bank pusat | bank yg mengawasi perjalanan ekonomi negara dgn cara mengawal pergerakan bank-bank perdagangan (import-eksport wang dll) dan menyimpan wang kerajaan serta bank-bank lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bank negara | bank yg mengawasi perjalanan ekonomi negara dgn cara mengawal pergerakan bank-bank perdagangan (import-eksport wang dll) dan menyimpan wang kerajaan serta bank-bank lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bank | 1. institusi yg menawarkan perkhidmatan kewangan spt jagaan wang, pertukaran mata wang, pemberian pinjaman, dan terimaan bil pertukaran: menyimpan wang di sebuah ~ tempatan; 2. bekalan, simpanan atau rizab utk kegunaan pd masa depan atau apabila diperlukan: ~ data; ~ mata; ~ darah; ~ asing bank yg beroperasi di negara lain selain negara asal tempat bank tersebut diperbadankan; ~ darah tempat menyimpan darah utk kegunaan di hospital dsb; ~ data pusat pengumpulan dan penyimpanan pelbagai sumber data; B~ Dunia = B~ Antarabangsa utk Pemulihan dan Pembangunan bank yg menjamin pinjaman atau memberi pinjaman kpd negara anggota (utk pemulihan dan pembangunan ekonomi); ~ eksport-import bank yg memberi atau menjamin pinjaman utk perdagangan antara negeri sendiri dgn negeri-negeri lain; ~ Islam bank yg urus niaga kewangan dan pengagihan dananya berdasarkan syariat Islam; ~ jurubank bank yg berperanan sbg jurubank kpd sekumpulan bank lain di sesebuah kawasan; ~ kerajaan bank yg menjalankan tugasnya mengikut undang-undang negeri-negeri di Amerika Syarikat; ~ konsortium sekumpulan bank yg bergabung utk memberikan pinjaman jangka sederhana dlm jumlah yg besar, biasanya bagi keperluan pelanggan antarabangsa; ~ koperasi bank yg dimiliki oleh ahli yg menerima deposit, menawarkan khidmat pinjaman dan membayar faedah kpd ahli tersebut; ~ luar pesisir bank asing yg beroperasi di sesebuah negara dgn menikmati pengecualian cukai drpd negara berkenaan, mis bank luar pesisir di Labuan; ~ mata pusat simpanan kornea dan selaput tetuban utk tujuan pemindahan kornea mata; ~ negara = ~ pusat bank yg mengawasi perjalanan ekonomi negara dgn cara mengawal pergerakan bank-bank perdagangan (import-eksport wang dll) dan menyimpan wang kerajaan serta bank-bank lain; ~ pembangunan bank yg menguruskan dana kerajaan dan badan berkanun utk diberikan pinjaman kpd pelbagai sektor penting bagi menjana pembangunan negara; ~ perdagangan bank yg menyimpan wang orang ramai dll serta memberi pinjaman dgn mengenakan bayaran faedah; ~ pertanian bank yg ditubuhkan khusus utk membantu para petani mendapatkan bantuan kewangan utk memulakan atau menjalankan kegiatan atau perusahaan pertanian; ~ saudagar bank yg memberi perkhidmatan (spt memberi pinjaman dsb) kpd badan dan perniagaan sahaja; ~ simpanan bank yg menerima deposit dan membayar faedah terhadap simpanan; perbankan aktiviti yg berkaitan dgn bank atau urus niaga bank: sistem ~ Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
draf II | pemberian kuasa secara bertulis utk membayar sejumlah wang oleh pihak bank: ~ bank draf yg dikeluarkan oleh bank. | Kamus Pelajar |
kantor | Id pejabat; ~ bank pejabat bank; ~ besar ibu pejabat; ~ cetak tempat cetak-mencetak, percetakan; ~ kawat pejabat telekom; ~ pajak pejabat yg menguruskan cukai; ~ polisi pejabat polis; berkantor membuka atau mempunyai kantor (di), berpejabat (di): Sudirun sendiri memegang pimpinan umum yg ~ sama-sama satu kamar dgn Daud. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surat kredit | (Eko) dokumen drpd sebuah bank kpd bank lain yg membenarkan pembayaran dibuat kpd penamanya apabila syarat telah dipenuhi, biasanya diperlukan oleh pengeksport sbg bukti kemampuan pengimport membayar beliannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
draf II | pemberian kuasa secara bertulis utk membayar sejumlah wang oleh pihak bank: ~ bank draf yg dikeluarkan oleh bank. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
akaun | 1 penyata ttg wang yg dibayarkan atau yg diterima (kerana pembelian, penjualan, perkhidmatan dll). 2 simpanan wang di bank dsb: membuka ~ di bank (mula) menyimpan wang di bank. 3 catatan ttg pembelian atau perbelanjaan (di kedai tertentu) yg harganya akan dibayar kemudian. ~ bank akaun yg dibuka oleh individu atau institusi bagi tujuan urus niaga kewangan yg menggunakan perkhidmatan sesebuah bank. ~ beku akaun yg urus niaganya dihentikan berikutan perintah mahkamah atau kematian pemegang akaun yg berkenaan. ~ lapuk akaun pinjaman yg tidak dibayar, dan kemungkinan utk mendapatkan kembali bayarannya amat tipis sehingga akaun pinjaman tsb terpaksa dihapus kira. ~ semasa simpanan wang di bank yg boleh dikeluarkan dgn cek. ~ simpanan simpanan wang di bank dsb yg boleh dikeluarkan dr semasa ke semasa tetapi masih mendapat faedah tahunan berdasarkan baki simpanan yg ada. ~ untung rugi penyata yg menunjukkan keuntungan atau kerugian sesuatu urus niaga. perakaunan hal mengenai akaun: ilmu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bank data(data bank) | Kumpulan atau pustaka data. Bank ini boleh berbentuk rakaman data elektronik atau rekod kertas. | Kamus Komputer |
bank jurubank | bank yg berperanan sbg jurubank kpd sekumpulan bank lain di sesebuah kawasan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |