Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.mi.nal] | ترمينل

Definisi : 1. yg merupakan batas, yg terakhir, hujung; 2. stesen atau bahagian bangunan di lapangan terbang dll tempat penumpang tiba (pada akhir perjalanan) atau berlepas (me­mulakan perjalanan); 3. pangkalan tempat barang-barang mentah dipunggah dan disimpan (dan kadangkala diproses): ~ minyak Iran di Pulau Rharg; 4. alat atau pesawat komputer yg mempunyai hubungan atau talian menerima dan mengeluarkan data dgn pesawat induk komputer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.mi.nal] | ترمينل

Definisi : 1 stesen tempat bermulanya atau tempat berakhirnya sesuatu perkhidmatan bas, kapal terbang dll di sesebuah bandar. 2 tempat arus elektrik keluar atau masuk pd sesuatu alat, spt bateri atau litar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terminal (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan hujung: terakhir, batas,

2. Bersinonim dengan stesen: pangkalan, perhentian,

3. Dalam konteks tempat pemunggahan
bersinonim dengan depo.



Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
komputer sumber. paket SYN (Ig. SYN packet) Paket permulaan yang dihantar untuk memulakan komunikasi TCP. panggil semula (Ig. call back; Br. panggil balik; Id. panggil balik) Kaedah bagi mengenal pasti terminal jauh. Dalam kaedah ini, sistem hos memutuskan hubungan dengan pemanggil dan kemudian menelefon nombor terminal jauh yang sah bagi mengembalikan hubungan yang terputus. Walau bagaimanapun, penggunaannya dalam capaian jauh adalah terhad kerana teknologi yang semakin maju. Sinonim dail semula. panggil semula keselamatan (Ig. security call

Kembali ke atas