Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.qal.Öa.qal]/[a.kal.a.kal] | عقل ٢

Definisi : pura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akal-akal

Puisi
 

Tarik akar si ragi akar,
     Akar menyangkut bawah titian;
Carilah akal fikir-fikir,
     Jangan menyesal di kemudian.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Akal sebagai makan nasi lecek.

Bermaksud :

Fikiran seperti anak-anak.

 

Lihat selanjutnya...(24)

337

Love is blind

Cinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi.

Kasih itu roh (semangat) yang buta

She did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless man

Dia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi. Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
akal-akalpura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah;Kamus Dewan Edisi Keempat
ketemu akalditerima akal (masuk akal); siang ~ siang siang hingga siang lagi;Kamus Dewan Edisi Keempat
ketemuJk bertemu, berjumpa, terdapat: mereka berjanji akan ~ malam itu di kelab; ~ akal diterima akal (masuk akal); siang ~ siang siang hingga siang lagi; mengetemui menemui, menjumpai, menda­patkan: kedua-dua orang yg dicari itu masih belum diketemui; mengetemukan 1. mengetemui, menemui: mengapa tidak aku ketemukan kau lebih dahulu; 2. menemukan, mendapatkan: bintang-bintang pun menjadi sasaran penyelidikan, sejak teleskop diketemukan; 3. mempertemukan: Mansur meminta supaya Yusuf dan Yakub diketemukan; ketemuan (sesuatu) yg diketemui (didapati): ini adalah ~ yg paling besar; ®temu I.Kamus Dewan Edisi Keempat
lintas akalmasuk akal, boleh diterima oleh akal;Kamus Dewan Edisi Keempat
singkat akal (faham, fikiran)tidak bijak, pendek akal, cetek akal, picik;Kamus Dewan Edisi Keempat
lintas1. lalu dgn cepat; 2. ark bahagian dr jalan kereta api (dr satu tempat ke tempat lain); ~ akal masuk akal, boleh diterima oleh akal; ~ pintas selalu pergi datang (keluar masuk dll), lalu-lalang; selintas tidak berapa lama, sebentar, sekejap: ~ lalu; melintas 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun; melintasi 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2. pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak; 3. meng­hindarkan (kesulitan dll), mengatasi; terlintas 1. telah dilintasi, telah dilangkaui, telah diselesaikan; 2. teringat dlm hati, terkenang, tergerak (di hati): ~ juga di hatinya hendak mengadu kpd ayahnya perihal ia kena marah itu; lintasan 1. gerakan melintas: kena ~ hantu; 2. sesuatu yg melintas: setiap ~ fikiran dirakamkannya dgn tidak membuat pilihan secara teliti; 3. = pelintas tempat melintas (menyeberang), jalan yg dilalui; ~ belang bahagian jalan yg berjalur-jalur putih atau kuning sbg isyarat supaya kenderaan berhenti utk membolehkan pejalan kaki melintas; ~ zebra lintasan belang; kelintasan 1. telah dilalui atau dilampaui, kelampauan; pantang ~ a) tidak mahu dilalui;b) selalu hendak menang drpd orang lain; 2.Kl dirasuk hantu dll; perlintasan 1. perihal beralihnya (masa, pemerintahan, dll); 2. hadiah utk saudara tua yg didahului (khas drpd adik perempuan yg berkahwin dahulu drpd kakaknya); pelintas orang yg melintas.Kamus Dewan Edisi Keempat
akal1. budi, fikiran: ceritanya termakan oleh ~; 2. daya upaya, ikhtiar; menjalankan ber­macam-macam ~ menjalankan ber­macam-macam ikhtiar; 3. muslihat, tipu daya: itu ~nya sahaja; ~ budi fikiran yg sihat; ~ bulus = ~ kancil = ~ ubi tipu muslihat yg licin; ~ dua jengkal berasa diri sama dgn orang lain; ~ geladak tipu muslihat yg jahat; ~ melintas fikiran yg mendatang; ~ sari sl satu hari nanti; ~ sejeng­kal berasa diri lebih drpd orang lain; ~ tiga jengkal berasa diri kurang drpd orang lain; ~ akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah dlm bersoal jawab; ~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba prb tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna; ilmu dan ~ dihalai-balaikan itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah menyeli­diki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan; lubuk ~ tepian ilmu prb dikatakan kpd orang yg pandai; akal-akal pura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah; seakal; ~-akal = ~ budi = sebudi ~ sekuat-kuat­­nya, dgn segenap tenaga dan fikiran; berakal mempunyai akal (fikiran), cerdik (dapat berfikir), pandai mencari akal (ikhtiar): manusia ialah makhluk yg ~; mengakali 1. mencari akal (ikhtiar) utk me­laku­kan sesuatu: diakalinya agar dapat mengahwini puteri itu; 2. menipu, memper­daya: tidak baik ~ cikgu; mengakalkan mencarikan ikhtiar (daya upaya); terakalkan dapat difikirkan oleh akal: apa­kah yg diliputi dan yg ~?Kamus Dewan Edisi Keempat
fikiran1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang (panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit ~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian;Kamus Dewan Edisi Keempat
cacat~ akal rosak akal atau fikiran. ~ anggota cacat pd anggota (spt kudung, buta). ~ cedera bermacam-macam cacat. mencacat mengatakan keburukan sesuatu; mencela; mencaci: Perbuatan suka ~ orang lain hendaklah dihentikan. mencacati menjadikan sesuatu kurang baik; menyebabkan cacat: Bahan ini dpt ~ pertumbuhan anak pokok.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lulus1. terus (masuk ke dlm lubang dll), lantas, tembus: sebuah bola logam yg hanya ~ me­lalui gelang logam pd masa ia sejuk dipanaskan; benang sekasar ini tidak dapat ~ ke dlm lubang jarum; tidak lulus pd akal (di akal) tidak dapat diterima akal, tidak masuk akal; 2. terperlus (ke dlm lubang dll), terperosok: kakinya ~ ke dlm lantai yg lapuk itu; 3. terlepas (cincin drpd jari dll), lucut: cincin itu tidak ~ drpd jarinya; 4. berjaya (menang) dlm peperiksaan, tidak gagal (dlm ikhtiarnya, usahanya), berhasil: dia ~ sekolah Melayu; 5. diperkenankan (permohonan, permintaan, dll), dipersetujui, terkabul: per­mohonannya ~; 6. ark hilang lenyap (sesuatu yg dimakan api), lelap (barang-barang yg digadai); ~ tidak berselam, hilang tidak bercari prb perihal seseorang yg menanggung kesusahan tetapi tidak ada yg menolongnya; sudah ~ maka hendak melantai prb, Mn sesudah men­dapat kesusahan (kemalangan) baru ingat; selulus ark selalu, sentiasa; melulusi melucuti, menanggalkan (pakaian dll); meluluskan 1. membiarkan lalu, memasuk­kan: ~ benang ke lubang jarum; 2. melucut­kan (gelang, cincin, dll); 3. memperkenankan (permintaan, permohonan, dll), mempersetujui, mengabulkan: beliau telah pun meng­kaji usul itu terlebih dahulu sebelum dilulus­kan utk dibincangkan; kerajaan telah ~ undang-undang itu beberapa tahun dahulu; 4. menyebabkan (menjadikan) lulus (dlm peperiksaan dll); 5. melepaskan diri, mem­bebaskan (diri), melarikan (diri): walaupun dikepung rapi, mereka dapat ~ diri; lulusan 1. orang yg telah lulus dlm pepe­riksaan, lepasan, keluaran: dia ~ sekolah Melayu; 2. kebenaran, izin; surat ~ surat kebenaran; selulusan 1. Mn selengkap: ~ pakaian; 2. Mn seibu: saudara ~; kelulusan 1. perihal lulus: mereka belajar hanya utk mendapat ~ dlm peperiksaan; ~ permohonan tanah di dlm bandar dibuat secara lelong; 2. tingkatan pengajian yg diperoleh, ijazah: begitulah pentingnya ~ dan kelayakan yg telah dikenakan oleh kerajaan; dia meneruskan pelajarannya hingga men­dapat ~ doktor; 3. keguguran (yakni me­lahirkan bayi sebelum masanya); berkelulusan mempunyai kelulusan: ramai wanita di sana yg sudah ~ tinggi dan meme­gang jawatan-jawatan penting; pelulus orang atau pihak yg meluluskan sesuatu (bkn permohonan dsb): diluluskan oleh pegawai ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas