Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pi] | اڤي

Definisi : 1 panas dan cahaya yg terjadi apabila sesuatu terbakar; nyala: ~ pelita. 2 panas yg kelihatan berwarna merah tetapi tidak bernyala: ~ rokok. 3 tenaga elektrik; karan elektrik: Rumahnya sudah siap tetapi air dan ~ belum disambungkan lagi. 4 ki perasaan marah, rindu, sayang dsb yg menjadi-jadi; semangat dsb yg meluap-luap: ~ perjuangan; ~ cinta. berapi ada apinya; mengeluarkan api: gunung ~. berapi-api 1 berkobar-kobar; bersemangat: Ucapannya yg ~ itu menaikkan semangat sekalian yg hadir. 2 marah sekali. mengapi-apikan menaikkan semangat; mengobar-ngobarkan: Mereka ~ rakyat negeri itu supaya memberontak. perapian tempat api; keran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.pi] | اڤي

Definisi : ; api-api nama sj serangga perosak tanaman yg badannya berwarna kuning kemerah-merahan, Aspidomorpha miliaris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.pi] | اڤي

Definisi : ; api-api beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yg tumbuh pd pohon-pohon lain, Avecennia spp.; Viscum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata api

Puisi
 

Api-api pangkalan tarap,
     Pucuk meluncur dari Labuan;
Laki-laki jangan diharap,
     Bijak memujuk si perempuan.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Api nan tak kunjung padam.

Bermaksud :

Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.

 

Lihat selanjutnya...(49)

467

Don't play with fire

Jangan melakukan sesuatu yang boleh menyusahkan diri kelak.

Jangan bermain api

The minister could not longer conceal his anger when the manufacturers insisted on not increasing their sugar production during the fasting month. He warned them don't play with fire, if they did not want any stern action taken against them.

Menteri itu tidak dapat menyembunyikan kemarahannya lagi apabila pengilang terus berdegil untuk tidak meningkatkan lagi pengeluaran gula dalam bulan Ramadzan ini. Beliau mengingatkan mereka supaya jangan bermain api jika tidak mahu tindakan tegas diambil

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ludatsj tumbuhan (pokok), api-api daun lebar, api-api ludat, api-api putih, udat, Avicennia officinalis.Kamus Dewan Edisi Keempat
tali api (api-api)tunam, murang, sumbu;Kamus Dewan Edisi Keempat
gula merahsj tumbuhan (pokok), api-api hutan, kayu gula, medang api-api, mungul tiup-tiup, Adinandra dumosa.Kamus Dewan Edisi Keempat
gula II; ~ merah sj tumbuhan (pokok), api-api hutan, kayu gula, medang api-api, mungul tiup-tiup, Adinandra dumosa.Kamus Dewan Edisi Keempat
pantik; memantik 1. melagakan (meng­gosokkan) batu api (kayu dll) utk mengeluar­kan api; ~ api membuat api dgn melagakan batu api (kayu dll); 2. memetik (utk mengeluarkan bunyi) dgn menggesekkan ibu jari dgn telunjuk; ~ urat (nadi) mengeluarkan darah kotor dgn mencucuk urat darah; pemantik; ~ api alat utk mengeluarkan api.Kamus Dewan Edisi Keempat
memantik1. melagakan (meng­gosokkan) batu api (kayu dll) utk mengeluar­kan api; ~ api membuat api dgn melagakan batu api (kayu dll); 2. memetik (utk mengeluarkan bunyi) dgn menggesekkan ibu jari dgn telunjuk; ~ urat (nadi) mengeluarkan darah kotor dgn mencucuk urat darah;Kamus Dewan Edisi Keempat
cetusbunyi spt bunyi besi digeselkan pd batu dgn cepat. ~ api pemantik api. mencetus 1 meletus keluar (ttg bunga api). 2 = ~ api membuat api dgn menggunakan cetus api (menggeselkan besi pd batu dsb). mencetuskan 1 mengeluarkan atau menerbitkan (bunga api dsb); menyalakan. 2 ki menimbulkan atau menerbitkan sesuatu keadaan: Hasrat mereka hendak ~ pemberontakan telah dpt dipatahkan. tercetus timbul atau terjadi sesuatu keadaan: Persengketaan itu ~ kerana keangkuhan beberapa pihak. cetusan, = ~ api bunga api yg terbit; kilatan api.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nyala, = ~ api gas yg terbakar yg disertai cahaya dan haba (spt yg kelihatan pd api); lidah api. bernyala, menyala 1 mengeluarkan nyala; hidup (bkn api): Api itu tidak ~ kerana kayu basah. Lampu di rumahnya ~ terang benderang. 2 ki bertambah hebat; makin menjadi; berkobar: Semangatnya makin ~. me­nyalai memasang api pd sesuatu; memberi nyala pd: ~ lampu; ~ lilin. menyalakan 1 menjadikan bernyala; menghidupkan (api): Bagaimana hen­dak ~ api jika tidak ada mancis? 2 men­jadikan berkobar; menimbulkan: Persengketaan itu telah ~ api peperangan. penyalaan perbuatan (hal dsb) me­nyala, menyalai atau menyalakan. penya­la alat utk menyalai atau utk menyalakan (sesuatu).Kamus Pelajar Edisi Kedua
gorek I(gorék) korek api; ~ api gores api, mancis; menggorek-gorek = hati ~ hati menggeletek, berdebar-debar hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyurihkan api-apimenggores mancis api;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas