sebak | 1 penuh dan banyak airnya (bkn sungai); hampir melimpahi tebing (bkn air sungai): Air sungai ~. 2 ki penuh dgn air mata dan hampir akan menitik (bkn kelopak mata). 3 ki sesak nafas (dada dll): Bahunya bergoyang-goyang kerana menahan ~ di dada. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sebak | 1 penuh dan banyak airnya (bkn sungai); hampir melimpahi tebing (bkn air sungai): Air sungai ~. | Kamus Pelajar |
melurut | 1 memegang dgn jari dan mengurut: ~ rambut yg basah. 2 menanggalkan atau melucutkan cincin dll dgn jari. 3 menekan dgn jari utk melicinkan sesuatu: ~ kertas rokok. 4 menceraikan biji-bijian atau daun dr tangkainya: ~ padi utk makanan ayam. 5 memetik buah-buahan hingga habis. 6 mengalir (bkn air sungai): Air sungai ~ hingga ke laut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lurut | ; melurut 1 memegang dgn jari dan mengurut: ~ rambut yg basah. 2 menanggalkan atau melucutkan cincin dll dgn jari. 3 menekan dgn jari utk melicinkan sesuatu: ~ kertas rokok. 4 menceraikan biji-bijian atau daun dr tangkainya: ~ padi utk makanan ayam. 5 memetik buah-buahan hingga habis. 6 mengalir (bkn air sungai): Air sungai ~ hingga ke laut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hulu | 1 kepala: gering ~ sakit kepala. 2 bahagian sungai sebelah atas tempat air sungai mula mengalir; udik: Air sungai yg deras mengalir dr ~. 3 kawasan atau daerah yg jauh dr pekan atau kota; pedalaman. 4 tempat memegang pd sesuatu alat (keris, parang, pisau dll); gagang; tangkai: ~ keris; ~ parang; ~ pisau. berhulu 1 bermula dr (bkn sungai); terbit di: Sungai ini ~ di Gunung Tahan. 2 memakai hulu; ada hulunya; bertangkai. berhulukan mempunyai hulu yg dibuat drpd; berhulu akan: parang yg ~ besi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hulu | 1. kepala: gering ~ sakit kepala. 2. bahagian sungai sebelah atas tempat air sungai mula mengalir; udik: Air sungai yg deras mengalir dr ~. 3. kawasan atau daerah yg jauh dr pekan atau kota; pedalaman. 4. tempat memegang pd sesuatu alat (spt keris, parang, pisau dll); gagang; tangkai: ~ keris; ~ parang; ~ pisau. berhulu 1. bermula dr (bkn sungai); terbit di: Sungai ini ~ di Gunung Tahan. 2. memakai hulu; ada hulunya; bertangkai. berhulukan mempunyai hulu yg dibuat drpd; berhulu akan: parang yg ~ besi. | Kamus Pelajar |
sebak | 1. hampir akan bah (sungai), penuh dan banyak airnya, digenangi air: air sungai telah tenang tidak berarus lagi menandakan air sudah ~ pasang; rupa darah spt air ~, bang-kai berhantaran di bumi; 2. ki digenangi air mata (mata), hampir akan menitik (air mata); 3. ki sesak (dada dll): Maznah terhinggut-hinggut bahunya menahan ~ di dada; menyebakkan menyebabkan jadi sebak; kesebakan keadaan sebak (digenangi air mata, sesak di dada dsb): tidak pernah saya mengalami ~ sebegitu semasa tawaf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alir | ; mengalir 1 bergerak maju perlahan-lahan (ttg benda-benda cair): Air sungai ~ ke laut. 2 bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit (spt air mata dll); meleleh: Peluhnya ~ membasahi bajunya. 3 bergerak melalui atau menerusi kawat (ttg tenaga elektrik). mengalirkan 1 membuat supaya mengalir; menyalurkan sesuatu: Apakah ikhtiar kita hendak ~ air sungai ini ke sawah? 2 menggerakkan (tenaga elektrik) melalui kawat. aliran 1 gerakan sesuatu yg cair; gerakan mengalir. 2 gerakan tenaga elektrik melalui kawat: Kerana sesuatu kerosakan, ~ elektrik telah terputus. 3 ki haluan pendapat (pandangan hidup dll) yg timbul drpd sesuatu faham. pengaliran proses (hal dsb) mengalir atau mengalirkan sesuatu. pengalir benda-benda yg digunakan utk mengalirkan sesuatu: ~ elektrik yg baik ialah besi, perak dan tembaga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wai | batang air; sungai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cegar | aliran air sungai yg deras (kerana dasarnya terdiri drpd batu hampar dan agak mencuram letaknya). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |