Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi), lembaga: ~ Minangkabau; ~ Perpatih; ~ Rembau; 2. cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan: ~ air cair, ~ api panas; kurang ~ tidak sopan, kurang ajar; membawa ~ haid (datang bulan); mengisi ~ menjalankan adat kebiasaan, memenuhi kewajiban; tahu ~ sopan; tak tahu ~ tidak sopan, kurang ajar; ~ dunia sifat dunia, kebiasaan di dunia; ~ gelanggang = ~ menyabung peraturan menyabung (ayam); ~ istiadat berbagai-bagai adat (peraturan) yg dituruti; ~ menyerambi adat menjamu bakal menantu laki-laki; ~ resam adat kebiasaan; ~ bersendi syarak, syarak bersendi ~ prb segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dgn adat dan agama; ~ diisi, lembaga dituang prb Mn mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaan; ~ gajah terdorong prb orang yg berkuasa biasanya menyalahgunakan kekua­saan­nya; ~ lama pusaka usang prb Mn adat yg tidak berubah-ubah sejak dahulu; ~ periuk berkerak, ~ lesung berdedak prb jika ber­kehendakkan keuntungan, haruslah susah; ~ sepanjang jalan, cupak sepanjang betung prb tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya; hidup dikandung ~ mati dikandung tanah prb setiap orang harus mentaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati; hilang ~ tegal muafakat prb adat lama itu boleh diubah asal dgn muafakat; beradat 1. mempunyai adat, tahu sopan santun; 2. melakukan sesuatu secara adat; mengadatkan menjadikan sesuatu adat, menjadikan sesuatu kebiasaan; adat yg diadatkan adat yg ditetapkan; teradat sudah menjadi adat atau kebiasaan; adat yg ~ adat yg terjadi kerana kebiasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : peraturan yg lazim dilakukan sejak dahulukala: Majlis perkahwinan itu telah dilakukan mengikut ~ orang-orang Melayu. ~ istiadat berbagai-bagai adat yg diikut. ~ resam adat yg menjadi kebiasaan kpd sesuatu kaum (daerah dll). beradat 1 mempunyai adat; tahu bersopan santun. 2 mengikut adat (ketika melakukan sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adat

Puisi
 

Orang berperang jatuh tersungkur,
     Buat kubu sebelah kiri;
Adat di hutan harimau mengambur,
     adat Adat lalang makan api.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Adat bersendi syarak,
     syarak bersendi adat.

Bermaksud :

Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah).

 

Lihat selanjutnya...(69)

209

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Adat pasang berturun naik

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan. Malangnya, adat pasang berturun naik, dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
resam II1. adat kebiasaan, aturan-aturan yg menjadi adat; adat ~ adat (aturan) yg biasa; hukum ~ ark hukum adat; 2. pembawaan, kebiasaan, sifat, tabiat: dlm pantun banyaklah terdapat perasaan, fikiran, ~, dan tabiat orang Melayu; ~ tubuh Id keadaan tubuh; seresam sesuai; ~ dgn sesuai dgn; resaman resam; ® resmi.Kamus Dewan Edisi Keempat
resam II1 peraturan yg menjadi adat; adat yg dipakai turun-temurun: adat ~ peraturan atau adat yg biasa. 2 apa-apa yg selalu dilakukan; tabiat; kebiasaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
resam II1 peraturan yg menjadi adat; adat yg dipakai turun-temurun: adat ~ peraturan atau adat yg biasa. 2 apa-apa yg selalu dilakukan; tabiat; kebiasaan.Kamus Pelajar
kolotkuno, cara lama (tidak moden), ke­tinggalan zaman: cara ~ yg digunakan oleh petani-petani menyebabkan hasil pertanian mereka tidak memuaskan; adat ~ adat kuno; kaum ~ golongan yg ber­pegang kuat pd adat resam kuno; kekolotan 1. sifat (cara, adat resam, dll) yg kolot (ketinggalan zaman), kekunoan: menghapuskan ataupun setidak-tidaknya mengurangkan ~ dlm masyarakat; 2. perihal kolot (kuno), sifat tidak moden atau ketinggalan zaman (bkn pemikiran, adat resam, dll): pelajaran dan pengalamannya telah dapat menghapuskan ~ fikirannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
perpatih1. sl panggilan utk orang besar di Sumatera (zaman dahulu); 2. = adat ~ adat orang Minangkabau (diamalkan oleh sete­ngah-setengah penduduk Negeri Sembilan).Kamus Dewan Edisi Keempat
ketimurankeadaan atau hal yg berkaitan dgn bangsa Asia atau dgn benua Asia: adat ~ adat bangsa Asia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
salah adattidak mengikut adat, melanggar adat;Kamus Dewan Edisi Keempat
membelenggu1. melekatkan (mengenakan) belenggu pd, menggari: kedua-dua tangannya dipegang kuat-kuat dan dibelenggu; 2. ki mengikat kebebasan: hasrat penjajah utk ~ fikiran rakyat; 3. menyekat, menghalang: adat-adat yg ~ kemajuan; 4. memikat (hati dll): parasnya yg cantik manis tentu sekali akan ~ hati barang siapa yg memandangnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
kuno1. lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala; barang ~ barang yg berasal dr zaman dahulu; masyarakat ~ masyarakat zaman dahulukala; zaman ~ zaman dahulukala, purbakala; 2. kolot, tidak moden; adat ~ adat yg sudah usang; kepercayaan ~ kepercayaan kolot (spt kepercayaan kpd kuasa ghaib dll); pendapat (sikap) ~ pendapat (sikap) yg tidak moden; kekunoan 1. barang apa yg bersifat kuno; 2. perihal (sifat) tidak moden, kekolotan: ~ sikap akan menghalang kemajuan; 3. Id (Lin) penggunaan bahasa secara kuno (baha­sa lama).Kamus Dewan Edisi Keempat
pepatahsj peribahasa yg mengandungi nasihat, ajaran (perkataan) orang tua-tua dll, bidal; ~ adat perkataan (peribahasa) mengenai adat, kata adat; ~ dan petitih berbagai peribahasa; berpepatah menyebut (memakai) pepatah: pandai benar kanda ~; pematah.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas