Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.jar] | واجر

Definisi : 1. memang begitu (tidak dibuat-buat, ditambah-tambah, dll); nasi ~ nasi biasa (nasi putih, tidak bersantan, dll); 2. sebagaimana yg sepatutnya (bersesuaian, kena pd tempat­nya, dsb), dapat diterima atau dipertahankan sbg munasabah, seharusnya, semestinya, sepatutnya: kaum wanita harus mendapat tempat yg ~ dlm masyarakat; tuntutan rakyat yg ~ utk keperluan hidup; sewajar; ~ dgn sama halnya dgn, selaras dgn, setimbal dgn, sesuai dgn; sewajarnya 1. memang begitu halnya (ke­adaannya dll), sebenarnya (demikian), se­memangnya: sbg seorang yg dilahirkan di Negeri Sembilan, maka sudah ~ pula saya sentiasa bersimpati dgn perjalanan adat Perpatih di Negeri Sembilan; 2. memang begitu sifatnya (kudratnya, tabiatnya), sudah semestinya begitu: pertengkaran antara puak pembangkang dgn puak kerajaan yg berlaku dlm parlimen itu sudah ~; 3. dgn begitu sahaja, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksa), dgn sendirinya: jangan dihalang fikiran kanakkanak yg tumbuh dgn ~; 4. sesuai dgn yg seharusnya, sebagaimana mestinya, sebagai­mana patut: kandungan Quran itu harus difahami dgn ~; mewajarkan menjadikan dapat diterima atau dianggap sbg sepatutnya atau seharusnya demikian, menjadikan (memperlihatkan dsb) wajar: filem ini tidak berusaha utk ~ kekuasaan kolonial bangsa kulit putih; saya tidak nampak sebarang alasan atau hujah yg kuat yg dapat ~ kita bertindak menghapuskan tulisan Jawi; kewajaran perihal wajar: perbincangan di atas telah menunjukkan ~ pendirian ini; apakah ada ~ atau tidak utk bertindak sedemikian? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.jar] | واجر

Definisi : 1 sebagaimana biasa; tidak ditambah-tambah; tidak dibuat-buat: nasi ~ nasi biasa; nasi putih. 2 sebagaimana semestinya; mengikut keadaan biasa: Mereka menuntut supaya diberi tempat yg ~ dlm masyarakat. mewajarkan menjadikan wajar; menjadikan dpt diterima sbg yg biasa: Kita tidak harus ~ perlakuan yg kurang sopan itu. kewajaran keadaan atau perihal wajar: Dia memberikan ~ terhadap tindakannya itu. pewajaran perihal atau perbuatan mewajarkan: ~ hendaklah dilakukan terhadap tindakan itu. sewajar; ~ dgn setimbal dgn; sesuai dgn. sewajarnya 1 memang demikian halnya atau keadaannya; sememangnya: Sudah ~ seseorang isteri menolong suaminya. 2 sudah demikian sifatnya atau kudratnya; semestinya begitu: Sikap bermusuh-musuhan antara dua golongan itu memang ~. 3 dgn sendirinya; tidak dipaksa-paksa: Fikiran kanak-kanak itu tumbuh dgn ~. 4 sebagaimana seharusnya; sebagaimana semestinya: Ayat-ayat suci itu harus ditafsirkan ~ dan jangan dipinda-pinda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wajar (adjektif)
1. Bersinonim dengan sepatutnya: seharusnya, munasabah, semestinya, bersesuaian, selayaknya,

2. Bersinonim dengan biasa: bersahaja, tidak dibuat-buat, memang begitu, norma,

Kata Terbitan : sewajar, sewajarnya,

Peribahasa

Penghulu disanjung dengan adatnya,
     orang alim disanjung dengan hajinya,
orang muda disanjung dengan manjanya.

Bermaksud :

Memuji orang hendaklah dengan pujian yang wajar, mengambil hati orang hendaklah dengan perkara-perkara yang disukainya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Tadika Langkah wajar45765/2015Tadika Langkah WajarMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201511/07677Lulus12/11/201516/11/201511:07:27
slimworld - billboard - A15170/2014Rawatan Pembentukan wajar FRS / Meningkatkan bentuk wajah VMajlis Perbandaran KajangPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201407/04430Lulus04/07/201404/07/201415:43:00

Kembali ke atas