Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adat syarak

Peribahasa

Adat bersendi syarak,
     syarak bersendi kitabullah.

Bermaksud :

Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. kitabullah = Quran.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
adat1. peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi), lembaga: ~ Minangkabau; ~ Perpatih; ~ Rembau; 2. cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan: ~ air cair, ~ api panas; kurang ~ tidak sopan, kurang ajar; membawa ~ haid (datang bulan); mengisi ~ menjalankan adat kebiasaan, memenuhi kewajiban; tahu ~ sopan; tak tahu ~ tidak sopan, kurang ajar; ~ dunia sifat dunia, kebiasaan di dunia; ~ gelanggang = ~ menyabung peraturan menyabung (ayam); ~ istiadat berbagai-bagai adat (peraturan) yg dituruti; ~ menyerambi adat menjamu bakal menantu laki-laki; ~ resam adat kebiasaan; ~ bersendi syarak, syarak bersendi ~ prb segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dgn adat dan agama; ~ diisi, lembaga dituang prb Mn mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaan; ~ gajah terdorong prb orang yg berkuasa biasanya menyalahgunakan kekua­saan­nya; ~ lama pusaka usang prb Mn adat yg tidak berubah-ubah sejak dahulu; ~ periuk berkerak, ~ lesung berdedak prb jika ber­kehendakkan keuntungan, haruslah susah; ~ sepanjang jalan, cupak sepanjang betung prb tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya; hidup dikandung ~ mati dikandung tanah prb setiap orang harus mentaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati; hilang ~ tegal muafakat prb adat lama itu boleh diubah asal dgn muafakat; beradat 1. mempunyai adat, tahu sopan santun; 2. melakukan sesuatu secara adat; mengadatkan menjadikan sesuatu adat, menjadikan sesuatu kebiasaan; adat yg diadatkan adat yg ditetapkan; teradat sudah menjadi adat atau kebiasaan; adat yg ~ adat yg terjadi kerana kebiasaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
hukum adatperaturan-per­aturan yg berdasarkan adat (kebiasaan), lwn hukum syarak;Kamus Dewan Edisi Keempat
syarakAr hukum yg bersandarkan ajaran agama Islam, hukum Islam: pakaian yg bersih dan suci sebagaimana yg dikehendaki ~; berbuatlah ia suatu pekerjaan yg tidak patut pd ~ dan pd adat iaitu bermain muda.Kamus Dewan Edisi Keempat
hukum1. peraturan yg dibuat oleh sesuatu kekuasaan (negara dll), adat yg dianggap mesti dipatuhi, undang-undang: ~ mengerjakan sembahyang; ia telah banyak mendalami soal ~ dan undang-undang; ahli ~ Id orang yg tahu (pakar) dlm ilmu hukum; badan ~ Id perkumpulan (persatuan dll) yg diperlakukan oleh undang-undang sbg orang; ilmu ~ penge­tahuan atau falsafah mengenai undang-undang; lawan ~ Id melawan hak; tata~ Id aturan (peraturan, sistem, susunan) mengikut hukum; 2. ketentuan (kaedah, kepastian, ketetapan) mengenai sesuatu peristiwa atau kejadian (alam dll): ~ alam; ~ bahasa; ~ Ampere menyatakan bahawa dua arus selari yg mempunyai haluan yg sama menarik satu sama lain; 3. = hukuman keputusan (per­tim­bangan) yg dibuat oleh hakim (dlm mah­kamah dll); memutuskan (menjatuhkan) ~ membuat keputusan; kena ~ dijatuhi hukuman; 4. sl perintah, kekuasaan: raja-raja dlm dunia ini dr masyrik datang ke maghrib semuanya dlm ~ Maharaja Rawana; ~ acara (tuntutan) Id peraturan-peraturan mengenai penuntutan serta pemeriksaan dan pemutusan perkara; ~ adat peraturan-per­aturan yg berdasarkan adat (kebiasaan), lwn hukum syarak; ~ alam aturan yg tentu bkn ke­jadian alam; ~ Allah takdir Allah (ke­tentuan Allah); ~ asasi perlembagaan negara; ~ Boyle (Fiz) hukum yg menyatakan bahawa pd suhu yg malar, isi padu sesuatu gas berkadaran songsang dgn tekanan; ~ Coulomb (Fiz) hukum yg memberikan nilai magnitud daya elektrik di antara dua zarah bercas; ~ dagang Id sistem yg mengatur hal-hal perniagaan (jual beli dll); ~ dunia hukum alam; ~ Faraid peraturan pembahagian harta pusaka dlm agama Islam; ~ fiqah hukum dlm agama Islam tentang perkara-perkara spt ibadat, muamalat, munakahat, dan jinayat; ~ gan­tung hukum mati dgn gantung; ~ gereja Id peraturan-peraturan bkn kehidupan yg ber­dasarkan ajaran Kristian; ~-hakam pelbagai jenis hukum agama Islam; ~ Islam = ~ syarak (syariah) peraturan (ketentuan) mengenai kehidupan menurut Islam; ~ keabadian jisim (Kim) hukum yg menyatakan bahawa dlm tindak balas kimia, jumlah jisim bahan selepas tindak balas kimia adalah sama dgn jumlah jisim bahan sebelum tindak balas; ~ keabadian tenaga (Kim) hukum yg menyatakan bahawa tenaga tidak dapat dicipta atau dimusnahkan tetapi dapat diubah kpd bentuk tenaga yg lain; ~ kuasa dua songsang (Fiz) hukum yg menyatakan bahawa keamatan sesuatu kesan (cahaya, daya graviti, bunyi, dll) pd sesuatu titik, berkadaran songsang dgn jarak kuasa dua dr sumber kesan ke titik tersebut; ~ perdata = ~ sipil = ~ warganegara Id per­aturan-peraturan dan ketentuan-ketentuan bkn hak dan kewajiban dll warganegara; ~ perkadaran tentu = ~ komposisi tetap (Kim) hukum yg menyatakan bahawa sesuatu sebatian kimia sentiasa mengandungi unsur-unsur yg sama mengikut perkadaran jisim yg sama tanpa mengira cara sebatian itu disediakan; ~ pidana Id peraturan dan ketentuan mengenai hukuman; ~ resam hukum adat; ~ sains peraturan-peraturan (ketentuan, kaedah) dlm sains; ~ sejarah ketentuan sejarah; ~ tatanegara Id peraturan dan ketentuan bkn susunan kerja dll kenegaraan; berhukum 1. menggunakan hukum, ada hukum­nya; 2. = ~ (kpd) berhakim (kpd); menghukum 1. memberi keputusan (kete­tapan dll) berdasarkan undang-undang (oleh hakim), memberi seksaan (kurungan dlm penjara dll) kerana berbuat kejahatan dll: kalau tidak dihukum atau didenda orang yg membuat kesalahan makin lebih berani lagi ia berbuat demikian; pembunuh itu telah dihukum gantung; 2. mengkritik, mencela keras, sama sekali tidak bersetuju: hampir semua negara dunia ~ dasar perbezaan warna kulit Afrika Selatan; menghukumkan 1. menghukum: sekalian itu perkakas Hollanda menyeksakan dan ~ orang adanya; 2. menjadikan undang-undang (hukum), membuat hukumnya (undang-undang­nya); 3. menetapkan hukum menurut agama Islam (spt halal, haram, mubah, najis, sunat, dsb); 4. sl memerintah (negeri, rakyat, dll): menteri itulah yg ~ empat puluh menteri lain; terhukum kena hukum, dihukum: saya berasa spt ~ kerana terpaksa berjauhan dgn orang yg saya kasihi; hukuman 1. penderitaan dsb yg dikenakan atas orang yg melakukan kesalahan (melang­gar undang-undang); 2. keputusan yg dibuat oleh hakim (Tuhan, kerajaan, dll): mah­ka­mah menjatuhkan ~ penjara seumur hidup terhadap kedua-dua orang pengkhianat itu; kesalahan awam tidak akan membawa kpd ~ kesalahan jenayah; orang ~ orang yg dihukum penjara dsb; ~ bunuh = ~ mati hukuman yg dijalankan dgn membunuh (menembak, menggantung) orang yg bersalah; ~ gantung hukuman mati dgn digantung; ~ kawalan Id hukuman yg menyekat kebebasan bergerak (orang yg di­hukum tidak dibenarkan bergerak bebas dan harus selalu melaporkan diri kpd polis); ~ kerakal Id ark hukuman kerja paksa (mem­buat jalan, memecah batu, dsb); ~ kurungan (tutupan) Id hukuman yg dijalankan dgn mengurung orang yg bersalah dlm penjara (bukan kerana kejahatan); ~ penjara huku­m­an kurung dlm penjara; ~ rotan hukuman yg dijalankan dgn menyebat orang yg bersalah dgn rotan; kehukuman hal ehwal yg menurut hukum; penghukum 1. orang, badan dsb yg men­jatuhkan (membuat atau menjalankan) huku­m­an: rakyat mengakui kuasa raja sbg pe­ngadil dan ~ bagi yg melanggar undang-undang negeri; 2. orang yg menentukan hukum (hal yg berkaitan dgn dosa, pahala dsb): beliau menegaskan bahawa kita pen­dakwah, bukan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
hukum1. peraturan yg dibuat oleh pihak yg berkuasa, negara dll utk mengatur pergaulan hidup dlm masyarakat; undang-undang. 2. keputusan yg dibuat oleh hakim dlm mahkamah: Tuan hakim telah menjatuhkan ~ penjara selama lima bulan. 3. sesuatu perkara (peraturan dsb) mengenai sesuatu kejadian, peristiwa dll yg ditentukan; ketentuan; ketetapan: ~ Archimedes digunakan utk menentukan ketumpatan sesuatu larutan. ~ adat peraturan-peraturan yg berdasarkan adat. ~ alam hal yg ditentukan oleh keadaan alam. ~ Allah apa-apa yg telah ditentukan terlebih dahulu oleh Allah; takdir Allah. ~ gantung hukum mati dgn digantung. ~ Islam peraturan mengenai cara hidup dll menurut Islam. ~ sains peraturan atau ketentuan dlm ilmu sains. ~ syarak hukum yg didasarkan pd al-Quran, hadis, ijmak dan qias. menghukum memberikan keputusan, ketentuan dll dgn berpandukan undang-undang; mendenda (seseorang) kerana melakukan sesuatu kesalahan: Pembunuh itu telah dihukum gantung. Tuan hakim telah ~ orang yg bersalah itu. terhukum dihukum; kena hukum. hukuman seksaan, penderitaan dll yg dikenakan kpd orang yg melakukan kesalahan; keputusan yg dibuat oleh hakim dsb: Mahkamah telah menjatuhkan ~ penjara seumur hidup terhadap kedua-dua orang pengkhianat itu.Kamus Pelajar
hukum1 peraturan yg dibuat oleh pihak yg berkuasa, negara dll utk me­ngatur pergaulan hidup dlm masyarakat; undang-undang. 2 = hukuman keputusan yg dibuat oleh hakim dlm mahkamah: Tuan hakim telah menjatuhkan ~ penjara selama lima bulan. 3 sesuatu perkara (peraturan dsb) mengenai se­suatu kejadian, peristiwa dll yg ditentukan; ketentuan; ketetapan: ~ Archimedes digunakan utk menentukan ketumpatan sesuatu larutan. ~ adat peraturan-peraturan yg berdasarkan adat. ~ alam hal yg ditentukan oleh keadaan alam. ~ Allah apa-apa yg telah ditentukan terlebih dahulu oleh Allah; takdir Allah. ~ Boyle ist hukum yg menyatakan bahawa pd keadaan suhu yg tidak berubah, isi padu sesuatu gas berkadar songsang dgn tekanan. ~ Coulumb ist hukum yg memberikan nilai magnitud daya elektrik di antara dua zarah bercas. ~ gantung hukum mati dgn digantung. ~ Islam peraturan mengenai cara hidup dll menurut Islam. ~ keabadian jisim ist hukum yg menyatakan bahawa jumlah jisim sesuatu bahan tidak berubah selepas tindak balas kimia. ~ keabadian tenaga ist hukum yg menyatakan bahawa tenaga tidak dpt dicipta atau dimusnahkan tetapi dpt diubah kpd bentuk tenaga yg lain. ~ sains peraturan atau ketentuan dlm ilmu sains. ~ syarak hukum yg didasarkan pd al-Quran, hadis, ijmak dan qias. menghukum memberikan keputusan, ketentuan dll dgn berpandukan undang-undang; mendenda (seseorang) kerana melakukan sesuatu kesalahan: Pembunuh itu telah dihukum gantung. Tuan hakim telah ~ orang yg bersalah itu. terhukum dihukum; kena hukum. hukuman seksaan, penderitaan dll yg dikenakan kpd orang yg melakukan kesalahan; keputusan yg dibuat oleh hakim dsb: Mahkamah telah menjatuhkan ~ penjara seumur hidup ter­hadap kedua-dua orang pengkianat itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rukun IAr 1. = ~ Islam = ~ agama dasar atau tiang agama Islam (syahadat, sembahyang fardu, zakat, puasa Ramadan, dan me­nger­jakan haji); menunaikan ~ yg kelima me­nger­­ja­kan ibadat haji; 2. dasar, tiang, asas, sen­­di: negara yg mengamalkan ~-~ de­mokrasi; 3. sesuatu yg diharuskan, syarat: seseorang yg hendak membuka kedai runcit perlu mempunyai tiga syarat atau ~ spt yg dinyatakan di bawah ini; ~ fikli rukun yg berupa perbuatan dlm ibadat (rukuk dan sujud dlm sembahyang, tawaf dlm ibadat haji, dll); ~ hidup syarat hidup; ~ iman percaya akan Allah (malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-Nya, hari kiamat, dan untung baik dan buruk drpd Allah); R~ Negara falsafah negara Malaysia yg mendukung lima prinsip penting, iaitu kepercayaan kpd Tuhan, ke­setiaan kpd raja dan negara, keluhuran per­lembagaan, kedaulatan undang-undang, serta kesopanan dan kesusilaan; ~ syarak asas dan hukum agama Islam; ~ syarat Mn sesuatu yg harus diadakan mengikut adat.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas