Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tangan (kata nama)
1. Bersinonim dengan anggota badan: lengan
Berantonim dengan kaki

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kuasa, pengaruh, perintah, pegangan,

Kata Terbitan : menangani, menangani, menangankan, penangan,

Puisi
 

Buah berangan dimasak kari,
     Mari masak bersama lada;
Sapu tangan campak ke mari,
     Untuk menyapu air mata.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Pengayuh sama di tangan,
     perahu sama di air.

Bermaksud :

Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya.

 

Lihat selanjutnya...(10)

Lihat selanjutnya...(1)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kuak dadagaya renang dgn dada menghadap ke air, tangan bergerak dlm bentuk bulatan dan kaki menendang spt katak;Kamus Dewan Edisi Keempat
kuak IIgerakan menolak air dgn tangan semasa berenang; ~ dada gaya renang dgn dada menghadap ke air, tangan bergerak dlm bentuk bulatan dan kaki menendang spt katak; ~ kupu-kupu gaya renang dgn kedua-dua tangan mencecah air pd posisi siku yg tinggi sambil menarik air serentak, manakala kaki membuat tendang duyung; ~ lentang gaya renang dgn kedudukan badan terlentang, dgn tangan diangkat dr sisi badan, lurus ke atas dan melepasi bahu sehingga mencecah air di belakang kepala; berkuak, terkuak 1. terbuka sedikit (bkn daun pintu, tabir, dll yg ditolak): pintu terkuak lebar; 2. merenggang dan bercelah-celah (bkn awan, daun-daun yg bergerak dsb): awan hitam pun ~; 3. menyisi (menghindar) ke kiri ke kanan (bkn orang atau sesuatu yg berkumpul): barang di mana ia lalu orang-orang ~ memberi ia jalan; 4. menjadi besar atau lebar (bkn lubang dll), berpisah (dgn); ~ (terbuka) darah tersirap darah; menguak melantasi (menembusi) barisan atau orang ramai yg berkerumun dgn menolaknya dgn tangan ke kiri dan ke kanan: dgn susah payah ia ~ ke celah-celah orang yg berasak-asak itu; menguakkan menyingkap (membuka) dgn menolak atau menarik ke kiri ke kanan (daun pintu, tabir, dll), menyisikan (menepikan, menghindarkan) ke kiri ke kanan, memisah­kan: ia ~ daun pintu lebar-lebar; ~ kelambu (tirai dll); orang berlarian hendak menolongnya tapi dikuakkannya mereka; ia ~ daun-daun serta sampah-sampah yg menutupi kubur itu ke tepi.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuak Igerakan menolak air dgn tangan semasa berenang. ~ kupu-kupu gaya renang dgn kedua-dua tangan mencecah air pd kedudukan siku yg tinggi sambil menarik air serentak, manakala kaki membuat tendang duyung. ~ lentang gaya renang dgn kedudukan badan terlentang, tangan diangkat dr sisi badan, lurus ke atas dan diturunkan melepasi bahu sehingga mencecah air di belakang kepala (dilakukan berselang-seli, tangan kiri dan tangan kanan). berkuak, terkuak terbuka (ke kiri ke kanan); menjadi renggang; terpisah. menguakkan membuka sesuatu dgn menolak ke kiri ke kanan; menghindarkan ke kiri ke kanan (supaya terbuka): Ia ~ daun pintu lebar-lebar. ~ kelambu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cuci tangana) membersihkan tangan; b) Id tempat air basuh tangan; c) tidak mahu terlibat dlm hal orang;Kamus Dewan Edisi Keempat
celur; sumpah ~ sumpah dgn mencelupkan tangan ke dlm air atau minyak yg meng­gelegak; bercelur; ~ minyak sl bersumpah dgn men­celupkan tangan ke dlm minyak mengge­legak; ~ tangan bersumpah dgn mencelupkan tangan ke dlm air (minyak) menggelegak; mencelur memasukkan (mencelupkan) se­suatu (spt sayur dsb) utk beberapa ketika ke dlm air panas (supaya lembut dsb): ~ sayur; celuran 1. hasil mencelur; 2. yg digunakan utk mencelur: bubuh sedikit garam ke dlm air ~; penceluran perihal (perbuatan atau proses) mencelur: ~ sayur-sayuran.Kamus Dewan Edisi Keempat
buang; ~ air besar berak. ~ air darah disenteri. ~ air kecil kencing. ~ daerah (negeri) hukuman mengeluarkan seseorang dr daerah (negeri) asal dan tidak dibenarkan pulang kerana melakukan kesalahan. ~-~ air cirit-birit. membuang 1 menyebabkan sesuatu bergerak di udara kerana dilepaskan dr tangan; melemparkan; mencampakkan: Dlm permainan bola keranjang, kita dibenarkan ~ bola dan tidak boleh menyepaknya. 2 mencampakkan sesuatu kerana tidak berguna: Kita tidak dibenarkan ~ sampah di merata-rata tempat. 3 menjadikan tidak ada lagi; menghilangkan; menghapuskan: Pihak penyunting telah ~ ayat penting dlm karangan saya. 4 menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan; membazirkan; mensia-siakan: Projek yg dicadangkannya itu hanya ~ wang dan tenaga saja. 5 menghukum dgn cara mengasingkan seseorang ke tempat yg jauh atau terasing. ~ adat tidak mengendahkan adat. ~ baka merosakkan nama baik keluarga. ~ belakang melarikan diri. ~ diri mengasingkan diri ke tempat yg jauh. ~ kerja menghentikan seseorang drpd sesuatu pekerjaan. ~ masa tidak menggunakan masa dgn membuat sesuatu yg berguna; mensia-siakan masa. ~ mata (pandang) melayangkan pandangan. ~ mulut mengatakan sesuatu tidak dgn terus terang. ~ sial melakukan sesuatu supaya tidak ditimpa sial. ~ tangan mengayunkan tangan ketika berjalan. ~ undi menentukan sesuatu dgn undi; mengundi. membuangkan membuang utk orang lain. pembuangan perbuatan atau hal membuang: Pengumpulan dan ~ sampah dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lengas1 basah kerana ada air (spt tangan berpeluh). 2 air yg terkandung dlm udara: penyukat ~ alat utk menyukat air dlm udara. berlengas berair atau ada air; lembap. melengas menjadi lengas (berair, lembap).Kamus Pelajar Edisi Kedua
tangan1. anggota tubuh dr kepala bahu sampai ke hujung jari, anggota tubuh dr pergelangan tangan sampai ke hujung jari: perahu sudah di air, pengayuh sudah di ~; 2. ki sesuatu yg menyerupai tangan atau yg digunakan spt tangan; 3. ki kuasa, pegangan, pengaruh, perintah: semua harta di ~ kita; kuasa meme­rin­tah negeri terletak dlm ~ rakyat; ~ baju bahagian baju yg membalut tangan, lengan baju; ~ besi pemerintahan yg keras; ~ dingin selalu menjadi perbuatannya (spt menanam pokok, mengubat penyakit, dll); ~ jahat orang yg berbuat jahat (mencuri dll); ~ kanan a) tangan sebelah kanan; b) pembantu yg terutama; ~ kosong = berhampa ~ tidak men­dapat (membawa) apa-apa; ~ naik selalu menang dlm perjudian; ~ panas segala per­buatannya selalu gagal, sial; ~ terbuka a) suka menolong orang yg dlm kesusahan, murah hati; b) = dgn ~ terbuka (dgn) ikhlas atau suka hati (menerima sesuatu dll); ~ turun selalu mendapat kerugian (dlm perjudian), tidak beruntung; dr ~ ke ~ dr seorang ke seorang; ~ bagai lipas kudung prb perihal orang yg tangannya tidak mahu diam (spt kanak-kanak); ~ kanan jangan percaya ~ kiri = luka ~ kanan oleh ~ kiri prb jangan terlalu percaya pd sahabat kerana kerap kali sahabat juga yg mencelakakan kita; ~ mencencang (memetik) bahu memikul prb kesalahan yg kita buat itu kita sendirilah yg menang­gung­nya; ~ penat memerah, pasu mendapat san­tan­nya prb orang lain yg bersusah payah, orang lain pula yg mendapat nikmatnya; ~ yg celaka, kerja jatuh prb beroleh kerugian kerana perbuatan ahli keluarga yg tidak se­nonoh; dlm genggaman ~ orang prb di ba­wah kuasa orang lain; digenggamnya ~nya prb perihal orang kikir yg tidak sedikit pun sudi menolong orang yg sengsara; makan ~ prb mendapat rezeki lebih drpd yg diharap-harapkan; tangan-tangan 1. kelek-kelek (kerusi); 2. selusur pd tangga; 3. tempat berpegang (pd basikal); 4. palang pd neraca dll; tangan-menangan dr tangan ke tangan, bu­­kan dr asalnya; menangani 1. mengerjakan (sendiri), mem­buat sendiri, mengusahakan: pekerjaan yg berat-berat pun ditanganinya; masih belum ada sesiapa pun antara kita yg ~ bidang ini secara bersungguh-sungguh; 2. = me­nangan­kan memukuli (dgn tangan) supaya jera, mengajar: kalau tidak menge­nang­kan ke­­tololan adiknya, tadi lagi sudah di­ta­nga­­­­­ni­­­­nya; suruh dia datang sekarang juga, kalau tidak akan aku tangankan; tanganan 1. tangan-tangan; 2. hasil drpd pekerjaan, buatan; penanganan perihal (perbuatan, cara) me­nangani; penangan pukulan dgn tangan: sekarang suruh dia tampil ke muka, dan biar dia me­rasa ~ dr tanganku sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
mangkuk basuh tanganmangkuk bekas air basuh tangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
kempasesuatu yg digunakan utk mengapit (menekan, memerah, dll), apitan; ~ air apitan yg dijalankan dgn kuasa air; bulu ~ sj kain drpd bulu kambing yg diapit utk dibuat topi dll; cap ~ sl meterai (tera) raja-raja Melayu zaman dahulu; mengempa mengapit, menghimpit (dgn perkakas atau dgn kedua-dua belah tangan); ~ tangan mengepal-ngepalkan tangan; ~ tebu menghimpit tebu utk mengeluarkan airnya; terkempa terapit, terhimpit, tertekan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas