ulas II; | <b>ulasanb> huraian atau tafsiran ttg sesuatu: ~ buku huraian isi sesebuah buku; ~ selari huraian yg dibuat ketika sesuatu peristiwa atau kejadian sedang berlaku. <b>p | Kamus Pelajar |
bilabial | (Lin) 1. bkn dua bibir; 2. bunyi atau sebutan yg dihasilkan oleh dua bibir (tentang konsonan spt p, b, m). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jambul | <b>1.b> segumpal rambut yg disikat elok-elok di atas dahi atau di kepala: ~ Amin ala ~ P. Ramlee. <b>2.b> gumpalan bulu di kepala burung dll. <b>3.b> rambu-rambu pd topi dll. | Kamus Pelajar |
bintang | <b>1.b> cakerawala yg panas pijar (umumnya tetap kedudukannya) dan kelihatan bercahaya atau berkerdip di langit pd waktu malam: Malam itu gelap pekat, sebiji ~ pun tidak kelihatan. <b>2.b> lukisan dsb yg berbentuk seakan-akan ikan tapak sulaiman: Di hadapan rumahnya, terkibar bendera bulan ~. <b>3.b> gugusan bintang sebanyak dua belas yg dipercayai mempengaruhi untung nasib seseorang; rasi: ~ mayang; ~ kala. <b>4.b> untung nasib seseorang: ~nya semakin cerah nasibnya makin beruntung. <b>5.b> tanda jasa kebaktian yg dianugerahkan oleh pembesar-pembesar negara: Baru-baru ini, dia telah dikurniai ~ P.M.N. <b>6.b> orang yg terkenal sbg pelakon filem dsb: ~ filem pelakon filem: ~ radio penyanyi yg terkenal di radio. <b>~ siarahb> cakerawala yg beredar mengelilingi bumi; planet. <b>berbintangb> <b>1.b> ada bintangnya: Langit tidak ~. <b>2.b> mempunyai rasi; di bawah bintang: Saya ~ Aries. <b>berbintang-bintangb> <b>1.b> banyak bintang yg kelihatan (di langit). <b>2.b> berkunang-kunang atau berpinar-pinar penglihatan seseorang: Selepas kepalanya terhantuk pd dinding, matanya ~ dan kepalanya pening. <b>3.b> berlubang-lubang pd dinding dsb sehingga cahaya dpt masuk. <b>membintangib> mengambil bahagian dlm filem dsb:Beliau telah ~ filem itu sbg orang jahat. <b>perbintanganb> <b>1.b> ilmu ttg bintang; astronomi. <b>2.b> ilmu ramalan berdasarkan bintang; astrologi. | Kamus Pelajar |
bunyi labial | bunyi ujaran yg dihasilkan dgn pergerakan bibir, mis /p/, /v/, /b/, /m/; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
labial | (Lin) 1. = bunyi ~ bunyi ujaran yg dihasilkan dgn pergerakan bibir, mis /p/, /v/, /b/, /m/; 2. dihasilkan dgn penutupan bibir sama ada penuh atau separa (bkn bunyi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pak I | singkatan bagi bapak; ~ alang (ngah) bapa saudara yg tengah; ~ belang harimau; ~ cik a) ~ cu (usu) bapa saudara yg termuda; b) panggilan kpd orang yg separuh umur; ~ janggut a) orang yg berjanggut; b) orang Benggali; P~ Kaduk orang yg malang kerana kebodohannya; ~ long (tua, ua, wa) bapa saudara yg tua sekali; ~ mulung tukang cerita dlm persembahan mekmulung yg turut sama melakonkan ceritanya dgn pelakon lain; ~ na Kl barua; ~ pacak orang yg tidak penting peranannya dlm sesuatu peristiwa (spt watak tambahan dlm lakonan pentas dll); P~ Pandir orang yg bodoh; ~ pecocok orang yg jahat (pencuri dll); ~ sanggup a) orang yg menyanggupi sebarang kerja yg diberikan; b) orang yg mengahwini perempuan yg sudah hamil; ~ teh bapa saudara (adik yg kelima atau keenam drpd ayah atau ibu); ~ turut orang yg tidak mempunyai pendirian sendiri (menurut orang lain sahaja). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puan II | 1. kep empuan (perempuan); datuk ~ panggilan kpd isteri datuk, datin; Toh (Tok) P~ a) panggilan kpd isteri Tun; b) Ph isteri kepada Tok Muda; sakit ~ a) cabang ilmu perubatan yg berkaitan dgn penyakit-penyakit yg khusus dihidapi orang perempuan terutama yg berkaitan dgn organ-organ seks dan salur kencing; b) penyakit (spt sifilis, gonorea, dsb) yg boleh berjangkit melalui perhubungan kelamin, penyakit kelamin; 2. = cik ~ panggilan kpd perempuan yg sudah bersuami, nyonya (lwn tuan); puan-puan sapaan kpd sekalian orang perempuan yg hadir dlm sesuatu majlis: …tuan-tuan dan ~ yg dihormati sekalian; berpuankan mempunyai wanita sbg majikan: dia bekerja dgn Datuk dan ~ Datin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempayan | sj bejana yg dibuat drpd tanah liat utk menyimpan air dll: isikan air itu ke dlm ~; ~ budu = ~ peda a) tempayan utk membuat budu; b) ki rahsia busuk seseorang; ~ gumbang = ~ tapak gajah tempayan besar yg mulutnya sempit; ~ taban tempayan besar utk menyimpan air minuman; ~ telur buaya tempayan yg besar perutnya (spt buyung); kalau kubuka ~ budu baru tahu prb kalau kupecahkan rahsiamu sudah tentu kamu mendapat malu; mulut ~ bagaimana menjahitnya prb tidak dapat dilarang seseorang drpd mengatai kita (jika kita berbuat kejahatan); spt ~ tertiarap di atas air prb perihal orang yg bebal dan tidak mahu menurut nasihat yg diberikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
palang | 1. sesuatu (kayu, besi, dll) yg dipasang melintang (sbg pengunci, penggalang, paksi, dll); 2. tanda silang (spt tanda campur + atau tanda kali ×); ~ jalan a) batang besi dsb utk menghalang jalan (lalu lintas); b) pengadang jalan yg memotong atau menyeberangi landasan kereta api; P~ Merah pertubuhan atau persatuan sukarela antarabangsa (yg berlambangkan tanda campur berwarna merah) yg berkhidmat utk kemanusiaan (spt menolong mangsa peperangan, mangsa bencana alam dsb); ~ pintu kayu yg dipasang melintang pintu (utk menguncinya); memalang mengenakan (memasang) palang; memalangi mengenakan (memasang) palang pd; memalangkan 1. menggunakan sesuatu sbg palang; 2. memasang (mengenakan dll) melintang spt palang; 3. menghukum mati pd kayu palang (salib), menyalibkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |