Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sang.kal] | ساڠکل

Definisi : bantah: “Tidak, itu tidak benar sama sekali,” ~nya; bersangkal 1. tidak menurut atau mengikut (perintah dll), mengabaikan (pekerjaan, tugas, dll): mengapa maka engkau ~ pula akan pekerjaanmu itu? 2. tidak mengaku, berdalih, berdusta: walaupun bukti-buktinya sudah nyata, tetapi dia tetap juga ~ di hadapan tuan hakim; menyangkal 1. tidak mengakui (kebenaran, kenyataan, dll), tidak mengiakan: pegawai itu telah ~ berita yg mengatakan ia akan berhenti; 2. membantah, melawan, me­nentang, menolak, menyanggah: selama ini tulisan-tulisan orientalis Barat tidak pernah disangkal orang; sangkalan bantahan, sanggahan: kerana tidak adanya ~ secara ilmiah, maka kita mengikut sahaja apa yg dilakukan oleh mereka; penyangkalan perihal menyangkal (mem­bantah dll), penafian; penyangkal orang yg menyangkal; ~ Allah orang yg tidak mengakui akan wujudnya Allah (orang yg kufur). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sang.kal] | ساڠکل

Definisi : ; menyangkal 1 tidak menga­kui kebenaran sesuatu; menyatakan bahawa sesuatu itu tidak benar: Beliau telah ~ segala tuduhan yg dilemparkan kpdnya itu. 2 tidak menurut; me­nen­tang; melawan: Kita janganlah ~ perintah Tuhan. sangkalan kata-kata, perlaku­an dsb utk menyangkal; bantahan: ~ yg dibuat berdasarkan kajian­nya. penyangkalan perbuatan atau hal menyangkal. penyangkal orang atau pihak yg menyangkal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sangkal
Kata Terbitan : menyangkal, sangkalan, penyangkalan, penyangkal,

Peribahasa

Mengereng-ereng bagai sangkal makan.

Bermaksud :

Marah yang amat sangat. ereng = miring; sangkal = mata bajak.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Ig. access port; Br. port capaian; Id. port akses) saluran tereksploitasi (Ig. exploitable channel; Br. saluran boleh eksploitasi; Id. kanal tereksploitasi ) tanpa sangkalan (Ig. nonrepudiation; Br. tanpa sangkalan; Id. tanpa sangkal) B. Takrif 1. Semua takrif diberikan selepas padanan bahasa asing dengan menggunakan huruf biasa. Pedoman Penggunaan Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 14 6/6/11 kepada pencerobohan. tamat tempoh perakuan tandatangan penembusan Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 131 6/6/11 4:02:13 PM 132 tanpa sangkalan (Ig. nonrepudiation; Br. tanpa sangkalan; Id. tanpa sangkal) Keadaan yang menyebabkan seseorang tidak dapat menafikan perbuatannya berdasarkan bukti yang sahih kecuali dibuktikan sebaliknya. Contohnya, mesej yang ditandatangani secara digital dengan kekunci persendirian. Penyahsulitan mesej tersebut dengan menggunakan kekunci

Kembali ke atas