Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.bi.hi] | ملبيهي

Definisi : 1. lebih drpd, melewati, me­lampaui, mengatasi: darjah hidup kaum pekerja sekarang betul-betul sudah ~ darjah hidup mereka sebelum perang; 2. membuat supaya jadi lebih: mereka mesti berusaha dan memeras tenaga untuk ~ jangka yg ditentukan itu; ~ ancak-ancak, mengurangi sia-sia prb sesuatu pekerjaan atau perbuatan janganlah lebih atau kurang drpd yg sepatut­nya tetapi hendaklah pertengahan jua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.bi.hi] | ملبيهي

Definisi : menjadi lebih drpd; mengatasi; melampaui: Markahnya tidak dpt ~ markah kakaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Peribahasa

Tajam lidah manusia melebihi tuntung keris.

Bermaksud :

Mulut manusia dapat membinasakan diri sendiri atau orang lain lebih lekas daripada senjata.

 

Lihat selanjutnya...(11)

49

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
masuk atau tidak berpandukan dasar keselamatan rangkaian. limpah atas penimbal (Ig. buffer overflow;Br. limpahan penimbal; Id. luapan penyangga) Keadaan ketika suatu atur cara atau proses cuba menyimpan data yang melebihi kapasiti penimbal. Lebihan data ini akan melimpah kepada ruang penimbal lain yang bersebelahan dengannya sehingga menyebabkan kerosakan data yang dipegang. lohong (Ig. hole; Br. lohong; Id. lubang) Kelemahan, kerentanan, atau Transaksi yang gagal memenuhi atau menepati syarat transaksi lengkap. Transaksi capaian ke atas data dianggap tidak sah sekiranya pengguna cuba mencapai data apabila tidak memiliki had capaian yang sama atau melebihi data tersebut. transkripsi hala (Ig. route transcription; Br. transkripsi perjalanan; Id. transkripsi rute) Senarai yang dijanakan oleh perisian penjejakan hala seperti tracert yang menunjukkan alamat IP bagi setiap peranti penyambungan

Kembali ke atas