bahasa semesta(universal language) | Bahasa pengaturcaraan yang dianggap paling kerap digunakan sebagai bahasa pengaturcaraan untuk melaksanakan sesuatu sistem dalam bidang tertentu. | Kamus Komputer |
pengenal pasti semesta(universal identifier) | Lambang piawai bagi menyatakan atau mengenal pasti sesuatu objek. | Kamus Komputer |
penghantar-penerima tak segerak semesta(universal asynchronous transmitter-receiver) | Peranti yang berfungsi menukarkan data selari kepada data siri bagi penghantaran data tak segerak dan proses sebaliknya. Singkatan UART. | Kamus Komputer |
sarwajagat | (bersifat) sejagat, universal, me-liputi seluruh dunia, alam semesta: unsur-unsur yg mendukung idea atau konsep keindahan sastera ~; menghadapi teknologi komunikasi yg bersifat ~; kesarwajagatan keadaan sejagat: kertas kerja yg membahaskan ciri-ciri kebudayaan Islam dgn menitikberatkan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
UART | Singkatan bagi universal asynchronous receiver-transmitter. Lihat penghantar-penerima tak segerak semesta. | Kamus Komputer |
USART | Singkatan bagi universal synchronous-asynchronous receiver-transmitter, iaitu penghantar-penerima segerak-tak segerak semesta. Peranti yang mempunyai dua ciri untuk menukarkan data selari kepada data siri bagi penghantaran data tak segerak dan proses sebaliknya, atau untuk menghantar data secara penghantaran segerak. | Kamus Komputer |