Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sa.ha] | اوسها

Definisi : daya upaya (ikhtiar, kegiatan, per-buatan, dll) utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu: rajin dan ~ adalah tangga kejayaan; sebelum Marsden, belum ada ~-~ utk menerbitkan teks dr naskhah Melayu lama secara ilmiah; badan ~ badan yg melaksanakan sesuatu (usaha) utk memperoleh hasil; ~ bersama pekerjaan yg dilakukan bersama; ~ campuran usaha oleh beberapa pihak yg tergabung; ~ kerajinan tangan pekerjaan tangan (spt membuat tikar, mengukir, dll); ~ niaga usaha atau kegiatan perniagaan; ~ perladangan (perlombongan) pekerjaan perladangan (perlombongan); berusaha bekerja dgn giat utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu, berikhtiar, sedaya upaya (utk mencapai sesuatu), mengerjakan sesuatu usaha: mereka ~ dgn sungguh-sungguh utk mencapai matlamat mereka; kerajaan ~ utk menambah hasil pengeluaran getah; mengusahakan 1. melakukan (membuat) segala yg perlu (spt pekerjaan, kegiatan, ikhtiar, dll) utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan, dsb) sesuatu, mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh (supaya tercapai sesuatu), menyelenggarakan: dia sendiri ~ terbitnya sebuah edisi Sejarah Melayu atas perhitungan bahasa semata-mata; kemajuan dan kemakmuran di pulau itu mestilah diusahakan bersama oleh kedua-dua bangsa itu; 2. mencari jalan (daya usaha dll) utk menyampaikan maksud (memperoleh sesuatu dsb), mengikhtiarkan, mengupayakan: kita tidak lama lagi akan hidup spt orang baik-baik, aku sedang ~ wangnya; 3. = ~ dirinya bekerja (bergiat) dgn sungguh-sungguh (segenap tenaga), berusaha keras: dia terlalu sangat rajin ~ dirinya dlm pelajaran; 4. mengurus sesuatu (pertubuhan dll) supaya berjalan dgn baik, menyelenggarakan: jikalau perkara itu berkenaan dgn cukai maka Kementerian Kewanganlah yg akan ~nya; 5. menghasil-kan, membuat, mengarang (buku dll), menye-lenggarakan sehingga (selesai): terjemahan ini telah diusahakan oleh saya sendiri; perusahaan 1. pekerjaan (kegiatan dsb) secara besar-besaran utk membuat (meng-hasilkan, mengeluarkan) barang-barang, industri: ~ batik di Kelantan; ~ gula; 2. pekerjaan ber-niaga secara besar-besaran, pekerjaan yg dilaku-kan utk mencari keuntungan: oleh sebab kedai itu terlampau kecil, dia sekarang membuka ~ di gedung yg lebih besar; ~ berat perusahaan secara besar-besaran yg menghasilkan barang berat-berat spt bahan dasar utk perusahaan-perusahaan lain dll; ~ kecil perusahaan yg dikerjakan secara kecil-kecilan (tidak memerlukan modal atau alat kelengkapan yg banyak dsb); pengusahaan perihal mengusahakan, pengerja-an, penyelenggaraan: ~ tanah; pengusaha 1. orang yg mengusahakan se-suatu (perusahaan, kegiatan penghasilan, dsb): ~-~ barang-barang kecil akan dapat men­jual barang-barang mereka dgn harga pasaran yg agak lumayan; 2. = pengurus (sekolah dll), pengelola. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sa.ha] | اوسها

Definisi : daya upaya atau ikhtiar utk mencapai sesuatu maksud: ~nya utk mendirikan surau itu disanjung tinggi oleh orang ramai. berusaha bekerja dgn giat; berikhtiar dgn sedaya upaya: Utk mencapai kemajuan, kita mestilah ~. mengusahakan 1 mengerjakan sesuatu dgn bersungguh-sungguh; menjalankan sesuatu usaha: Ayahnya seorang saja yg ~ sawah itu. 2 mencari jalan utk mencapai sesuatu maksud; mengikhtiarkan. 3 mengurus sesuatu pertubuhan dll supaya berjalan dgn licin: Ada tiga orang pegawai yg ~ syarikat perumahan itu. perusahaan 1 pekerjaan secara besar-besaran utk membuat atau utk mengeluarkan barang-barang spt kain, baju; industri: ~ gula. 2 pekerjaan berniaga secara besar-besaran: Ia sudah kaya sekarang kerana ~nya sangat maju. pengusahaan perbuatan atau hal mengusahakan sesuatu. pengusaha orang yg mengusahakan sesuatu badan perusahaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usaha (kata nama)
Bersinonim dengan daya upaya, ikhtiar, kegiatan, perbuatan, tenggang;,
Kata Terbitan : berusaha, mengusahakan, perusahaan, pengusaha,

Peribahasa

Lulus (= lalu) jarum,
     lulus (= lalu) kelindan.

Bermaksud :

Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalu penjahit, lalu kelindan). lulus = masuk

 

Lihat selanjutnya...(38)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
AQINA signboard 4' x 20'4490/2016No 3, Jalan Usaha 2, Lorong Usaha Utama, Taman Perindustrian Ulu Choh, 81500 Pontian, Johor Tel: 07-6993689 / Fax: 07 - 699 1410Majlis Bandaraya Johor BahruPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201601/10829Lulus27/01/201628/01/201612:10:55
Jualan Hebat Barangan Terpakai10286/2014"Jualan Hebat Barangan Terpakai" Anjuran (DBKL) Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan usaha sama (USAHANITA) Persatuan Usaha Wanita Bumiputera Wilayah Persekutuan di Seridesa-Town Batu 5 Gombak 28 Mei 2014 - 1 Jun 2014 10.00 pagi -Dewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201405/04427Lulus19/05/201421/05/201410:05:21
Restoran Usaha Berkat Ismail17758/2015bismillah allah Muhammad restoran usaha berkat ismailMajlis Perbandaran Alor GajahMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201505/06306Lulus08/05/201513/05/201508:13:44
PUSAT TUISYEN SERI WAWASAN USAHA12825/2017PUSAT TUISYEN SERI WAWASAN USAHA SUPER EDUCATION GROUP 超级连锁教育集团 01-78044900/0173201900/0186691900Majlis Bandaraya Petaling JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201703/14949Lulus08/03/201709/03/201708:48:45
USAHA DEMI JAYA49672/2016TiadaMajlis Bandaraya Johor BahruKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201610/11948Lulus10/10/201611/10/201608:27:11
USAHA KELUARGA JAYA20059/2014PENJUAL BARANGAN RUNCITMajlis Perbandaran Pasir GudangKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201409/03276Lulus02/09/201404/09/201416:40:48
usaha keluarga makmur14179/2014kedai runcitMajlis Bandaraya Johor BahruMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201406/05802Lulus26/06/201427/06/201418:36:06
PROJEK USAHA SAMA8894/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201810/17093Lulus23/08/201613/10/201815:28:11
PROJEK USAHA SAMA5362/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201803/20351Lulus20/05/201619/03/201816:55:39
SIGNBOARD USAHA MAJU13793/2017TiadaMajlis Perbandaran TemerlohHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201703/16214Lulus14/03/201715/03/201711:46:14
123456

Kembali ke atas