pantomim | drama yg dipersembahkan dgn menggunakan gerak-geri sahaja dan biasanya diiringi muzik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ritma | 1 turun naik bunyi atau lagu secara teratur; irama: Gimnas hendaklah peka terhadap ~ muzik. 2 ist urutan kejadian atau aktiviti yg berulang dlm sela masa yg tetap, mis denyutan jantung. beritma mengikut ritma; berirama: gerak-geri yg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aerobik | (aérobik) 1. senaman yg penuh bertenaga utk meningkatkan bekalan oksigen dlm darah serta memperkuat jantung dan paru-paru, biasanya dilakukan dgn gerak-geri spt tarian dan diiringi muzik yg rancak: ada ~kah hari ini?; tarian ~ sj tarian yg bercorak (bersifat) senaman; 2. (Bio) berkaitan dgn atau memerlukan oksigen bebas: pengudaraan diperlukan utk membekalkan oksigen bagi mikroorganisma ~; beraerobik melakukan aerobik: beberapa cara utk menguruskan badan spt ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gaya | 1 sikap yg dpt dilihat drpd gerak-geri atau tingkah laku seseorang: Dia mempunyai ~ orang-orang besar. ~nya spt orang tua-tua, walaupun usianya masih muda. 2 cara melakukan sesuatu: Guru itu sedang menunjukkan ~ melompat yg baik kpd murid-muridnya. 3 cara atau rupa yg khusus mengenai sesuatu: Kebanyakan rumah di sana dibina menurut ~ Minangkabau. ~ bahasa cara penggunaan bahasa. 4 irama dan lagu dlm nyanyian dan muzik: Nyanyiannya mengikut ~ lagu Hindustan. 5 kesanggupan utk bergerak atau utk berbuat sesuatu; daya; tenaga: Sungguhpun sudah tua, tetapi masih kuat ~nya. ~ berat kuasa tarikan bumi. bergaya 1 kelihatan segak atau elok; sedap dipandang: Gadis yg berbaju kurung labuh dan berkain songket merah itu sungguh ~. 2 menunjukkan lagak; berlagak: Orang benci kpdnya kerana dia suka ~ spt orang-orang kaya. 3 ada kekuatannya; bertenaga: Sejak didatangi penyakit lumpuh tempoh hari, dia tidak ~ lagi. menggayakan 1 menunjukkan gaya menggunakan atau membuat sesuatu; membuat sesuatu supaya diketahui orang caranya: Pemuda itu ~ cara dia dpt menangkap pencuri itu. 2 membuat atau membuat-buat supaya kelihatan elok: Kalau hendak pergi ke parti, berjam-jam dia ~ dirinya di hadapan cermin. 3 memperlihatkan rupa atau bentuk sesuatu; memperagakan: Di majlis itu juga, beberapa orang peragawati telah ~ beberapa jenis pakaian moden. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gaya | 1. sikap yg dpt dilihat drpd gerak-geri atau tingkah laku seseorang: Dia mempunyai ~ orang-orang besar. ~nya spt orang tua-tua, walaupun usianya masih muda. 2. cara melakukan sesuatu: Guru itu sedang menunjukkan ~ melompat yg baik kpd murid-muridnya. 3. cara atau rupa yg khusus mengenai sesuatu: Kebanyakan rumah di sana dibina menurut ~ Minangkabau. ~ bahasa cara penggunaan bahasa. 4. irama dan lagu dlm nyanyian dan muzik: ~Nyanyiannya mengikut ~ lagu Hindustan. 5. kesanggupan utk bergerak atau utk berbuat sesuatu; daya; tenaga: Sungguhpun sudah tua, tetapi masih kuat ~nya. ~ berat kuasa tarikan bumi. bergaya 1. kelihatan segak atau elok; sedap dipandang: Gadis yg berbaju kurung labuh dan berkain songket merah itu sungguh ~. 2. menunjukkan lagak; berlagak: Orang benci kpdnya kerana dia suka ~ spt orang-orang kaya. 3. ada kekuatannya; bertenaga: Sejak didatangi penyakit lumpuh tempoh hari, dia tidak ~ lagi. menggayakan 1. menunjukkan gaya menggunakan atau membuat sesuatu; membuat sesuatu supaya diketahui orang caranya: Pemuda itu ~ cara dia dpt menangkap pencuri itu. 2. membuat atau membuat-buat supaya kelihatan elok:Kalau hendak pergi ke parti, berjam-jam dia ~ dirinya di hadapan cermin. 3. memperlihatkan rupa atau bentuk sesuatu; memperagakan: Di majlis itu juga, beberapa orang peragawati telah ~ beberapa jenis pakaian moden. | Kamus Pelajar |