Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kawasan (kata nama)
1. Bersinonim dengan daerah: wilayah, mukim, kampung, bahagian, seksyen, jajahan, zon, medan, kampus, gelanggang, arena,

2. Bersinonim dengan pekarangan: parak, halaman.,



Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kawasan tadahankawasan yg menerima air hujan dan menyalirkannya ke sungai, tasik, empangan dsb;Kamus Dewan Edisi Keempat
sawahtanah yg bencah (digenangi air) tempat menanam padi, bendang; turun ~ (mulai) mengerjakan sawah; ~ air sawah yg berair kerana hujan; ~ bencah sawah yg mendapat airnya dr tali air; ~ rawang sawah di tanah yg berpaya-paya; ~ tadahan Jw sawah yg hanya mendapat air drpd air hujan; ~ berpermatang, ladang berbintalak prb sesuatu perkara itu ada batasnya (hadnya); ~ luas tahan tua, rumah gedang tahan tonggak prb jika ada orang yg meminjam wang, wajib ada orang yg menjaminnya; ke ~ tidak ber-luluk, ke ladang tidak berarang prb mem-peroleh keuntungan (dll) tidak dgn bersusah payah; bersawah 1. mempunyai sawah: orang-orang kita yg tidak ~ biasanya membeli beras dr kedai; 2. = menyawah bekerja menanam padi di sawah, mengerjakan sawah: kerja Tuk Mat sehari-hari ialah menoreh getah dan ~; ~ seperempat piring, ke sawah sama dgn orang prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya-kaya; ~ sepiring tidak akan tempat se-pasin bertanya prb peri kemiskinan yg amat sangat; persawahan 1. perihal bersawah (meng­usahakan sawah): dlm sejarah ~ di negeri ini, menanam padi dua kali setahun sudah lama dilakukan; 2. kawasan yg dijadikan sawah; pesawah orang yg kerjanya bersawah, petani: menantunya bukan seorang ~ lagi, melain-kan sudah bakal jadi saudagar.Kamus Dewan Edisi Keempat
kawasan1. tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas): ~ seluas seribu hektar telah disediakan utk projek-projek perindustrian itu; ~ di sekeliling rumah itu gelap-gelita; 2. lingkungan sesuatu keluasan yg termasuk di dlm sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan, dll), wilayah: tentera musuh menceroboh masuk ke dlm ~ Malaysia; 3. daerah atau wilayah yg sama keadaan buminya atau hawanya (hasilnya, kegiatan ekonominya, dll): ~ paya; ~ hutan; ~ tropika; ~ sejuk sederhana; ~ arang batu; ~ pertanian; ~ perladangan; ~ perusahaan; 4. NS kampung atau tanah (hak milik seseorang), pekarangan rumah; ~ hitam daerah atau selingkungan tempat-­tempat yg dianggap berbahaya (kerana ter­dapat ancaman, gerakan, dsb oleh gerombo­lan pengganas); ~ legeh kawasan (tanah tinggi) yg memisahkan dua hulu sungai atau lebih; ~ perairan bahagian laut sehingga ke beberapa batu dr pantai yg diiktiraf sbg terletak di bawah kekuasaan negeri berkenaan; ~ putih daerah atau selingkungan tempat­-tempat yg dianggap tidak berbahaya (bebas drpd ancaman pengganas); ~ sesak kawasan (biasanya kawasan bandaran) yg padat dgn penduduk (bangunan dsb); ~ sterling ling­kungan yg meliputi negara-negara yg menggunakan mata wang sterling sbg pertukaran asing utamanya; ~ tadahan kawasan yg menerima air hujan dan menyalirkannya ke sungai, tasik, empangan dsb; berkawasan mempunyai (ada) kawasan: pertubuhan antarabangsa yg tidak ~.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas