Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adikku

Puisi
 

Di mana didikku tadi,
     Padi tumpah bawah tangga;
Di mana dia adikku tadi,
     Hati susah kerana dia.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

373

All men must die

Semua orang pasti mati.

Bunga gugur putik pun gugur

I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal.

Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun bunga gugur putik pun gugur . Hanya Tuhan sahaja yang daim.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ariningsunJw, sl adikku, adindaku (perem­puan).Kamus Dewan Edisi Keempat
berani I1. gagah (bukan pengecut), perkasa: adikku ialah seorang yg ~; 2. tidak takut, tabah menghadapi bahaya (kesulitan dll): fikiran ini tidak ada orang yg ~ menafikan; ~ lalat berani di belakang lawan (kalau berhadapan takut); ~ mati tidak takut mati; ~ udang tidak tetap hati, cemas hati; barisan (pasukan) ~ mati tentera yg berani mengorbankan jiwanya; ~ hilang tak hilang, ~ mati tak mati prb mengerjakan sesuatu hendaklah dgn keberanian; ~ malu, takut mati prb pengecut; ~ menjual, ~ membeli prb a) apa-apa yg dikerjakan (dikatakan), hendaklah ditimbang-timbang (jangan mengenai orang lain); b) tidak saja mahu menyuruh, mengerjakan pun mahu juga; ~ pegang, ~ tanggung = barang siapa ~ mengamang, tak dapat tidak melawan prb tiap-tiap yg dicakapkan akan berani pula dikerjakan; memberanikan 1. memberangsangkan, menggalakkan: kemenangan itu ~ lagi orangorang Islam; 2. = memberani-beranikan menjadikan (diri sendiri) berani, membuat (memaksa diri) supaya berani: “Saya tidak akan bimbang dgn tidak bersebab,” katanya dgn hati yg diberani-beranikan;keberanian kegagahan, keperkasaan: dia mendapat pangkat itu dgn ~ dan pengorbanan; pemberani sangat berani, orang yg sangat berani.Kamus Dewan Edisi Keempat
memperdiamkan1. mem­buat (menjadikan, membiarkan) diam: ibu ~ adikku yg merengek; 2. menjadikan tidak bergerak, mematikan utk seketika (benda bergerak dll): gelora marah itu di­diam­kannya sahaja; 3. tidak mengendahkan (mem­­pedulikan, ambil tahu, dll), tidak meng­hebohkan: pihak Berikat tidak boleh ~ serangan yg dilakukan oleh pihak Fasis ke atas negara-negara yg kecil; ada pun jika kita perdiamkan perkara ini, nescaya buruk padahnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
mendiamkan, memperdiamkan 1. mem­buat (menjadikan, membiarkan) diam: ibu ~ adikku yg merengek; 2. menjadikan tidak bergerak, mematikan utk seketika (benda bergerak dll): gelora marah itu di­diam­kannya sahaja; 3. tidak mengendahkan (mem­­pedulikan, ambil tahu, dll), tidak meng­hebohkan: pihak Berikat tidak boleh ~ serangan yg dilakukan oleh pihak Fasis ke atas negara-negara yg kecil; ada pun jika kita perdiamkan perkara ini, nescaya buruk padahnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
merompongkanmengerat (hujungnya): kepadanya aku balaskan hatiku yg amarah itu sebab ia ~ hidung adikku.Kamus Dewan Edisi Keempat
batuk1. = berbatuk mengeluarkan nafas dr paru-paru dgn keras dan bising bunyinya; 2. bunyi seseorang batuk: adikku ~ sahaja semalam-malaman tadi; tidak dapat saya pejamkan mata sedikit pun kerana ~nya; 3. penyakit (keadaan) yg menyebabkan seseorang kerap batuk atau batuk berulang-ulang: ubat utk melegakan ~; ~ barah batuk yg berdahak; ~ barah angin batuk yg tidak berdahak; ~ darah batuk dgn mengeluarkan darah; ~ jerih = ~ lelah sesak nafas, senak; ~ kecil berdeham; ~ kering batuk yg tidak berkahak (kerana TB); ~ kokol = ~ mengokol(-ngokol) batuk keras yg bertalu-talu; ~ rejan batuk yg keras (pd anak-anak); melepaskan ~ di tangga prb melakukan sesuatu dgn tidak bersungguh-sungguh; berbatuk batuk; membatukkan batuk dgn sengaja (kerana sesuatu, mis utk mengeluarkan dahak dll); ~ darah batuk dan mengeluarkan darah; terbatuk-batuk batuk dgn tidak tertahan-tahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
benar1. tidak salah, betul: ejaannya ~; salah ~nya; 2. tepat (tidak berbeza drpd keadaan sebenarnya), memang demikian halnya, sungguh, sah: kalau ~ dia yg memukul adikku, tentu kuadukan kpd bapanya; 3. amat, sangat, sekali: ramai ~ orang pergi ke pantai;sebenarnya 1. yg merupakan kenyataan, sebetulnya, sesungguhnya: orang yg sentiasa menyerukan pembelaan wanita yg ~ menganiaya mereka; 2. yg dikira betul, sebetulnya: ejaan yg ~ ialah ‘pameran’ bukan ‘pamiran’; 3. begitulah, demikianlah, sungguhlah: ~lah spt kata cikgu itu; 4. sewajarnya, sepatutnya;sebenar-benarnya sesungguh-sungguhnya, sebetul-betulnya: mereka hendaklah ~ menimbangkan dan menguji apa jua ajaran agama dgn adil; benar-benar sungguh-sungguh, betul-betul, amat sangat: kata-katanya itu ~ meninggalkan kesan di hatiku;berbenar, berbenar-benar Mn berterus-terang;membenar, membenar-benar Mn 1. berbenar; 2. meminta bantuan;membenari Mn memujuk, mengelon;membenar-benari mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh;membenarkan 1. membetulkan: dia cuba ~ kata-katanya yg telah terlanjur itu; 2. menganggap benar, menganggap sah: khabar semalam telah dibenarkan oleh lidah rasmi kerajaan; 3. mengiakan, menyetujui: Hilmi mengangguk ~ kata-kata itu; 4. memperbolehkan, mengizinkan: empunya rumah tidak ~ kami masuk sebelum membayar sewa pertama;memperbenar sl membenarkan; kebenaran 1. perihal benar (sesuatu), sebenarnya: ~ pepatah ini dapat diuji; hanya masa dapat membuktikan ~ pendapat ini; 2. izin: kedai ini didirikan dgn tidak berlesen atau bersurat ~; 3. sesuatu yg benar (sungguh-sungguh ada, betul-betul demikian halnya): aku percaya pd suatu masa dia akan kembali semula kpd ~ dan kenyataan; ~ dan kejujuran itu ialah hakim utama; 4. Jk kebetulan; ketidakbenaran perihal atau perbuatan tidak benar;pembenaran perihal atau perbuatan membenarkan: ~ pandangan ini dr sudut agama.Kamus Dewan Edisi Keempat
sakit1. menderita sesuatu (spt demam, pening, dll) yg menyebabkan seluruh tubuh atau se-suatu bahagiannya tidak segar, (berada dlm keadaan) tidak sihat, uzur: tekaknya ~; adikku ~; 2. ki menderita kesusahan (kesengsaraan, kesedihan, dll), sedih: kalau engkau terlalu boros begini alamat ~lah hidup engkau nanti; ~ akal gila; ~ angau rindu akan kekasih (bkn orang dlm percintaan); ~ angin pasang-pasang sj sakit angin pasang-pasang yg menyebabkan buah zakar laki-laki bengkak; ~ angin se-lenyap sj sakit angin pasang-pasang yg menyebabkan kemaluan laki-laki tidak nampak; ~ angin taufan = ~ (maha)raja singa penyakit yg berpunca drpd perhubungan seks (perhu-bungan kelamin) secara liar, sifilis; ~ asabat sakit pd urat saraf; ~ baka beguk; ~ berat = ~ lasat = ~ payah sakit yg teruk; ~ fikiran = ~ ingatan = ~ otak gila; ~ gajah = ~ gajah-gajahan elefantiasis, untut; ~ hati berasa sangat tersinggung dan marah (kerana dihina dll); ~ jantung apa sahaja penyakit yg ada kaitan dgn jantung; ~ jiwa a) sakit mental; b) bp tidak tenteram fikiran kerana ada unsur-unsur yg menekan jiwa; ~ kepala pening kepala; ~ kuning sakit yg menyebabkan tubuh menjadi kuning; ~ mental tidak siuman fikiran-nya, sakit otak, gila; ~ menimpa sesal terlambat prb perbuatan yg terlanjur dan tidak dapat diubah lagi; ~ perut, baharu tahu di liang lantai prb sesudah men-dapat kesusahan baru teringat akan yg perlu; ~ sama mengaduh, luka sama menyiuk prb sama-sama bertanggungjawab; apa boleh buat, biar ~ dahulu senang kemudian prb biarlah bersusah-susah dahulu asalkan senang kemudiannya; lain ~, lain diubat, lain luka, lain dibebat prb jawab yg bersalahan dgn soalan (lain yg diminta, lain yg diberikan); tiada ~ makan ubat prb menyusahkan diri sendiri; bersakit, bersakit-sakit 1. berusaha benar-benar (utk memperoleh sesuatu), bersusah payah: tidak akan dapat mencapai sesuatu dgn tidak ~; 2. selalu sakit: sudah beberapa lama dia ~ sahaja; 3. menderita kesusahan (kesukaran, kesulitan, dll): bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian; menyakit mendatangkan sakit (sengsara, sedih dll): segala maki hamun tidak ~ pada-nya; menyakiti 1. menyebabkan berasa sakit (sengsara, sedih, pilu, dll): janganlah kamu suka mengganggu dan ~ orang lain; aku tidak sanggup ~ hatimu; 2. ark sakit ketika melahirkan anak: ketika itu bininya sedang ~; menyakitkan menjadikan sakit (susah, risau, sedih, tidak senang, dll), menyebabkan berasa sakit: hulu kikir yg bujur atau runcing boleh ~ tangan ketika menggunakannya; ~ hati menyebabkan (seseorang) berasa sangat tersinggung dan marah (kerana telah dihina dsb): Zarina ketawa seolah-olah me­ngejek-nya, ini ~ hatinya; ~ mata merupakan sesuatu yg sangat buruk, tidak menyenangkan sesiapa yg melihatnya; kesakitan 1. perihal sakit, menderita sakit (susah dll): raja itu pun terlentang selaku orang ~ sangat; 2. sengsara, kesusahan hidup; penyakitan, berpenyakitan selalu sakit-sakit, selalu menghidap penyakit, sentiasa dihinggapi penyakit: anak yg berpenyakitan dan tidak cerdas dan cerdik; penyakit 1. sesuatu yg menyebabkan badan menjadi sakit (atau yg mengganggu kesihatan): dia sudah sihat drpd ~ lelah; ~ berjangkit penyakit yg mudah berjangkit (spt kurap, malaria, dll); ~ kelamin penyakit berjangkit yg lazimnya tersebar melalui hubungan seks; ~ mental (Ubat) gangguan mental; ~ organik (Ubat) penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh; ~ tidur (Ubat) penyakit yg ditularkan kpd manusia melalui gigitan lalat tsetse (terutamanya di Afrika), dan dicirikan dgn demam yg berulang, pening, mengantuk, dan bengkak pd bahagian tertentu tubuh; 2. ki sesuatu yg menyebabkan keburukan, kepincangan hidup dll yg merebak (spt pelacuran, rasuah, dll), sesuatu yg me­nyusahkan: pengangguran menjadi ~ dlm negeri itu; ~ sosial amalan atau perlakuan yg tidak baik yg berlaku dlm masyarakat, mis penagihan dadah dan tabiat melepak; 3. ki, Id bangsat, sial (makian); berpenyakit menghidap penyakit, selalu menghidap sesuatu penyakit; pesakitan Id 1. orang yg didakwa (dlm mahkamah): polis telah menyilakan ~ masuk menerima hukumannya; 2. orang tahanan; pesakit orang yg sakit, si sakit; ~ dalam pesakit yg dimasukkan ke dlm wad utk menjalani rawatan penyakitnya; ~ luar pesakit yg hanya menerima rawatan di hospital atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke dlm wad.Kamus Dewan Edisi Keempat
rompongrosak atau terkerat pd cuping atau hujungnya (hidung, belalai, dll): maka di­parang seorang lagi, kena hidungnya ~; merompongkan mengerat (hujungnya): kepadanya aku balaskan hatiku yg amarah itu sebab ia ~ hidung adikku.Kamus Dewan Edisi Keempat
merinduimempunyai keinginan yg sangat kuat utk bertemu dgn seseorang atau men­dapatkan sesuatu dsb, yg sentiasa berada dlm ingatan, kenangan dsb: orang tua itu ~ anak cucunya; saat itu aku begitu ~ belaian manja ibu dan kemesraan adik-adikku yg tidak akan kutemui lagi di dunia ini; yg pastinya, mereka tetap ~ masakan ibu dan berbuka puasa bersama keluarga;Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas