Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pi] | اڤي

Definisi : 1 panas dan cahaya yg terjadi apabila sesuatu terbakar; nyala: ~ pelita. 2 panas yg kelihatan berwarna merah tetapi tidak bernyala: ~ rokok. 3 tenaga elektrik; karan elektrik: Rumahnya sudah siap tetapi air dan ~ belum disambungkan lagi. 4 ki perasaan marah, rindu, sayang dsb yg menjadi-jadi; semangat dsb yg meluap-luap: ~ perjuangan; ~ cinta. berapi ada apinya; mengeluarkan api: gunung ~. berapi-api 1 berkobar-kobar; bersemangat: Ucapannya yg ~ itu menaikkan semangat sekalian yg hadir. 2 marah sekali. mengapi-apikan menaikkan semangat; mengobar-ngobarkan: Mereka ~ rakyat negeri itu supaya memberontak. perapian tempat api; keran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.pi] | اڤي

Definisi : ; api-api nama sj serangga perosak tanaman yg badannya berwarna kuning kemerah-merahan, Aspidomorpha miliaris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.pi] | اڤي

Definisi : ; api-api beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yg tumbuh pd pohon-pohon lain, Avecennia spp.; Viscum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata api

Puisi
 

Api-api pangkalan tarap,
     Pucuk meluncur dari Labuan;
Laki-laki jangan diharap,
     Bijak memujuk si perempuan.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Api nan tak kunjung padam.

Bermaksud :

Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.

 

Lihat selanjutnya...(49)

467

Don't play with fire

Jangan melakukan sesuatu yang boleh menyusahkan diri kelak.

Jangan bermain api

The minister could not longer conceal his anger when the manufacturers insisted on not increasing their sugar production during the fasting month. He warned them don't play with fire, if they did not want any stern action taken against them.

Menteri itu tidak dapat menyembunyikan kemarahannya lagi apabila pengilang terus berdegil untuk tidak meningkatkan lagi pengeluaran gula dalam bulan Ramadzan ini. Beliau mengingatkan mereka supaya jangan bermain api jika tidak mahu tindakan tegas diambil

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Teknologi Maklumat ct.indd 24 6/6/11 4:01:33 PM 25 cecacing Internet cecacing rangkaian cincang sehala ciri keselamatan maksimum kerana biasanya port 80 tidak disekat oleh tembok api. cincang sehala (Ig. one-way hash; Br. cincang satu arah; Id. cincang searah) Operasi matematik yang mengambil nilai bit bersaiz rambang sebagai input dan menghasilkan satu nilai bit ringkasan yang Ig. bastion host; Br. hos benteng; Id. hos benteng) Sistem yang digunakan dalam suatu rangkaian komputer yang telah diperkuat bagi menghadapi sebarang serangan. Hos benteng ini biasanya merupakan komponen tembok api, pelayan web atau sistem capaian awam yang dihubungkan kepada rangkaian awam. Contohnya, pelayan proksi. hos penyamaran (Ig. masquerading host; Br. hos penyamaran; Id. hos pemaskaraan) 1. Komputer yang digunakan oleh

Kembali ke atas