ayam I | 1. sj unggas yg biasanya diternak; 2. daging ayam: kari ~; sup ~; ~ aduan ayam sabung(an); ~ air, Porphyrio porphyrio; ~ alas ayam hutan; ~ bacul ayam sabung yg penakut; ~ (bulu) balik ayam yg bulunya terbalik; ~ bangkas ayam jantan yg borek (berbintik-bintik putih); ~ belanda sj unggas besar yg diternak, Meleagris gallopavo; ~ belorong ayam jantan yg putih; ~ beroga = ~ burga ayam hutan; ~ betina ayam jenis betina (jenis yg boleh bertelur); ~ biang ayam betina yg sudah bertelur; ~ biring ayam jantan yg kuning kakinya; ~ bogel ayam yg (hampir) tidak berbulu, ayam togel; ~ daging ayam yg diternak khusus utk dagingnya (bukan utk mendapatkan telur); ~ dara ayam betina yg hampir bertelur; ~ denak = ~ hutan ayam liar, Gallus gallus; ~ didik anak ayam yg tidak beribu tetapi dididik (dipelihara) oleh orang yg memeliharanya; ~ golek a) (daging) ayam yg dipanggang seekor-seekor; b) sj masakan yg daging ayamnya dimasak seekor-seekor; ~ hitam = ~ selasih ayam yg bulunya berbintik-bintik hitam atau kelabu; ~ itik berbagai-bagai jenis ayam dan itik yg dipelihara (ayam, itik, angsa, dll); ~ jalak ayam jantan yg rupanya spt perling dan kakinya kuning; ~ jantan ayam jenis jantan (jenis tidak boleh bertelur); ~ kampung ayam yg diternak secara yg biasa dilakukan di kampung, Gallus gallus domestica; ~ kasi = ~ kebiri = ~ kembiri ayam yg dikembiri; ~ katik sj ayam yg kecil; ~ kenantan = ~ cenantan = ~ sinantan ayam jantan yg putih; ~ koci sj ayam yg berasal dr Cochin China (Vietnam, Kemboja); ~ lemba ayam yg rendah badannya; ~ mandul ayam betina yg tidak bertelur; ~ mei, Gallicrex cinerea; ~ meluruh ayam yg bulunya sedang luruh (gugur); ~ mutiara , Numida meleagris; ~ panggang daging ayam yg dipanggang; ~ paya, Gallinula chlorophus; ~ pega burung tatera, Lophura ignita rufa; ~ pencen ayam yg tidak bertelur lagi; ~ penelur = ~ telur ayam yg diternak terutamanya utk mendapatkan telurnya (bukan dagingnya); ~ peranggang = ~ potongan ayam yg dipelihara utk disembelih; ~ percik ayam panggang yg disaluti sos yg diperbuat drpd santan dan rempah ratus; ~ pilas ayam jantan yg hitam lehernya dan kakinya (bulunya berbintik-bintik); ~ piru sj ayam belanda; ~ pupuh ayam aduan (sabungan) yg tidak memakai taji; ~ sabung(an) ayam jantan utk disabung; ~ sebandung ayam kembar yg menetas dr sebutir telur; ~ serama sj ayam peliharaan yg kecil, jinak, berbulu cantik dan berkaki pendek; ~ sinantan ayam kenantan; ~ tambatan ki orang yg dianggap hebat dan sangat diharapkan dapat membawa kemenangan dlm sesuatu perlawanan, spt bola sepak dsb; ~ tedung ayam jantan hitam yg besar dan tegak bulu suanya; ~ baru belajar berkokok prb baru saja cukup umur, baru mencuba hendakkan perempuan; ~ beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya prb orang dagang itu bagaimanapun senang di negeri orang, ingat juga akan negerinya sendiri; ~ bertelur di atas padi mati kelaparan prb orang yg menderita kesusahan di tempat yg mewah; ~ ditambat disambar helang, (padi ditanam tumbuh lalang) prb untung yg malang (spt isteri atau tunangan dirampas orang yg berkuasa); ~ hitam terbang malam, hinggap di pokok pandan, bergeresek ada, rupanya tiada prb kejahatan yg sulit dan diketahui orang tetapi tidak ada bukti yg nyata; ~ itik raja pd tempatnya prb setiap orang itu adalah penting pd tempatnya sendiri; ~ menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga suka ditujuinya prb perangai drpd baka yg asal tidak akan berubah juga; ~ putih terbang siang, (hinggap di halaman, malih kpd mata orang banyak) prb perihal pekerjaan yg dilakukan dgn terang dan nyata dan diketahui orang; ~ tak patuk, itik tak sudu prb dikatakan kpd seseorang yg hina atau sesuatu yg tidak berharga; ~ terlepas, tangan bau tahi prb dikatakan kpd orang yg mengerjakan perbuatan yg dilarang itu akhirnya mendapat malu; ~ tidur senang dlm reban, musang yg susah beredar keliling prb orang yg berperasaan dengki, tidak suka melihat orang lain senang; bagai ~ dimakan tungau prb dikatakan kpd orang yg kurus dan pucat kerana kena penyakit; bagai ~ mabuk tahi prb dikatakan kpd orang yg pucat lesi dan lemah kerana sakit; bagai ~ mengarang (mengeram) telur prb keelokan merah muka seseorang perempuan; spt ~, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang prb perihal orang miskin, tidak bekerja keras tidak dapat makan; ayam-ayaman 1. ayam tiruan (utk permainan); 2. ayam-ayam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
durian | 1. sj tumbuhan (pokok yg buahnya berkulit tebal dan berduri), durio spp.; ~ api = ~ daun = ~ tanah sj tumbuhan (pokok) Durio macrophyllus; ~ burung sj tumbuhan (pokok), Durio pinangianus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), Durio malaccensis; 2. = ~ belanda (eropah) = ~ mekah sj tumbuhan (pokok), Annona muricata; 3. = ~ laut sj tumbuhan (pokok), dungun, Brownlowia argentata; ~ tembaga buah durian yg isinya berwarna kuning dan rasanya lebih sedap drpd isi durian yg lain-lain; beruang bagai ~, bernabu bagai cempedak prb sudah berantara (berjarak) spt saudara yg telah jauh; dapat ~ runtuh prb mendapat keuntungan dgn tidak disangka-sangka atau dgn tidak bersusah payah; masak ~ masak manggis prb perempuan biasanya lebih teguh menyimpan rahsia drpd lelaki; spt ~ menunjukkan pangsa prb orang yg gemar menunjukkan kebesaran dirinya; spt mentimun dgn ~ prb orang yg lemah (bodoh, miskin) melawan orang yg kuat (cerdik, kaya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kucing I | sj binatang yg kecil, berbulu lembut dan tebal, dipelihara sbg binatang kesayangan, biasanya utk menangkap tikus, Felis catus (F. domesticus); ~ belanda sj binatang mengerip (mengunggis), arnab, kelinci; ~ batu sj kucing liar, Felis bengalensis; ~ emas = ~ tulap, Felis temminckii; ~ hutan sj kucing liar, Felis planiceps; ~ jalang kucing yg terbiar (tidak dipelihara); ~ kerung Kl a) kucing yg kuat (keras) bunyinya; b) ki orang yg berani dan ganas; ~ kurap ki orang yg dipandang hina; ~ negeri kucing yg dipelihara orang; ~ pekak (tuli) sj perangkap tikus; (menantikan) ~ bertanduk prb menantikan perkara yg tidak mungkin berlaku; ~ lalu, tikus tiada berdecit lagi prb apabila orang yg ditakuti datang maka diamlah mereka yg bising; ~ melompat, orang terkejut drpd tidurnya, ayam berkokok hari pun siang prb kesusahan dan kesukaan orang yg terasa sampai kpd kita; anak ~ menjadi harimau prb perihal anak orang miskin menjadi kaya atau anak rakyat menjadi orang besar atau anak orang bodoh menjadi pandai; bagai ~ dgn panggang prb dikatakan kpd laki-laki dan perempuan yg selalu berdekatan serta lambat-laun terjadi juga perkara yg sumbang; bagai ~ dibawakan lidi prb terlalu (amat) ketakutan; bagai ~ kehilangan anak prb perihal orang yg hilang akal atau kebingungan; bagai ~ lepas senja prb a) susah (sukar) hendak dicari; b) berasa lapang (senang); bagai ~ main daun perihal kehebatan rupa dll seseorang (pahlawan); bagai ~ menjemput api prb yg diusahakan tidak berhasil sedangkan alat dlm pengusahaan itu hilang pula; bagai ~ takut akan balur prb laki-laki yg takut atau malu kpd perempuan; bagai ~ tidur di bantal prb perihal kehidupan yg senang dan mewah; bagai mengail ~ hanyut prb perbuatan yg sia-sia; berburu ~ di dapur prb perihal anak muda dan gadis yg tinggal serumah dan membuat perhubungan haram; biar pun ~ naik haji, pulangnya mengeong juga prb pembawaan atau tabiat seseorang tidak dapat diubah; duduk spt ~, melompat spt harimau prb perihal orang yg pendiam tetapi cepat dan tangkas membuat sesuatu; kalau ~ tidak bermisai, takkan ditakuti tikus lagi prb orang besar yg hilang martabatnya (pangkatnya) tidak disegani orang lagi; membeli ~ dlm karung prb membeli sesuatu dgn tidak melihatnya; memukul ~ di dapur prb menganiaya sanak saudara atau orang yg karib dgn kita; mengadu ~ dgn babi prb bermain ceki; spt ~ berakkan rambut prb keluh-kesah kerana kesakitan atau gelisah kerana sesuatu kesusahan; spt ~ biang prb berkeluh-kesah; spt ~ di atas tampuk prb perihal orang yg mempunyai dua tugas dan tiada tahu yg mana harus diberikan perhatian; spt anjing dgn ~ prb selalu berkelahi (bergaduh); terkejar-kejar bagai ~ jatuh anak prb tergopoh-gopoh (tergesa-gesa) kerana sesuatu kesusahan; kucing-kucing, kucing-kucingan otot di lengan atau di kaki; berkucing-kucing 1. sj permainan kanak-kanak; 2. ki berlaku sumbang (laki-laki dan perempuan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerbau I | sj binatang peliharaan (seakan-akan lembu rupanya tetapi lebih besar dan kulitnya biasanya berwarna kelabu atau kehitam-hitaman), Bos bubalus; ~ balar kerbau yg berkulit dan berbulu putih; ~ bara api kerbau yg kulitnya kemerah-merahan; ~ benuang jenis kerbau yg besar dan berkulit hitam; ~ beras = ~ melukut jenis kerbau yg kecil; ~ bintang kerbau yg berbintik-bintik pd kulitnya; ~ buluh seruas kerbau yg kuku kakinya bercantum (tidak berbelah); ~ bungkal gantih kerbau yg hujung tanduknya berbungkal (tidak tajam); ~ canggai puteri kerbau yg kuku kakinya kecil dan panjang; ~ denak kerbau pemikat (utk menarik kerbau lain supaya masuk kandang); ~ jalang kerbau hutan (bukan kerbau peliharaan); ~ kumbang berteduh = ~ sumbat labu kerbau yg ada gumpal daging pd pangkal ekornya; ~ pangkah kening kerbau yg ada tanda putih pd dahinya; ~ pendek bp babi; ~ punca ekornya kerbau yg ada tanda (jalur) putih pd ekornya; ~ sampaian kain kerbau yg tanduknya mendatar (tidak tumbuh ke atas); ~ sinar matahari kerbau yg tanduknya menonjol ke hadapan; ~ sopak kerbau yg mempunyai tanda-tanda putih pd bahagian mulutnya; ~ tepuk lalat kerbau yg hujung ekornya berbungkal; ~ turun berendam lebih kurang pukul 5 petang; ~ berkandang, emas berpura prb sesuatu benda itu hendaklah disimpan pd tempatnya masing-masing supaya selamat; ~ diberi berpelana, kuda diberi berpasangan prb pekerjaan yg dibuat tidak dgn selayaknya atau orang yg diletakkan bukan pd tempatnya; ~ jangan dimaling orang, ayam jangan dimusang prb isteri dijaga baik oleh keluarga suaminya supaya tidak dinodai orang; ~ menanduk, ~ pergi prb orang yg bersalah mesti menerima hukumannya; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg berbuat kebaikan atau bersusah payah, orang lain pula yg mendapat kepujian; ~ sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal prb perihal sukarnya menjaga seorang gadis supaya tidak tercemar nama baik; bagai ~ runcing tanduk prb orang yg terkenal kerana jahatnya; bagai ~ terkejut oleh gong prb tercengang-cengang kehairanan; bagai jelongak ~ rampung prb orang bodoh yg sombong dan tidak sedarkan dirinya diperbodohkan orang; bagai melulutkan jebat pd ~ prb pemberian yg tidak kena pd tempatnya (tidak berfaedah kpd penerimanya); bermain-main dgn ~, dilontarnya muka dgn ekor prb berkawan dgn orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian; jangan buat ~ tanduk panjang prb jangan mencampuri perkara orang lain; jika ~ dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya prb janji mestilah ditepati; laksana ~, di mana rumput hijau di sana terkam prb orang yg melupakan (tidak menghiraukan) bahaya apabila menemui sesuatu yg digemarinya; mencongak (mendongak) rupa ~ jantan kemudian prb lelaki yg berjalan di belakang isterinya; menghambat ~ melabuh (berlabuh) prb menghalang (mengganggu) perbuatan orang yg akan mendatangkan kesenangan baginya; menolong ~ ditangkap harimau prb menolong orang yg membuat kesalahan, akhirnya diri sendiri mendapat kesusahan; seekor ~ berkubang, sekandang kena loloknya = seekor ~ membawa lumpur, semuanya terpalit prb seorang yg melakukan kesalahan semuanya terlibat sama; spt ~ dicucuk hidung prb orang bodoh yg menurut sahaja kemahuan orang lain; spt ~ menanduk anak, dgn kaparan tanduk, bukan dgn hujungnya prb menghukum anak ialah utk memperbaiki kelakuannya, bukan utk menyeksa; spt ~ tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dilakukan badan sudah besar prb orang yg mendapati sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu pekerjaan; terambu ~ kerana rumput muda prb orang yg mudah tergoda oleh kecantikan perempuan muda; tiada akan rintang ~ oleh tanduknya prb orang yg cekap itu tiada terganggu oleh rintangan dlm mengerjakan sesuatu; berkerbau; ~ seperempat ekor, berkandang sbg orang prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang | 1. manusia (sbg peribadi): dr sini kami lihat ~ berkelahi; tadi ada ~ telefon awak; satukanlah ~ berdua ini; 2. salah satu manusia (ganti diri ketiga yg umum): jangan suka dengar cakap ~ sangat; dagingnya ~ buat lauk; dengar kata ~ terjun masuk lubuk; di aku hak aku, di ~ hak ~ (yg) pd orang lain itu haknya; 3. diri manusia: barangnya ada tetapi ~nya pergi ke mana; mana ~nya yg memanggil aku tadi; ~ seorang orang sendiri; 4. penjodoh bilangan bagi manusia: lima ~ pengganas telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan; 5. pengikut, anak buah: berapa ramaikah ~ awak?; kalau engkau pandai mengasuh, engkau akan beroleh isteri walaupun dia bukan ~ awak; 6. manusia yg berasal dr sesuatu daerah tertentu, rakyat sesebuah negara: dia ~ Perak, bukan ~ Selangor; nampaknya dia itu spt ~ kampung; 7. bangsa, kaum, suku: ~ Iban; ~ Kadazan; ~ Melayu; 8. = ~ lain lain drpd diri sendiri, bukan kaum keluarga: itu motokar ~, bukan motokar kita; ~ sekali masuk membawa harta itu keluar, ia dua tiga kali masuk keluar; negeri ~ negeri lain, bukan negeri sendiri; 9. Jk kerana, lantaran (sebenarnya): mana dapat membayar, ~ belum gajian; 10. bp diri sendiri dan sbg penguat utk kata ganti spt awak (kau) ~, dia ~, kita ~, lu ~;~ asing a) (Udg) orang yg bukan warganegara bagi sesebuah negara; b) orang luar; ~ asli penduduk asal sesebuah negeri; ~ atas a) orang yg tinggal di sebelah atas; b) orang yg berpangkat tinggi, orang besar-besar; ~ awam a) rakyat biasa, khalayak ramai; b) orang preman, bukan anggota polis atau tentera; ~ banyak khalayak ramai, orang biasa, orang awam; ~ Barat orang berkulit putih yg berasal dr Eropah dan negara-negara spt Kanada, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand; ~ baru (baharu) a) orang yg baru bekerja; b) orang yg baru datang ke atau tinggal di sesuatu tempat; c) orang yg baru berkahwin; d) anak yg akan atau baru dilahirkan; ~ bawah (bawahan) orang yg tidak berpangkat, orang yg berpangkat rendah; ~ belakang a) bp isteri; b) orang yg akan datang (lahir) kemudian; ~ (yg) berada orang yg berharta; ~ besar a) orang yg besar tubuh badannya; b) orang yg sudah dewasa; c) orang yg berpangkat tinggi; d) orang mulia (bangsawan); ~ biasa rakyat biasa; ~ buangan orang yg diasingkan drpd masyarakat (kerana kegiatan-kegiatan politik dll); ~ bukit orang yg tinggal di bukit; ~ bumi penduduk asli; ~ buruan orang yg diburu (dicari) oleh yg berwajib kerana kesalahan jenayah dll; ~ dagang orang yg datang dr negeri lain, orang yg datang merantau, bukan anak negeri; ~ dalam a) orang yg bekerja dlm istana raja; b) orang yg bekerja di dlm sesuatu jabatan dsb; c) Sr orang yg dijemput khas kerana menolong kerja kahwin; d) Kl orang yg dapat bergaul dgn sesiapa jua, orang kesayangan orang ramai; ~ darat a) orang asli; b) orang kampung (dusun); c) Kl, ki orang yg tidak tahu akan perkara; d) Mn orang bahagian pedalaman Minangkabau (lwn orang pesisir); ~ datang keturunan atau angkatan yg akan datang, orang belakang; ~ gaji(an) orang yg bekerja di rumah orang, babu, pembantu rumah, amah; ~ galang orang yg menjadi pelindung kpd orang lain (spt pembesar), orang yg bersedia menyabung nyawanya utk tuannya dll; ~ halus a) jin, roh, orang bunian; b) orang yg pandai-pandai; ~ harapan orang yg diberi kepercayaan penuh atau yg amat diharapkan utk melaksanakan sesuatu (projek, program dsb); ~ hilir a) orang yg tinggal di sebelah hilir sungai; b) Kl orang yg tahu segala-galanya (lwn orang darat); ~ hulu a) orang yg tinggal jauh di pedalaman negeri; b) orang yg tidak tahu adat dll; ~ hobatan orang yg pandai menjampi (bomoh); ~ hutan a) orang yg tinggal di hutan; b) sj kera besar, mawas, Pongo pygmaeus; c) orang yg tidak tahu sesuatu perkara (adat, tatatertib, dll); ~ jemputan orang yg berbangsa, orang bangsawan (jika ia berkahwin menurut adat kebiasaan, pihak perempuanlah yg menjemputnya dgn wang dll); ~ kalau orang yg memainkan nobat; ~ kampung a) orang yg tinggal di kampung; b) bp orang yg tidak tahu suatu apa; ~ kanan orang yg diharapkan, orang harapan, pembantu (penolong) yg utama; ~ kaya a) orang yg berharta, hartawan; b) = ~ kaya-kaya orang yg berpangkat (berkedudukan) tinggi; c) = rangkaya panggilan kpd isteri orang yg berpangkat atau yg patut dihormati; ~ kebanyakan orang biasa (bukan orang bangsawan, bukan orang berpangkat); ~ kecil a) orang yg kecil badannya; b) rakyat biasa (orang kebanyakan); ~ keluaran a) orang yg di luar (yg tidak turut campur dll); b) orang luar istana (lwn orang dalam); ~ kenamaan orang yg terkenal, orang yg masyhur, orang besar; ~ kepercayaan orang yg dipercayai, orang harapan; ~ lain bukan diri sendiri, manusia lain; ~ lama orang yg sudah lama (di sesuatu tempat, kerja, dll) dan banyak pengalamannya; ~ laut suku bangsa yg hidup (tinggal) di laut; ~ liar orang yg belum bertamadun (beradab), orang hutan; ~ luar (luaran) orang yg di luar lingkungan (pekerjaan, golongan, dll); ~ mendatang orang dagang; ~ minyak orang yg melumuri badannya dgn minyak (supaya tidak mudah dapat ditangkap dll) dan biasanya mengganggu orang perempuan dgn tujuan hendak mencabul kehormatan mereka; ~ muda a) orang yg masih muda; b) pemuda; c) Mn tukang salung (tari dll); d) (biasanya) pelaku utama lelaki dlm bangsawan dll, hero; ~ papak pondan; ~ perjuangan tokoh-tokoh politik; ~ preman orang awam (bukan tentera); ~ putih orang Barat; ~ ramai khalayak ramai, orang banyak, umum; ~ rantai orang hukuman; ~ rendah a) orang yg tidak tinggi badannya; b) orang yg kedudukannya (bangsanya dll) rendah, orang biasa; ~ rumah a) isteri; b) orang yg tinggal bersama-sama di rumah, keluarga di rumah; ~ sabun orang balar; ~ sakit a) orang yg menghidap penyakit, pesakit; b) orang yg dirawat di hospital; ~ salah orang yg dihukum kerana melakukan kesalahan; ~ setangga = ~ sebelah jiran, tetangga; O~ Sungai suku kaum peribumi di Sabah termasuk dlm kumpulan kaum Kadazan Dusun, yg kebanyakannya tinggal di pesisiran pantai, aktiviti utamanya ialah kerja yg berkaitan dgn laut dan sungai; ~ suruhan a) orang gaji; b) wakil drpd satu pihak (sbg pembawa pesanan dll), utusan; ~ tahanan orang yg ditahan oleh pihak yg berkuasa kerana disyaki melakukan sesuatu jenayah, keganasan dsb; ~ tani peladang, petani; ~ tebusan orang yg ditahan (biasanya orang yg tidak bersalah) dan diugut akan dicederakan atau dibunuh jika tuntutan pihak yg menahan itu tidak dipenuhi atau ditunaikan; ~ tengah a) orang yg menjadi pendamai bagi pihak-pihak yg berbalah; b) orang yg menjadi pengantara antara pengeluar barang-barang dgn pengguna; c) orang yg menjadi pengantara antara pihak-pihak dlm rundingan kahwin dll; ~ timur orang Asia; ~ tua a) orang yg sudah tua; b) ibu bapa; c) = ~ tua-tua orang yg dianggap tua (bijak dan berpengalaman) dlm kampung; O~ Ulu suku kaum peribumi di Sarawak yg terbahagi kpd banyak suku yg berbeza budaya dan bahasa mengikut daerah, penempatan atau kawasan perkampungan masing-masing, yg kebanyakannya tinggal di pedalaman, kuat berpegang pd adat, dan mahir dgn kerja tangan; ~ upahan orang yg diupah utk melakukan sesuatu, biasanya yg tidak baik; ~ berdendang di pentasnya, ~ beraja di hatinya prb mengikut rasa hati masing-masing; ~ kaya suka dimakan, ~ elok selendang dunia prb perihal orang kaya yg selalu berjamu dan menolong orang miskin (satu pujian); ~ muda menanggung rindu, ~ tua menanggung ragam prb tiap-tiap anak muda itu ada yg dirinduinya (nasihat kpd orang tua); ~ tua diajar makan pisang (dadih) = jangan diajar ~ tua makan dadih prb orang yg sudah tahu (pandai dll) itu jangan diajar lagi; apabila ~ miskin menghendaki wang, dia mendapat anak, apabila ~ kaya menghendaki anak, dia mendapat wang prb perihal menyatakan bahawa manusia itu lemah, yg berkuasa Tuhan jua; bak ~ gombang di lebuh prb elok di luar sahaja sedang di dlm tidak elok (tidak sempurna); lain ~, lain hati = makin banyak ~ makin banyak niat prb kesukaan tiap-tiap orang itu tidak sama (fikiran, kemahuan, dll); spt menanti ~ dahulu, mengejar ~ kemudian prb pekerjaan yg sia-sia; takkan dua kali ~ tua kehilangan tongkat prb sebodoh-bodoh orang, takkan mahu terkena dua kali (sekali terkena sudah tidak berani lagi); seorang 1. satu orang; salah ~ mana-mana satu orang | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanah I | 1. lapisan bumi yg di atas sekali: ~ kaki tiang rumahnya pun digali, dibuangkan ke laut; 2. keadaan bumi di sesuatu tempat: daerah itu subur ~nya; 3. bahagian permukaan bumi yg diberi bersempadan: tiap-tiap seorang penduduk diberi ~ seluas lima ekar utk bercucuk tanam; 4. negeri, daerah, wilayah: T~ Melayu; T~ Lampung; 5. bahan-bahan bumi (pasir, batu, dll) sbg campuran dgn bahan yg lain: rumahnya tidak bertiang tinggi sbg rumah kita, ia cuma rumah ~ berdindingkan tanah liat atau tanah keras; 6. warna dasar (pd kain dll): warna ~ baju yg dipakainya itu hitam; ~ air a) negeri tempat seseorang dilahirkan; b) daerah yg di bawah sesuatu pemerintahan; ~ bendang tanah (utk) sawah; ~ beroya ark pasir yg hanyut; ~ besar tanah daratan yg luas sbg lawan pulau; ~ cempaka belerang kasar (ketul-ketul belerang yg diambil dr lombong); ~ dangkal tanah yg tidak subur; ~ datar = ~ pamah = ~ rata tanah yg rata (dataran); ~ daun = ~ labu ark tanah drpd daun-daun yg lama terpendam, humus; ~ dingin negeri yg berhawa dingin; ~ gambut = ~ hitam tanah yg bercampur dgn tumbuh-tumbuhan yg telah reput (banyak mengandungi karbon); ~ gembur tanah subur yg terdiri drpd campuran pasir dan tanah liat serta bahan-bahan organik lain; ~ goyang ark gempa bumi; ~ haram a) kawasan suci (Mekah, Madinah); b) tanah yg didiami tanpa kebenaran kerajaan; ~ hidup Id tanah yg diusahakan (ditanami); ~ jajahan negeri (daerah) yg dijajah oleh negara asing; ~ kampung perkarangan, kawasan rumah; ~ kebun tanah utk berkebun; ~ kerajaan a) tanah kepunyaan raja; b) tanah kepunyaan kerajaan; ~ kering a) tanah yg tidak diusahakan; b) huma, ladang; ~ kompeni tanah kerajaan di Negeri-Negeri Selat; ~ kongsi Id bahagian dr tanah persendirian yg tidak jadi tanah usaha; ~ kosong tanah yg tidak didiami atau diusahakan orang; ~ kuburan (mati, perkuburan) tanah tempat menanam orang mati (mayat); ~ kuripan ark tanah kepunyaan orang perseorangan; ~ kurus Id tanah yg tidak berapa subur; ~ lalang kawasan tanah tinggal yg dipenuhi lalang; ~ lanar (Geog) tanah dll yg dibawa oleh air; ~ lapang kawasan yg hanya ditumbuhi rumput, padang; ~ leluhur Id negeri asal orang-orang yg mendatang; ~ liat tanah yg terdiri drpd zarah-zarah halus batu-batan yg luluh hawa; ~ lombong kawasan tanah utk menambang (melombong); ~ mati a) tanah yg tidak diusahakan lagi; b) tanah kuburan (perkuburan); c) kawasan tanah tandus yg disebabkan hakisan di Amerika Utara; ~ menanjung (semenanjung) tanah yg menganjur ke laut, jazirah; T~ Mengandung Sri Menanti; ~ mentah Id tanah milik negara; ~ merah sj tanah liat berwarna merah yg mengandungi zat besi (biasanya digunakan utk membuat jalan); ~ milik tanah hak milik orang; ~ milik bebas tanah (ladang, estet) yg boleh dimiliki utk selama-lamanya; ~ nampal (napal) sj tanah liat yg boleh dimakan; ~ nap lumpur yg dibawa oleh air; ~ negara Id tanah kepunyaan kerajaan; ~ partikelir Id tanah milik tuan tanah (yg dibeli dr kompeni Belanda); ~ pegangan pajak tanah (ladang, estet) yg dipajakkan kpd seseorang (syarikat dsb) utk jangka masa tertentu; ~ penganjur tanah yg menganjur ke laut, tanjung; ~ pekat Id tanah liat; ~ pinggir tanah yg diberi kpd penduduk oleh kerajaan utk diusahakan (biasanya terletak di pinggir kampung); ~ pusaka tanah peninggalan nenek moyang, tanah yg diwarisi; ~ rap = ~ rat tanah yg telah siap utk ditanami; ~ raya benua; ~ sewa tanah yg disewakan (utk sewaan); ~ suci tanah atau negeri dianggap suci oleh penganut agama (spt Mekah bagi umat Islam dan Palestin bagi penganut agama Kristian dll); ~-tanih segala macam tanah; ~ tinggal tanah yg tidak ditanami atau didiami; ~ tol tanah yg diberi kebenaran duduk sementara; ~ tumpah darah tempat dilahirkan; ~ ulayah tanah hutan yg belum diusahakan tetapi sudah bertuan; ~ usaha Id tanah milik yg diusahakan orang lain; ~ wakaf tanah yg didermakan utk kegunaan umum; ~ lembah kandungan air, kayu bengkok titian kera prb tiap-tiap sesuatu sebab yg ada itu akan mendatangkan sebab yg lain; bagai ~ pelempar balam prb usaha yg tidak sungguh-sungguh jika berhasil syukur jika tidak, tidak mengapa; bukan ~ menjadi padi prb sia-sia sahaja berusaha meninggikan darjat sesuatu yg tidak berharga lagi; di mana ~ dipijak di situ langit dijunjung prb hendaklah sentiasa menurut adat negeri yg didiami; kalau digali ~ berbingkah, ~ berderai yg akan bertemu prb usahlah dicari sangat siapa yg salah siapa yg benar dlm perselisihan di kalangan keluarga, tetapi carilah jalan utk menyelesaikannya dgn baik; mendapati ~ tersirah prb mendapati mayat sudah dikuburkan; menimbun ~ yg tinggi, menggali ~ yg lekuk prb membantu orang kaya dan menganiayai orang miskin; bertanah 1. memiliki tanah, ada tanahnya: cara Melayu ~ ialah selagi petani-petani itu menunaikan syarat-syarat yg dikenakan kepadanya, ia tidak boleh diusir dr tanah itu; 2. dipenuhi tanah, diselaputi tanah: dia tidur dgn baju dan seluar yg ~; 3. ark berurat berakar, berakar berumbi; mengetanahkan 1. menurunkan ke tanah, membawa ke tanah; 2. ki menurunkan darjat (kehormatan dll); 3. mengebumikan (mayat), menguburkan: orang dr Pagai tidak akan melihat badan hamba diketanahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hidup | 1. terus bernyawa atau bernafas (bkn manusia, binatang, dll), tumbuh dan membesar (bkn tumbuh-tumbuhan), tidak mati: kedua-dua ibu bapanya masih ~; tiap-tiap orang mengetahui bahawa udara mustahak utk ~; pokok-pokok bunga yg ditanam oleh ibu saya semuanya ~; seumur ~ sepanjang masa seseorang itu hidup; 2. duduk (tinggal di, berkediaman di): saya tidak menghendaki istana, vila, atau rumah besar utk tempat ~; 3. berada dlm keadaan tertentu: ~ bahagia (mewah dll); 4. = ~ dr = ~ dgn mendapat rezeki dgn (cara-cara tertentu): kebanyakan orang Melayu ~ dgn bersawah; 5. sr kata utk menyatakan harapan agar berjaya (kekal, selamat, dll): mereka menyeru, ~!, ~! 6. tidak dilupakan atau tidak hilang (nama orang dll): nama orang-orang yg berkhidmat utk nusa dan bangsa tetap ~; 7. masih bergerak atau berjalan (bkn pertubuhan, perusahaan, dll); 8. masih bekerja atau giat (bkn enjin, jam, dll): syarikat kerjasama itu masih ~ lagi; jam aku sebentar ~ sebentar mati; di Indonesia masih terdapat beberapa buah gunung berapi yg ~; 9. masih menyala (api dll); 10. masih dipakai (jalan, sungai, bahasa, dll): bahasa yg ~; 11. masih segar atau baru (sayur-mayur, ikan, dll); 12. bergerak cergas (perniagaan, kegiatan, dsb): dgn tamatnya konfrontasi perniagaan Indonesia-Malaysia ~ kembali; 13. spt keadaan yg sebenarnya atau dilihat (lukisan, cerita, dll); 14. bukan yg dikeringkan, diasinkan, dijeruk dsb (bkn cili, halia, kunyit, ikan, dsb): kunyit ~; ikan ~; 15. bukan yg telah dikeringkan atau direka oleh manusia drpd plastik, kertas, dsb: bunga ~; 16. (bkn wayar dsb) ada aliran arus elektrik: wayar ~; ~ dikandung adat, mati dikandung tanah prb waktu hidup hendaklah mengikut peraturan dan kebiasaan yg berlaku, setelah mati terserahlah kpd Tuhan; ~ di hujung gurun orang prb orang yg hidup melarat; ~ dua muara prb hidup dgn dua macam pencarian; ~ kayu berbuah, ~ manusia biar berjasa prb pd ketika hidup eloklah berbuat baik utk diri sendiri dan utk masyarakat; ~ sandar-menyandar umpama aur dgn tebing prb a) suami isteri yg berkasih-kasihan; b) sahabat yg setia dan bertolong-tolongan; ~ segan mati tak mau prb orang yg hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit); ~ tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah prb berusahalah dgn tenaga dan fikiran sendiri dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain; drpd ~ bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah prb drpd hidup menanggung malu, lebih baik mati; jauh berjalan banyak dilihat, lama ~ banyak dirasa prb sudah banyak pengalaman; kalau bangkai galikan kuburnya, kalau ~ sediakan buaiannya prb tunggu dahulu dgn tenang apa yg akan terjadi, kemudian barulah dibuat pertimbangan; sehidup hidup bersama; ~ semati setia terhadap satu sama lain; hidup-hidup 1. benar-benar hidup; 2. = hidup-hidupan (dlm keadaan) masih hidup: pengganas itu telah cuba membakar seorang majistret dan seorang pegawai polis ~; 3. ki benar-benar, terang-terang: aku sudah kena tipu ~; menghidupi 1. membiarkan hidup (tidak dibunuh): kedua-dua anaknya itu pun berlutut di hadapan ayahnya bermohon supaya budak itu dihidupinya; 2. menjaga atau memelihara supaya hidup (spt diberi makan dll): maka beberapa pun Sultan Mahmud hendak ~ Tun Ali Hati, tiada juga Tun Ali Hati itu mahu hidup; menghidupkan 1. membuat supaya hidup (terus bernafas), tumbuh dan membesar: mustahil kita dapat ~ semula orang yg telah mati; pembajaan yg teliti boleh ~ pokok itu; 2. menjadikan bergerak atau berjalan (bkn pertubuhan, perusahaan, dsb); 3. membuat supaya berjalan (bkn enjin, jam, dsb): berusaha ~ kembali syarikat kerjasama itu; ~ enjin keretanya; 4. menyalakan (api, lampu, dsb), memasang: ~ api dapurnya; 5. menimbulkan kembali (sesuatu kenangan lama dsb): ~ kenang-kenangan lama sewaktu mereka sama-sama menuntut di universiti dahulu; 6. menyebabkan sesuatu cerita, lukisan, dsb hidup (yakni spt keadaan yg sebenarnya): dia begitu pandai memilih warna sehingga ~ lukisannya; 7. menjadikan suasana giat dan bersemangat: gelak ketawanya ~ suasana di dlm rumah itu; 8. menyebabkan timbul sesuatu perasaan, minat, dsb: ~ minat mereka utk bekerja dgn lebih keras lagi; memperhidup menjadikan lebih hidup (giat, bersemangat, dll): rakyat harus ~ semangat bekerjasama antara kaum; hidupan, hidup-hidupan 1. sesuatu yg hidup (binatang, tumbuhan, dll): kuman ialah sj ~ seni yg sangat-sangat halus; ~ seni mikroorganisma; 2. = binatang ~ binatang ternakan (yg dipelihara): maka adalah drpd hidup-hidupan mereka itu drpd kerbau dan kambing dan sedikit-sedikit lembu dan ayam itik; kehidupan perihal hidup: sejak kampung itu diganggu oleh komunis ~ penduduknya semakin sempit; penghidupan cara (menguruskan, menyelenggarakan) hidup, pencarian: Tuan Sutan menghamun pemerintah kerana cuba menukar dan merosakkan ~nya; Badaruddin akrab dgn ~ peneroka hutan di negeri Pahang; penghidup alat atau bahan utk menghidupkan sesuatu (enjin, api dsb): pelita ini menggunakan minyak zaitun sbg ~ nyalanya; ~ enjin elektronik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |