Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[war.na] | ورنا

Definisi : 1. kesan yg didapati oleh mata drpd cahaya yg dipantulkan oleh benda-benda (dgn gelombang yg berbeza-beza) yg dilihatnya, rona: ~ merah; ~ hijau: ~ cempaka; ~ tua; ~ muda; 2. bermacam-macam, berbagai-bagai (dlm kata majmuk): ~ sari; 3. ragam atau corak (keadaan atau sifat sesuatu): pekerjaan saya banyak memerlukan pengetahuan tentang bentuk dan ~ negara lain; 4. ark kasta atau golongan (dlm masyarakat): masyarakat Hindu mempunyai empat ~; ~ biji remia Kd warna ungu; ~ dasar (utama) warna iaitu merah, biru dan kuning, yg menjadi dasar utk memperoleh warna lain; ~ karat warna coklat gelap dgn campuran warna merah atau kekuningan; ~ primer warna dasar (utama); ~ sekunder warna yg terhasil drpd dua warna primer; berwarna 1. mempunyai warna (spt merah, hijau, dll), ada warnanya: kain tabir ~ biru tua; bangsa (kulit) ~ bangsa yg kulitnya hitam (coklat dll), bukan bangsa kulit putih; 2. menarik, istimewa, berlainan drpd sesuatu yg biasa: pelbagai kaum mempunyai cara hidup, kepercayaan, dan sifat semula jadi sendiri dan ini menjadikan suasana di sini lebih ~ dan unik; berwarna-warna = berwarna-warni; mewarnai 1. = mewarnakan memberikan berwarna (bercorak), menyapu dgn warna: kanak-kanak hendaklah disuruh mencuba ~ lukisan mereka; 2. ki meragamkan, men­corakkan, memberikan corak (yg tertentu) kpd: kedua-dua ciri inilah yg ~ sesuatu budaya; pewarnaan perihal atau proses mewarnakan (mewarnai): mulakan dgn ~ pipi; pewarna bahan utk mewarnakan (me­warnai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[war.na] | ورنا

Definisi : corak rupa spt merah, hijau, biru: Cantik ~ bunga ini. ~ bajunya merah. ~ dasar warna (merah, biru, kuning) yg menjadi dasar utk memperoleh warna-warna lain. ~ primer warna dasar. ~ sekunder warna yg terhasil drpd campuran dua warna primer. berwarna mempunyai warna: Kain langsir rumahnya ~ kuning. berwarna-warna mempunyai bermacam-macam warna. mewarna mengenakan warna; membubuh warna: peraduan ~. mewarnai menyapu dgn warna; memberi berwarna: Ia ~ lukisannya dgn cat air. pewarnaan perbuatan, hal dsb mewarna atau mewarnai. pewarna bahan utk mewarnai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
warna (kata nama)
1. Bersinonim dengan rona: dondon, ragi,

2. Bersinonim dengan ragam: corak, sifat, keadaan,

Kata Terbitan : warna-warni, berwarna-warni, berwarna-warna, mewarnai, mewarnakan, pewarnaan,

Puisi
 

Tenun kain dengannya kapas,
     Warna corak bermacam ragi;
Perahu lilin layar kertas,
     Cuba melanggar lautan api.


Lihat selanjutnya...(7)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KEDAI KIMPALAN4949/2016- Saiz Iklan 6 Meter x 1 Meter - Latar Belakang Biru - Logo Warna Biru Langit - Warna Nama Syarikat Hitam - Warna Nombor Telefon Hitam - Warna Nombor Pendaftaran Syarikat HitamMajlis Perbandaran JasinHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201602/08157Lulus17/02/201618/02/201608:05:08
SALUN DANDANAN RAMBUT HZL NANCY22144/2017HZL ialah singkatan dari warna Hazel. Salah satu warna yg popular bagi pelanggan yang mewarnakan rambut mereka Nancy pula ialah nama pemilik syarikat.Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/16289Lulus13/04/201714/04/201713:08:47
Raikan Warna2285/2014Raikan Sensasi Warna Bahari Asyek Fabrik Lot F10C, Tingkat 1, Plaza Shah AlamMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201402/03176Lulus11/02/201411/02/201412:01:41
Warna-Warni Aidilfitri 201725584/2017Warna - Warni AIDILFITRI 2017 1 - 12 JUN 10.00 pagi - 8.00 malam Kompleks Kraf Kuala Lumpur Jalan Conlay 03-2162 7459/7533 www.kraftangan.gov.myPihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/13773Lulus27/04/201702/05/201711:45:51
KANTA BERTUKAR WARNA HANYA RM8820124/2014KANTA BERTUKAR WARNA HANYA RM 88Majlis Perbandaran MuarOptikTiadaDBP/KPB/201409/03443Lulus08/09/201408/09/201408:39:47
CERMIN MATA TUKAR WARNA6959/2017CEMIN MATA TUKAR WARNAMajlis Perbandaran JasinOptikTiadaDBP/KPB/201702/11324Lulus11/02/201713/02/201718:24:50
KEDAI CAT WARNA IMPIAN SDN BHD46417/2016KEDAI CAT WARNA IMPIAN SDN BHDMajlis Perbandaran TemerlohKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201609/11396Lulus21/09/201622/09/201611:23:58
RESTORAN NASI KANDAR WARNA WARNI43331/2015RESTORAN NASI KANDAR WARNA WARNI NASI KANDAR SELERA KAMPUNGMajlis Daerah Tanjung MalimMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201510/10588Lulus28/10/201529/10/201509:32:09
An-Najah Optometry Centre26038/2014Anda rabun warna? Kami menyediakan pemeriksaan rabun warna di sini Kami menawarkan: Pakej cermin mata menarik untuk semua Nasihat profesional dari optometris berpengalaman JOM!! Periksa MataMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/06296Lulus27/10/201430/10/201411:00:37
JUALAN HARGA KILANG13498/2016BEG 1 WARNA RM 1.50, PELEKAT LOGO BOLA / SYARIKAT RM 3.00, TALI 1 WARNA RM 6.50. 013-6999366, 018-3597050, TSHIRT INDUSTRIES, TSHIRT INDUSTRIEMajlis Daerah TampinMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201603/12286Lulus25/03/201625/03/201615:28:15
12345678910...

Kembali ke atas