Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hu.bung] | برهوبوڠ

Definisi : 1. berangkai, bersam­bung, beruntun (antara satu dgn lain); huruf tulis yg ~ huruf tulis yg bersambung; 2. berkaitan dgn, berkenaan (dgn): ia berusaha menyelesaikan segala urusan yg ~ dgn tanahnya; kebanyakan bantuan mengalir ke arah kegiatan-kegiatan yg ~ dgn agama; 3. oleh sebab, kerana: ~ dgn kurangnya ahli yg datang, maka mesyuarat ditangguhkan; 4. bertukar-tukar (berita, fikiran, dll) dgn berbagai-bagai jalan: sekarang kita dapat ~ dgn saudara-mara di Medan menerusi tele­fon radio; bahasa ialah alat bagi manusia ~ dgn manusia lain; ~ puntung = putus ~ bp (merokok) bersam­bung-sambung (hampir habis rokok yg satu disambung pula dgn rokok lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hu.bung] | برهوبوڠ

Definisi : 1 bercantum dgn yg lain; bersambung; berangkai: Anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu. 2 ada kaitannya atau ada sangkut pautnya; berkenaan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran; Kedua-dua kejadian itu ~ antara satu dgn yg lain. 3 bertemu atau berjumpa: Dia berasa hairan mengapa rakannya tidak mahu ~ dgnnya. 4 bertukar-tukar fikiran dll dgn berbagai-bagai cara: Sekarang kita dpt ~ dgn orang yg jauh melalui telefon. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Id. efek riam) Keadaan apabila perubahan yang berlaku ke atas suatu bahagian aset sistem komputer akan menyebabkan perubahan yang dijangkakan atau tidak dijangkakan berlaku kepada bahagian aset sistem komputer yang berhubung. Perubahan ini akan berterusan untuk semua aset yang terlibat dalam hubungan ini. Contohnya, suatu pelayan proksi dipasang untuk mengelakkan pengguna mencapai laman yang dilarang, tetapi disebabkan proses penapisan pada proksi bukan sekadar penyongsangan daripada proses penyulitan tetapi merupakan transfomasi matematik yang berbeza secara keseluruhannya. Kaedah ini sangat berkesan dalam kriptografi kerana satu kekunci tidak semestinya dikongsi bersama dua pihak yang berhubung. kriptografi kekunci awam (Ig. public key cryptography; Br. kriptografi kekunci awam; Id. kriptografi kunci publik) Kaedah penyulitan yang menggunakan sepasang kekunci yang dimiliki setiap pengguna, iaitu kekunci awam dan kekunci

Kembali ke atas