Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ambil;

Puisi
 

Ambil lepas dalam cerana,
     Ambil tali ikat peria;
Ambo nak pelepas anak teruna,
     Pelepas sekali anak dara.


Lihat selanjutnya...(142)
Peribahasa

Buka kulit,
     ambil (= tampak) isi.

Bermaksud :

Pembicaraan atau perundingan secara berterus terang.

 

Lihat selanjutnya...(8)

306

Let bygones be bygones

Lupakan dendam lama atau perselisihan lalu, sebaliknya mulakan lembaran baru.

Buang yang keruh, ambil yang jernih

We are avoiding each other, and getting ourselves all worked up every time we stumble onto each other? Don't bear grudges, let bygones be bygones.

Mengapakah kita mengelakkan diri antara satu sama lain, dan naik marah apabila bersua muka? Usahlah berdendam, buang yang keruh, ambil yang jernih.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
parwah; ambil ~ ambil tahu (peduli), endah akan.Kamus Dewan Edisi Keempat
caknaTr ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau.Kamus Dewan Edisi Keempat
ambil parwahambil tahu (peduli), endah akan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ambil; mengambil 1 memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya; memungut sesuatu yg ada di bawah: Ia membongkok lalu ~ buku yg di atas lantai itu. 2 menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak: Kalau aku tidak silap, adikmulah yg ~ topi kamu tadi. 3 memerlukan; memakan: Kerja itu akan ~ masa dua bulan. 4 mendapatkan sesuatu (spt sukatan, bacaan) dgn menyukat atau dgn mengukur: Ketika aku terlantar di rumah sakit dahulu, jururawat datang ~ suhu badanku dua kali sehari. 5 menerima orang utk bekerja dsb: Firma tsb akan ~ beberapa orang pekerja baru pd tahun hadapan. ~ anak menerima dan membela anak orang sbg anak sendiri. ~ angin keluar bersiar-siar utk menyedut udara nyaman. ~ bahagian turut menyertai sesuatu perkara. ~ berat memberi perhatian dgn sunguh-sungguh; mempedulikan. ~ gambar membuat gambar dgn kamera. ~ hati memikat hati. ~ ingatan membuat sbg peringatan. ~ keputusan membuat keputusan. ~ kesempatan (peluang) menggunakan sesuatu kesempatan atau peluang. ~ langkah a. mula melangkah (berjalan). b. mula bertindak. ~ peperiksaan (ujian) menyertai sesuatu peperiksaan atau ujian. mengambilkan mengambil utk: Ia ~ anaknya makanan yg tersimpan di dlm almari itu. ambilan yg diambil. pengambilan perbuatan atau hal mengambil. pengambil orang atau pihak yg mengambil.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ambil (mengambil) tahua) menge­tahui (mendapati); b) mempedulikan; banyak ~nya banyak pengalamannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
ambil pedulia) mengendahkan; b) turut campur (hal orang lain);Kamus Dewan Edisi Keempat
ambil halmempedulikan;Kamus Dewan Edisi Keempat
ambil alih; mengambil alih menggantikan orang atau pihak lain mengendalikan (me­ngua­sai dsb) sesuatu; pengambilalihan hal (perbuatan, tindakan) mengambil alih: ~ tanah drpd petani telah dibuat.Kamus Dewan Edisi Keempat
ambil-mengambil, berambil-ambilan 1. saling mengambil, saling menerima; 2. = seambilan kahwin-mengahwini (antara dua keluarga, kaum, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
ambil data(fetch data)Perintah atur cara yang mengarahkan pemproses utama mengambil data yang dinyatakan.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas