menggaramkan | membuat jadi garam (air laut dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asin I | mempunyai rasa spt rasa garam; masin. mengasinkan membubuh garam supaya masin; merendam dlm air garam. asinan sayur-sayuran atau buah-buahan yg diasinkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
masin | rasa spt rasa garam, asin; ~ lidah (mulut) apa yg dikatakan semuanya terjadi (kejadian dll), perkataannya dituruti (diterima) orang; ~ perkataannya perkataannya dituruti (dikabulkan dll) orang; air ~ air laut; telur ~ telur yg telah diasinkan (dgn cara memeram dlm air garam); belum tahu di~ garam prb masih belum mempunyai pengalaman; garam kami tidak ~ padanya prb perkataan kami tidak dipedulikan; memasinkan menjadikan sesuatu masin: air laut yg melimpah itu telah ~ tanah yg terletak di sepanjang pantai itu; kemasinan perihal masin (air dll), rasa masin; pemasinan proses (perbuatan) memasinkan: ~ ikan-ikan itu mudah dilakukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
garam | 1. bahan pepejal berwarna putih dan masin rasanya, yg diperoleh drpd air laut atau dr dlm tanah dan mempunyai banyak kegunaan (termasuk sbg perasa dan pengawet makanan), natrium klorida; 2. (Kim) sebatian kimia yg diperoleh drpd tindakan asid atas logam; 3. sj pupuk; ~ abu alkali; ~ asid (Kim) garam yg mempunyai satu atau lebih hidrogen yg boleh diionkan, mis kalium hidrogen sulfat; ~ bes (Kim) garam yg terbentuk apabila sesetengah ion oksida atau hidroksida sesuatu bes diganti dgn ion negatif lain, mis plumbum (II) klorida hidroksida; ~ dapur garam utk masakan; ~ darat = ~ galian garam dr dlm tanah; ~ hempedu (Bio) garam yg terdapat dlm hempedu, gunanya utk membantu pengemulsian lemak sewaktu pencernaan; ~ jantan buku garam; ~ kontang (Kim) garam yg air penghablurannya telah disingkirkan, mis kuprum(II) sulfat; ~ laut garam dr air laut; ~ siam garam yg halus spt gula pasir; ~ terhidrat (Kim) garam yg mempunyai air penghabluran; merendang ~ bunyi mendedas; banyak makan ~ = tahu diasin ~ = banyak menelan ~ hidup mempunyai banyak pengalaman hidup; ~ dikulumnya tak hancur prb seorang yg pintar menyimpan rahsia; ~ jatuh di air prb cepat meresap atau segera dimengerti (bkn nasihat, pelajaran, dll); ~ tumpah apakah tempatnya prb kematian orang miskin atau hina tidak dihiraukan; dicecah orang bagai ~ prb Mn hal perempuan yg tidak lama bersuami, lalu bercerai; membuang ~ ke laut prb membuat pekerjaan yg tidak mendatangkan faedah; sbg ~ dgn asam prb sudah padan benar (spt suami isteri); sayang ~ sececah, busuk kerbau seekor prb kerana takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian banyak; sudah seasam se~nya prb tiada bercela; bergaram 1. mengandungi (dibubuh) garam; 2. ki senang, berbahagia: mereka berusaha supaya hidupmu jangan ~; 3. menjadi spt garam; menggaram 1. menjadi masin; 2. menjadi spt garam; 3. menghasilkan garam (membuat, menggali); 4. Mn menjilat-jilat (binatang ternak); menggarami 1. memberi bergaram, mengasinkan; 2. ki merempahi, menambah-nambahi: langkah-langkah perlu diadakan utk menimbulkan dan ~ perasaan baik menteri; menggaramkan membuat jadi garam (air laut dll); pegaraman tempat membuat garam;penggaraman perihal atau proses membuat (membubuh) garam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asin I | mempunyai rasa spt rasa garam; masin. mengasinkan membubuh garam supaya masin; merendam dlm air garam. asinan sayur-sayuran atau buah-buahan yg diasinkan. | Kamus Pelajar |
mengasinkan | membubuh garam supaya masin; merendam dlm air garam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengasinkan | membubuh garam supaya masin; merendam dlm air garam. | Kamus Pelajar |
menghablur | menjadi hablur, mengkristal: air garam akan ~ jika dipanaskan lama-lama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telur masin | telur yg telah diasinkan (dgn cara memeram dlm air garam); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
garam laut | garam dr air laut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |