda usah pertaruhkannya Bertindak sekarang dan berbincanglah dengan doktor anda pada hari ini untuk mendapatkan vaDewan Bandaraya Kuala LumpurPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201702/09806Lulus02/02/201702/02/201715:27:04

Kembali ke atas