Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.min.tas] | ممينتس

Definisi : 1. melalui (menempuh) jalan yg paling dekat: utk menjimatkan waktu, mereka ~ di kawasan itu; 2. menyeberang jalan dll, merentas jalan dll: mereka ~ arah ke selatan padang itu; 3. = memintasi memotong (menghalang) perjalanan orang: sesetengah orang-orangnya hendak lari ke hulu, maka dipintasi oleh Bugis dr darat; 4. menyelang (perbualan, percakapan, dll) orang: “manalah aku tahu,” Karim cepat-cepat ~; 5. = memintasi mencegah atau menghalang (cita-­cita, maksud, serangan musuh dll); 6. = me­mintasi melintasi, melalui, menjalani, meng­atasi: ~ segala kesulitan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.min.tas] | ممينتس

Definisi : 1 melalui atau mengikut jalan yg paling dekat: Supaya lekas sampai, baik kita ~ kebun getah ini. 2 mendahului orang lain dgn bergerak lebih cepat dr belakang; memotong: Dia telah ditahan polis kerana ~ lori di selekoh yg tajam. 3 menyekat atau mengepung perjalanan orang: Orang-orang Bugis telah ~ mereka dr darat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memintas


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
diperoleh daripada alat pengimbas retina biometri dan dipetakan kepada ringkasan digital. Ringkasan ini boleh diproses untuk tujuan penyahihan identiti. curi dengar (Ig. eavesdropping; Br. curi dengar; Id. pasang telinga) Perbuatan memintas keseluruhan atau sebahagian komunikasi sulit tanpa pengetahuan penghantar atau penerima dengan kaedah pengintipan. curi dengar elektronik (Ig. electronic eavesdropping; Br. curi dengar elektronik; Id. pasang telinga elektronik) Aktiviti memintas keseluruhan atau sebahagian komunikasi secara sulit berbantukan perisian atau peranti elektronik. Aktiviti ini dilakukan pada media penghantaran elektronik seperti rangkaian dan litar tanpa pengetahuan penghantar atau penerima. Kamus Teknologi Maklumat

Kembali ke atas