Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; bersentuh 1. kena sedikit pd, ber-hantuk sedikit dgn, mengenai (antara dua benda), bersenggol: penyakit ini berjangkit kerana ~ dgn badan orang yg berpenyakit; 2. bh bersetubuh; bersentuhan 1. berhantukan, bersenggolan, bersinggungan sedikit: kerana disesak orang, ~lah aku dgn gadis itu; 2. ki bersangkut-paut (dgn), berkaitan (dgn); menyentuh 1. mengenai (menyinggung) sedikit, menjamah: dia berasa pipinya di-sentuh orang; 2. melanggar sedikit, terkena pd, terhantuk pd: lengannya luka kerana ~ dawai berduri; 3. memperkatakan secara sepintas lalu sahaja (tidak secara terperinci), menyebut (sesuatu hal): kali ini saya ~ ke-dudukan syarikat-syarikat kilang padi di luar bandar; 4. menyinggung (perasaan), meng-ganggu (perasaan), menimbulkan sedikit (pe-rasaan terharu, sedih, dsb); menyentuhi mengenai, mencecah: langit menjadi gelap-gelita seketika sewaktu tirai benang halus itu mulai ~ bumi; tersentuh 1. terkena (tersinggung) sedikit, terjamah; 2. terlanggar (terhantuk, terkena, tersandung) pd: kakiku ~ batu; 3. diperkata-kan secara sepintas lalu sahaja, tersebut (dlm sesuatu ucapan dll): sudah tentu ada ibu bapa yg menghadapi soal-soal yg tidak ~ lang-sung dlm buku ini; 4. ki tersinggung (perasa-an), terganggu (perasaan), terharu: dia lekas ~; sentuhan senggolan, singgungan: ~ tangan yg takut-takut; kesentuhan 1. kena sentuh, disentuh; 2. dirasuki (dimasuki) orang halus; persentuhan perihal bersentuh (bersenggol, bergesel); penyentuhan perbuatan menyentuh; penyentuh sesuatu yg digunakan utk me-nyentuh (sesungut pd serangga dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sentuh
Kata Terbitan : bersentuh, bersentuhan, menyentuh, tersentuh, sentuhan, kesentuhan,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
digunakan sebagai kata laluan pengguna. Rentetan yang dijana adalah mengikut penetapan pengguna seperti bilangan aksara dan nisbah antara huruf, nombor dan aksara khas yang sepatutnya ada dalam kata laluan. sistem sentuh selamat (Ig. touchsafe system; Br. sistem sentuh selamat ; Id. sistem aman sentuh) 1. Sistem perlindungan pemalsuan dokumen yang setiap dokumen asli disertai suatu tanda pengesahan, yang hanya boleh dilihat sekiranya haba

Kembali ke atas