Kamus Teknologi Maklumat ct.indd benteng) Sistem yang digunakan dalam suatu rangkaian komputer yang telah diperkuat bagi menghadapi sebarang serangan. Hos benteng ini biasanya merupakan komponen tembok api, pelayan web atau sistem capaian awam yang dihubungkan kepada rangkaian awam. Contohnya, pelayan proksi. hos penyamaran (Ig. masquerading host; Br. hos penyamaran; Id. hos pemaskaraan) 1. Komputer yang digunakan oleh pengguna hasad untuk melancarkan serangan penyamaran. Komputer ini tersebut dalam suatu sistem pengklasifikasian keselamatan berhierarki. Contohnya, KAKITANGAN BERKENAAN SAHAJA, SULIT, TERHAD DAN RAHSIA. ladang pelayan (Ig. server farm; Br. ladang pelayan; Id. ladang server) Sekumpulan komputer pelayan yang dihubungkan dengan kaedah berkelompok, grid, atau selari untuk membolehkan penggabungan kuasa pemprosesannya. Kumpulan komputer ini berupaya menyelesaikan masalah yang kompleks, seperti penekaan kekunci penyulitan atau kripanalisis. Ladang pelayan biasanya diselenggarakan oleh
|