Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[za.man] | زمان

Definisi : 1. jangka masa (sama ada panjang atau pendek), tempoh atau jangka masa tertentu (yg ada sesuatu keistimewaannya atau pertaliannya), masa: ~ pemerintahan British di Malaya; akhir ~ penghabisan masa kehidupan manusia di dunia ini; ketinggalan ~ sudah tidak sesuai lagi dgn keadaan; meninggalkan ~ sl mati; 2. kala, ketika, waktu: semenjak ~ Hamzah Fansuri hingga membawa kpd kurun ke-20, bentuk syair tetap tidak berubah; 3. = umur ~ ark umur; ~ air batu = ~ ais masa ketika air batu menutupi hampir seluruh kawasan muka bumi yg terletak di utara garisan khatulistiwa; ~ atom masa orang menggunakan tenaga atom utk bermacam-macam keperluan atau tujuan; ~ bahari (kawi, kuno) masa yg telah lama, lampau atau berlalu, dahulukala; ~ batu zaman ketika manusia menggunakan batu sbg senjata atau alat; ~ dahulu (jangka) masa yg telah lama berlalu, dahulukala, masa lampau; ~ depan (muka) masa yg akan datang; ~ gangsa = ~ perunggu zaman selepas zaman batu (pd masa senjata dll dibuat drpd gangsa); ~ gemilang masa yg makmur, masa terdapatnya kemajuan yg luar biasa (dan kemakmuran); ~ gerhana = ~ malap ki tempoh masa kurang berhasil (perniagaan, penulisan, dsb); ~ jahiliah masa sebelum lahir agama Islam (di negeri Arab); ~ meleset masa susah (barang-barang dagangan tidak laku dsb); ~ pendudukan masa sesebuah negara diduduki oleh tentera asing; ~ pertengahan zaman antara zaman purbakala dgn zaman baru (dlm sejarah Eropah); ~ puntung berasap zaman kuno; ~ purbakala zaman dahulukala; ~ sekarang (pd) masa sekarang ini; ~ beralih, musim bertukar prb sesuatu itu tidak tetap (sentiasa berubah-ubah); sezaman pd zaman yg sama; berzaman-zaman, berzaman (meliputi jangka masa yg) sangat lama; zaman-berzaman (berterusan, berpanjangan) dr suatu zaman ke suatu zaman, sepanjang atau untuk jangka masa yg sangat lama: motif Islam yg telah wujud ~, iaitu geometri; banyak negara lain yg telah lama menjalankan usaha demikian ~; penzamanan perbuatan (proses) membahagikan sejarah kpd beberapa zaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[za.man] | زمان

Definisi : jangka waktu yg agak lama; masa: Pd ~ Jepun dahulu, kehidupan sangat susah. ketinggalan ~ sudah tidak sesuai dgn keadaan semasa. ~ air batu zaman ketika air batu menutupi sebahagian besar muka bumi. ~ atom masa atau zaman manusia menggunakan tenaga atom utk pelbagai keperluan atau tujuan. ~ batu zaman manusia menggunakan batu sbg senjata atau alat-alat. ~ gangsa zaman selepas zaman batu. ~ gemilang masa yg makmur. ~ jahiliah zaman sebelum munculnya agama Islam. ~ purbakala (dahulu) zaman yg telah lama (lampau). ~ sekarang masa sekarang ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
zaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa: tempoh masa, era,

2. Bersinonim dengan kala: ketika, waktu, masa,

Kata Terbitan : berzaman-zaman, berzaman, zaman-berzaman,

Puisi
 

Kota ini kota di tanah,
     Mati kijang ditanduk rusa;
Zaman ini zaman fitnah,
     Mati muda tiada berdosa.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Zaman Tuk Nadur berkajang kain.

Bermaksud :

Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(7)

65

Make bricks without straw

Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya.

Seperti hendak menepung tiada berberas

We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without

Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan seperti hendak menepung tiada berberas.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Legenda Hotel Apartmen64743/2016Mempunyai ciri-ciri legenda yang membawa makna dari zaman lampau ke zaman kini.Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahPerhotelan dan PenginapanTiadaDBP/KPB/201612/13841Lulus27/12/201628/12/201611:12:13
ZAMAN MINIMART44100/2015PASAR MINI ZAMAN MINIMARTMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201511/06229Lulus02/11/201504/11/201508:54:53
IKLAN GIAT ZAMAN SDN BHD11565/2015PEJABAT URUSAN GIAT ZAMAN SDN BHD (720001-X) PEMBEKAL PERALATAN PEJABATMajlis Perbandaran Subang JayaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201503/08454Lulus31/03/201531/03/201514:21:52
IKLAN 2 GIAT ZAMAN SDN BHD11629/2015PEJABAT URUSAN GIAT ZAMAN SDN BHD (PEMBEKAL PERALATAN PEJABAT) DIMILIKI OLEH:Majlis Perbandaran Subang JayaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201504/04893Lulus31/03/201501/04/201508:44:27
FIM 2015 (2)7880/2015Zaman kanak-kanak yang gemilang bermula dengan kami… Menyediakan khidmat penjagaan kanak-kanak yang seronok, selamat dan berpatutan bagi usia 2 hingga 12 tahun. ___________________________________________________________ Sekolah impian setiap kanak-kPihak Berkuasa TempatanPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201503/05842Lulus11/03/201512/03/201507:48:08
RESTORAN24904/2016RESTORAN NASI KANDAR ZAMANDewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201605/12078Lulus20/05/201623/05/201609:14:50
RESTORAN24903/2016RESTORAN NASI KANDAR ZAMANDewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201605/12076Lulus20/05/201623/05/201609:14:32
KEDAI PERABOT14295/2017KEDAI PERABOT ZAMAN SHAH ENTERPRISEMajlis Daerah SegamatKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201703/16115Lulus14/03/201715/03/201710:22:29
Pangsapuri Lagenda39602/2016haiwan fiksyen zaman purba kisah dongeng cina yang mewakili nasib dan kebahagiaanMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201608/09764Lulus11/08/201612/08/201611:02:44
KEDAI ELETRONIK9231/2016KEDAI BARANGAN ELEKTRONIK ZAMAN ELECTRONIC SHOPMajlis Bandaraya Shah AlamKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201603/09082Lulus03/03/201604/03/201607:57:43
12

Kembali ke atas