automatik(automatic) | Berkaitan proses atau peranti yang dapat berfungsi dalam keadaan tertentu tanpa penglibatan langsung manusia. | Kamus Komputer |
sampukan automatik(automatic interrupt) | 1. Sampukan yang berpunca daripada perkakasan atau rutin penyeliaan, bukan daripada atur cara pengguna. 2. Sampukan yang disetkan untuk menyampuk secara automatik pada waktu tertentu. | Kamus Komputer |
penyemak automatik(automatic checker) | Alat pemeriksa yang dibina di dalam sistem untuk menyemak keadaan pemprosesan atau keadaan sistem secara automatik. | Kamus Komputer |
penutupan automatik(automatic shutdown) | Tindakan komputer mematikan dirinya secara automatik dan bersistem selepas diarahkan oleh pengguna atau selepas suatu syarat yang ditunggu dipenuhi. | Kamus Komputer |
penjujukan automatik(automatic sequencing) | Kemampuan peranti penghantaran untuk menyusun data atau isyarat dalam satu siri yang bersambung tanpa bantuan langsung manusia. | Kamus Komputer |
pengekodan automatik(automatic coding) | Rutin bahasa mesin yang disediakan untuk menjanakan kod atur cara secara automatik. | Kamus Komputer |
pengaturcaraan automatik(automatic programming) | 1. Penggunaan komputer untuk menghasilkan sebahagian atau keseluruhan kod bagi sesuatu atur cara. 2. Pengeluaran atur cara yang difahami komputer daripada penentuan dalam bahasa aras tinggi yang mudah difahami manusia. | Kamus Komputer |
pemulihan automatik(automatic recovery) | Sifat sistem yang dapat memulihkan dirinya secara automatik selepas terjadinya kegagalan. | Kamus Komputer |
pemuat automatik(automatic loader) | Sistem yang terdiri daripada perkakasan dan perisian yang membolehkan atur cara dimuatkan ke dalam ingatan dalam komputer secara automatik. | Kamus Komputer |
pembawa automatik(automatic carriage) | Peranti pada pencetak jenis hentaman yang mengerakkan kertas ke atas dan kepala pencetak ke tempat permulaan secara automatik apabila cetakan sudah sampai ke kedudukan hujung. | Kamus Komputer |