Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyiar.kan] | مڽيارکن

Definisi : 1. menghebahkan kpd orang ramai (melalui radio, televisyen, surat khabar, dll), mengumumkan: berita itu telah disiarkan melalui radio; 2. memasukkan (gambar dll ke dlm majalah, surat khabar, dll) dan me­nerbitkannya: majalah itu ~ gambar dan kisah jenayah; 3. memperkembangkan atau menyebarkan (agama, pendapat, dll); 4. me­mancarkan (cahaya dll); 5. membawa ke serata tempat, menyebarkan, menyeratakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyiar.kan] | مڽيارکن

Definisi : 1 memberitahukan (sesuatu) kpd orang ramai dgn menggunakan radio (surat khabar dll); menghebahkan; mengumumkan: Radio Malaysia telah ~ berita ttg peperangan Pakinda. 2 me­nyebabkan sesuatu agama atau pendapat tersebar merata-rata; me­nyebarkan: Orang yg mula-mula sekali ~ agama Islam ke Tanah Melayu tidak diketahui dgn pasti. 3 memancarkan cahaya dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siar1
Kata Terbitan : menyiarkan, tersiar, siaran, penyiaran, penyiar,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
hasad. saluran pemasaan terselindung (Ig. covert timing channel; Br. saluran waktu terselindung; Id. kanal pewaktuan terselubung) Saluran rahsia yang menggunakan proses perubahan suatu butir data pada jurang masa tertentu untuk menyiarkan isyarat 1 atau 0. Siaran isyarat ini boleh digabungkan semula untuk membentuk mesej rahsia. Contohnya, perisian pelayan komputer sasaran menambah atau membuang titik noktah pada mesej log masuk. Sekiranya wujud noktah, hal ini menunjukkan binari 1, sekiranya tiada, maka hal ini menunjukkan binari 0. Apabila perubahan ini dilakukan berulang kali, noktah ini boleh digunakan untuk menyiarkan mesej rahsia yang panjang. saluran storan terselindung (Ig. covert storage channel; Br. saluran storan terselindung; Id. kanal penyimpanan terselubung) Saluran rahsia yang menggunakan proses penguncian fail, iaitu hasil daripada pengubahsuaian

Kembali ke atas