alel | allele | Satu daripada sepasang gen yang menduduki tempat tertentu pada pasangan kromosom. Contohnya, alel untuk warna mata. Lihat Rajah | Menengah Atas |
ciri dominan | dominant characteristic | Ciri yang ditentukan oleh gen yang dominan yang dapat mempamerkan ciri yang dikawalnya. Contohnya, rambut lurus dan keriting. | Menengah Atas |
heterozigot | heterozygous | Satu sel diploid atau organisma yang mengandungi dua alel yang berlainan bagi sesuatu gen. | Menengah Atas |
gen | gene | Unit asas pewarisan yang terdiri daripada DNA, yang menentukan baka atau ciri keturunan. | Menengah Atas |
hemofilia | haemophilia | Penyakit keturunan yang menyebabkan darah tidak dapat membeku disebabkan gen resesif yang terukai pada kromoson seks X. Penghidap penyakit ini akan mengalami pendarahan yang teruk jika terluka, kerana darahnya mengambil masa yang terlalu lama untuk membeku. | Menengah Atas |
kejuruteraan genetik | genetic engineering | Teknik atau proses memanipulasikan DNA, atau RNA daripada spesies yang berlainan secara uji kaji, untuk menghasilkan DNA rekombinan yang mengandungi gen daripada kedua-dua spesies yang berkenaan. | Menengah Atas |
mutasi gen | gene mutation | Perubahan yang berlaku kepada urutan nukleotida dalam DNA yang mengubah kod-kod genetik. | Menengah Atas |
tanaman transgenik | transgenic crops | Tanaman yang telah diubah suai secara genetik dengan gen daripada organisma lain untuk menjadikan tumbuhan tersebut lebih produktif. | Menengah Atas |