Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : badan yg bertanggungjawab mentadbir dan mengurus kemudahan awam di sesebuah daerah, bandar dsb, mis Majlis Perbandaran dan Dewan Ban­daraya dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pihak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sisi: belah

2. Bersinonim dengan kumpulan: kelompok, pasukan, golongan, puak, regu,

Kata Terbitan : berpihak, memihak, berpihak-pihak,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pihak berkuasa tempatanbadan yg bertanggungjawab mentadbir dan mengurus kemudahan awam di sesebuah daerah, bandar dsb, mis Majlis Perbandaran dan Dewan Ban­daraya dsb;Kamus Dewan Edisi Keempat
undang-undang kecilundang-undang yg dibuat oleh pihak berkuasa atau agensi pentadbiran, mis pihak berkuasa tempatan, yg diberi kuasa berkanun atau kuasa undang-undang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kadaran(Tadb) cukai yg perlu dibayar oleh pemilik harta tanah kpd pihak berkuasa tempatan;Kamus Dewan Edisi Keempat
undang kecilundang-undang atau peraturan yg dibuat oleh pihak berkuasa atau agensi pentadbiran, mis pihak berkuasa tempatan, perbadanan dsb, yg diberi kuasa berkanun atau kuasa undang-undang;Kamus Dewan Edisi Keempat
mewasapimengenakan atau menyemburkan wasap pd sesuatu tempat dsb utk membasmi hama, serangga dsb: pihak berkuasa tempatan telah ~ kawasan perumahan itu utk mencegah pembiakan nyamuk Aedes;Kamus Dewan Edisi Keempat
wasapwap yg terbebas drpd cecair mudah meruap yg kelihatan spt asap, biasanya beracun dan kuat baunya; mewasapi mengenakan atau menyemburkan wasap pd sesuatu tempat dsb utk membasmi hama, serangga dsb: pihak berkuasa tempatan telah ~ kawasan perumahan itu utk mencegah pembiakan nyamuk Aedes; pewasapan perihal (proses, perbuatan dsb) mewasapi: ~ ini akan membasmi segala serangga perosak yg mungkin terdapat bahan tumbuhan itu; pewasap bahan atau alat yg digunakan utk mewasapi: kaedah ini juga melibatkan pendedahan kpd bahan kimia spt asap dan bahan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
taksiran1. hasil drpd menaksir, anggaran, nilaian: belanja atau kerajat yg diluluskan oleh undang-undang negeri ialah cuma 2% drpd ~ harta; 2. telahan, dugaan, persang­ka­an: bila beresnya revolusi ini menurut ~mu? 3. proses atau cara pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri atau pihak berkuasa tempatan menentukan jumlah cukai yg kena dibayar oleh individu atau pemilik rumah, sama ada sbg cukai pendapatan atau kadaran;Kamus Dewan Edisi Keempat
undang-undang1 susunan peraturan dan ketentuan yg dibuat oleh badan pemerintah sesebuah negara: Sesiapa yg melanggar ~ akan dihukum. 2 peraturan yg dibuat oleh sesuatu badan yg berkuasa: Tiap-tiap ahli mesti mematuhi ~ persatuan. 3 rumusan yg dibuat mengikut peraturan alam spt yg terdapat dlm ilmu sains dll; hukum. ~ adat amalan turun-temurun di sesuatu kawasan atau dlm sesebuah masyarakat yg diterima sbg undang-undang di kawasan atau dlm masyarakat tsb. ~ darurat undang-undang yg dijalankan dlm masa darurat. ~ dasar perlembagaan. ~ jenayah undang-undang mengenai jenayah. ~ kecil undang-undang yg dibuat oleh pihak berkuasa atau agensi pentadbiran, mis pihak berkuasa tempatan, yg diberi kuasa berkanun atau kuasa undang-undang. ~ tubuh peraturan bagi sesuatu pertubuhan dsb yg mesti dipatuhi oleh ahli-ahlinya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
undang II; undang-undang 1 susunan peraturan dan ketentuan yg dibuat oleh badan pemerintah sesebuah negara: Sesiapa yg melanggar ~ akan dihukum. 2 peraturan yg dibuat oleh sesuatu badan yg berkuasa: Tiap-tiap ahli mesti mematuhi ~ persatuan. 3 rumusan yg dibuat mengikut peraturan alam spt yg terdapat dlm ilmu sains dll; hukum. ~ adat amalan turun-temurun di sesuatu kawasan atau dlm sesebuah masyarakat yg diterima sbg undang-undang di kawasan atau dlm masyarakat tsb. ~ darurat undang-undang yg dijalankan dlm masa darurat. ~ dasar perlembagaan. ~ jenayah undang-undang mengenai jenayah. ~ kecil undang-undang yg dibuat oleh pihak berkuasa atau agensi pentadbiran, mis pihak berkuasa tempatan, yg diberi kuasa berkanun atau kuasa undang-undang. ~ tubuh peraturan bagi sesuatu pertubuhan dsb yg mesti dipatuhi oleh ahli-ahlinya. undangan; majlis (dewan) ~ badan yg menggubal undang-undang. perundangan hal mengenai undang-undang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
taksir IItaksir II kira, hitung, nilaian: ~ kasarnya bolehlah didapati dgn mengira bunga biasa dgn kadar %; salah ~ salah kira (hitung); kurang ~ hilang laba prb pekerjaan yg dibuat tidak dgn hati-hati akan mendatangkan kerugian; menaksir, mentaksir 1. mengira atau meng­­hitung banyaknya sesuatu (harga dll): ditaksir-taksir Solihin perongkosan yg harus dikeluarkan­nya; 2. menyangka, menelah, mengagak, mengi­ra: penduduk Vietnam Utara ditaksir sebanyak tiga belas juta; 3. memberi peng­hargaan (dgn sewajarnya), menghargai, me­nilai: dgn jalan itu, penyelidik seni sastera dapat mengenal sesuatu ciptaan dgn lebih baik lagi dan akhirnya dapat ~ nilai ciptaan seni itu; 4. mengkaji, meneliti: kita hendaklah ~ semula kedudukan kita yg tertakluk sangat-sangat pd getah asli; 5. = naksir ingin me­miliki (mempunyai) sesuatu, menghen­daki, berkeinginan utk, ada keinginan hendak; taksiran 1. hasil drpd menaksir, anggaran, nilaian: belanja atau kerajat yg diluluskan oleh undang-undang negeri ialah cuma 2% drpd ~ harta; 2. telahan, dugaan, persang­ka­an: bila beresnya revolusi ini menurut ~mu? 3. proses atau cara pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri atau pihak berkuasa tempatan menentukan jumlah cukai yg kena dibayar oleh individu atau pemilik rumah, sama ada sbg cukai pendapatan atau kadaran; penaksiran, pentaksiran perihal menaksir; penaksir, pentaksir orang yg menaksir.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas