Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngam.bil] | مڠمبيل

Definisi : 1 memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya; memungut sesuatu yg ada di bawah: Ia membongkok lalu ~ buku yg di atas lantai itu. 2 menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak: Kalau aku tidak silap, adikmulah yg ~ topi kamu tadi. 3 memerlukan; memakan: Kerja itu akan ~ masa dua bulan. 4 mendapatkan sesuatu (spt sukatan, bacaan) dgn menyukat atau dgn mengukur: Ketika aku terlantar di rumah sakit dahulu, jururawat datang ~ suhu badanku dua kali sehari. 5 menerima orang utk bekerja dsb: Firma tsb akan ~ beberapa orang pekerja baru pd tahun hadapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengambil

Puisi
 

Ke laut mengambil lokan,
     Burung tiung memanggil anak;
Janganlah malu janganlah segan,
     Samalah kita berdagang sanak.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Mengambil bungkalan kurang.

Bermaksud :

Salah terima (merasa dirinya tersinggung oleh perkataan orang).

 

Lihat selanjutnya...(19)

194

To fish in troubled waters

Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri.

Menahan lukah di pergentingan

The two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict.

Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menahan lukah dipergentingan dengan menjual senjata kepada Negara terbabit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(78)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
daripada semua perkakasan, perisian, sistem pengendalian, prosedur, petua dan amalan yang diguna pakai dalam persekitaran sistem komputer berkenaan. Setiap unsur ini diyakini akan sentiasa berjaya melaksanakan fungsinya dan tidak akan mengambil sebarang tindakan yang boleh menggugat integriti dasar keselamatan yang ingin ditegakkan kerana unsur berkenaan merupakan titik kegoyahan keselamatan sistem. Oleh itu, unsur sistem tersebut perlu dinilai dan diperkukuh supaya kegagalan disimpan oleh sistem untuk mengesahkan pengguna. Semasa proses pengesahan dilakukan, pengguna akan terlebih dahulu membekalkan pengenalan pengguna. Sistem komputer kemudian akan membekalkan beberapa pemboleh ubah sebagai cabaran. Pengguna seterusnya akan mengambil pemboleh ubah ini dan menggunakannya dalam rumus yang diberikan. Apabila jawapan bagi rumusan diperoleh, pengguna akan menginput jawapan ini sebagai sahutan kepada cabaran sistem. Sekiranya jawapan yang diberikan oleh pengguna

Kembali ke atas