agen | (agén) sesuatu yg menyebabkan berlakunya tindak balas (proses dsb): ~ pendebungaan; ~ kimia; ~ pengoksidaan agen yg mendermakan oksigen kpd unsur atau sebatian lain sewaktu tindak balas kimia; ~ penurunan agen (unsur, sebatian, dll) yg menyingkirkan oksigen drpd unsur atau sebatian atau menambahkan hidrogen atau mendermakan elektron kpd unsur atau sebatian lain, sewaktu tindak balas kimia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jawapan | 1. jawab, balas(an): sebahagian drpd ~nya dapat kamu teka; 2. sesuatu yg dituliskan sbg penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dlm ujian bertulis): sila berikan ~ yg tepat kpd soalan-soalan yg berikut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jawaban | , jawapan 1. jawab, balas(an): sebahagian drpd ~nya dapat kamu teka; 2. sesuatu yg dituliskan sbg penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dlm ujian bertulis): sila berikan ~ yg tepat kpd soalan-soalan yg berikut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
audiens | para penonton, pendengar, pembaca dsb sesuatu persembahan, rancangan, karya dsb: Rancangan itu dibuat khas supaya ~nya dpt memberikan maklum balas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hakikat | Ar sesuatu yg tidak dapat ditiadakan atau dinafikan kebenaran, kenyataan: kita tidak dapat menafikan ~ bahawa manusia semakin hari semakin saling bergantungan antara satu sama lain; pd ~nya sebenarnya, sesungguhnya: pd ~nya kemunduran itu adalah akibat kemiskinan; syariat palu-memalu, ~ balas-membalas prb Mn kebaikan hendaklah dibalas dgn kebaikan; menghakikatkan menjadikan hakikat bahawa: seseorang yg telah menerima dan mengaku dgn kerelaan hati dan ~ Allah sbg Tuhannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
balas | 1 kata-kata utk menjawab percakapan orang; jawab; sahut: “Engkau tidak pergi ke sekolah, Ali?” “Pergi,” ~ Ali. 2 perbuatan yg dilakukan kpd orang lain sebagaimana orang itu melakukan kpd kita: ada budi ada ~. berbalas saling menyoal dan menjawab: Peraduan ~ pantun. berbalas-balas sama-sama melakukan sesuatu dlm perlawanan, permainan dsb utk mengalahkan lawan; saling menjawab: Pasukan polis hutan telah ~ tembak dgn penjahat-penjahat di kawasan sempadan Malaysia-Thai. berbalas-balasan sama-sama membalas apa-apa yg dilakukan; bersahut-sahutan: Meriam berbunyi ~ semasa upacara pertabalan tsb. membalas 1 memberikan jawapan; menjawab: Saya belum lagi ~ surat yg saya terima drpd ayah saya. 2 berbuat sesuatu kpd orang utk memulangkan perbuatan yg telah dikenakan oleh orang itu kpd kita: Sepasukan askar Jepun telah ~ kekalahan mereka terhadap tentera sekutu di Sungai Kwai. 3 memberikan sesuatu sbg tanda berterima kasih: Utk ~ jasanya itu, baginda telah menaikkan pangkat Sabur menjadi bendahari. balasan 1 jawapan: Surat permohonannya itu masih belum ada ~ lagi. 2 pemberian atau perbuatan sbg membalas pemberian atau perbuatan orang kpd kita: Si Tenggang telah menerima ~nya kerana ia menderhaka kpd ibu bapanya. pembalasan perbuatan atau hal membalas: Pasukan polis telah mengadakan suatu serangan ~ terhadap pengganas-pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
balas | 1. kata-kata utk menjawab percakapan orang; jawab; sahut: “Engkau tidak pergi ke sekolah, Ali?” “Pergi,” ~ Ali. 2. perbuatan yg dilakukan kpd orang lain sebagaimana orang itu melakukan kpd kita:ada budi ada ~. berbalas saling menyoal dan menjawab: Peraduan ~ pantun. berbalas-balas sama-sama melakukan sesuatu dlm perlawanan, permainan dsb utk mengalahkan lawan; saling menjawab: Pasukan polis hutan telah ~ tembak dgn penjahat-penjahat di kawasan sempadan Malaysia-Thai. berbalas-balasan sama-sama membalas apa-apa yg dilakukan; bersahut-sahutan: Meriam berbunyi ~ semasa upacara pertabalan tsb. membalas 1. memberikan jawapan; menjawab: Saya belum lagi ~ surat yg saya terima drpd ayah saya. 2. berbuat sesuatu kpd orang utk memulangkan perbuatan yg telah dikenakan oleh orang itu kpd kita: Sepasukan askar Jepun telah ~ kekalahan mereka terhadap tentera sekutu di Sungai Kwai. 3. memberikan sesuatu sbg tanda berterima kasih: Utk ~ jasanya itu, baginda telah menaikkan pangkat Sabur menjadi bendahari. balasan 1. jawapan: Surat permohonannya itu masih belum ada ~ lagi. 2. pemberian atau perbuatan sbg membalas pemberian atau perbuatan orang kpd kita: Si Tenggang telah menerima ~nya kerana ia menderhaka kpd ibu bapanya. pembalasan perbuatan atau hal membalas: Pasukan polis telah mengadakan suatu serangan ~ terhadap pengganas-pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thai. | Kamus Pelajar |
tandatangan | nama (ringkasan nama) yg ditulis oleh orang itu sendiri: pengantin lelaki itu pun menurunkan ~nya ke dlm buku Daftar Perkahwinan; ~ balas a) tandatangan yg diturunkan pd sesuatu dokumen, kontrak dsb yg sudah pun ditandatangani oleh orang lain; b) (Eko) tandatangan ejen berlesen atau wakilnya ke atas polisi insurans utk menjadikannya sebuah kontrak yg sah di sisi undang-undang; ~ ringkas tandatangan dgn huruf pertama (awal) nama sendiri; bertandatangan ada tandatangannya, sudah dibubuh tandatangan; menandatangani menurunkan (membubuh) tandatangan pd: dlm bulan Mei 1606, orang Belanda ~ satu perjanjian dgn negeri Johor; penandatanganan perihal menandatangani (surat, perjanjian, dsb): ~ perjanjian persahabatan antara kedua-dua buah negara tersebut telah dilangsungkan di Kuala Lumpur; penandatangan orang yg menandatangani (surat, perjanjian, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timbang | sama berat, imbang, timbal; batu ~ benda yg digunakan utk mengukur berat barang lain; ~ terima saling menerima, penyerahan dan penerimaan (tugas, jawatan, tanggungjawab, dll); ~ tunai pembelian tunai; setimbang 1. sama beratnya; 2. sama kedudukannya, setaraf (sedarjat, sepangkat, dll): manakan ~ anak raja dgn orang kebanyakan? 3. seimbang, setimpal (hukuman, hadiah, dll), sepadan, sebanding: penghormatan yg diberi kepadanya ~ dgn jasanya kpd negara; 4. stabil (keadaan), tetap (tidak berubah-ubah): keadaan tidak ~ dlm ekonomi Malaysia boleh disebabkan oleh turun naik harga getah dan bijih timah; setimbangan sesuai dgn; menyetimbangkan menjadikan setimbang (seimbang, sama berat, dll); kesetimbangan 1. perihal (keadaan) setim-bang, keseimbangan; 2. ketenteraman (fikiran, perasaan, dll), kestabilan (keadaan): ~ keadaan politik dan ekonomi; bertimbang berimbang, bertimbal: keuntungan itu ~ dgn kerugian; ~ rengka bertimbal rengka; ~ tanda bertukar tanda (ketika bertunang); ~ tunai prb men-jawab dgn tepat; bertimbang-timbang berkira-kira atau ber-fikir-fikir (tentang buruk baik sesuatu): Zainab takjub sendiri kenapa dia tidak ~ menerima sahaja segala pelawaan itu; bertimbangan 1. berimbangan, berpadanan, berpatutan, bersesuaian; 2. bersambutan, berbalas-balas, saling bertukar; ~ kata berbalas-balas kata, jawab-menjawab; ~ pandang bertukar pandang, saling ber-pandangan; ~ rasa bertimbang rasa, bersimpati; ~ tanda bertukar tanda (sbg tanda sudah bertunang); ~ taruh menyamakan taruh (taruhan); ~ terima menjalankan timbang terima (penyerahan dan penerimaan tugas dll); menimbang 1. menentukan (mengukur) berat sesuatu benda (dgn menggunakan dacing dll): pekedai itu ~ gula sebanyak yg dikehendaki pembelinya; 2. memikirkan (merenungkan) dgn teliti akan baik buruk sesuatu: janganlah awak susahkan perkara saya itu, saya boleh ~nya sendiri; ~ perkara meneliti (mengadili) perkara; 3. mengingat (akan), mengenang (akan), mengacuhkan, mengendahkan: ~ keadaan yg genting ini, tindakan harus diambil dgn tegas; tahu ~ rasa a) halus perasaan hatinya; b) ada atau menaruh belas kasihan, berlaku adil; ~ sama berat prb menghukum dgn adil; timbang-menimbang 1. memikirkan baik-baik, meneliti atau mengkaji (cadangan, masalah, dll), memikirkan berulang-ulang; 2. dgn memperhitungkan (mengingatkan) perasaan orang, menimbang rasa; menimbangkan 1. menimbang; 2. = mem-pertimbangkan memikirkan utk membuat kesimpulan (keputusan dll): kerajaan sedang ~ permintaan orang-orang yg berkehendakkan tanah; kepentingan orang lain harus juga dipertimbangkan; 3. menimbang utk; mempertimbangkan 1. memikirkan utk membuat kesimpulan (keputusan dll), menim-bangkan; 2. memberikan utk ditimbangkan, meminta utk ditimbangkan: peraduan novel itu dipertimbangkan kpd Dewan Bahasa dan Pustaka; timbangan 1. imbangan, banding, tara; ~ badan (nyawa) kekasih; ~ kira-kira keterangan yg menunjukkan imbangan antara harta dan tanggungan, kunci kira-kira; batu ~ = anak ~ batu menimbang, anak dacing; 2. alat utk menimbang (spt dacing dll); 3. hasil menimbang, (ukuran) berat: harga ditetapkan menurut berat ~ dacing; kalau alat menimbang tidak baik, ~ yg tepat tidak akan diperoleh; 4. = pertimbangan fikiran (pendapat) yg memperhitungkan buruk baik dll sesuatu: undang-undang hanyalah membuat ~ yg adil dan saksama antara hak seseorang dgn hak awam; bagaimana ~nya apa pendapatnya (nasihatnya); terserah kpd ~nya sendiri ia sendiri yg harus memikirkan dan memutuskannya; ~nya berat sebelah prb tidak adil; pertimbangan fikiran atau renungan mengenai buruk baik dll sesuatu perkara (masalah dll), sbg dasar sesuatu keputusan (tindakan dll), timbangan, perhitungan, perhatian (pene-litian): seseorang pemberita haruslah mem-pergunakan ~ sendiri utk menilai sesebuah berita; permohonan itu masih dlm ~ kerajaan masih dlm perhatian (penelitian) kerajaan; dewan ~ dewan penasihat; penimbangan 1. perihal menimbang: neraca kimia ini ialah sejenis alat penimbang yg terlalu tepat ~nya; 2. tempat menimbang barang; penimbang 1. orang yg tugasnya menimbang, tukang timbang; 2. orang yg mempertimbangkan (meneliti) perkara dll, penasihat: Tok Guru menjadi ~ dan Wan Derus menjadi ketua; 3. alat utk menimbang berat sesuatu, timbangan: selain drpd dacing digunakan juga alat ~ lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahan | 1. serpihan kayu (ketika ditarah), tatal kayu; besar kayu besar ~nya prb banyak pendapatan, banyak pula perbelanjaan; 2. sesuatu atau beberapa benda (barang dsb) yg digunakan utk menghasilkan sesuatu atau utk sesuatu tujuan: emak sedang membeli ~ pembuat kuih; ~ rujukan terbitan yg dijadikan rujukan (utk pembelajaran, pengkajian, dll); 3. hal-hal yg akan dibincangkan (diajarkan, disampaikan dlm ucapan, dll): ia sedang mencari ~-~ utk bercakap dgn lawannya; 4. barang-barang yg akan menjadi bukti (keterangan, alasan, dll); 5. benda (alat): Maimun belajar menggunakan ~-~ perhiasan; ~ aktif permukaan (Kim) sj bahan dlm serbuk pencuci yg menyebabkan pembentukan buih; ~ api bahan (spt kayu, arang batu, minyak, dsb) yg digunakan utk menghasilkan haba atau tenaga; ~ api fosil bahan api drpd sumber semula jadi (spt arang batu, minyak, dan gas asli) yg terhasil drpd penguraian sisa-sisa haiwan dan tumbuhan berjuta-juta tahun dahulu; ~ asli bahan-bahan yg terdapat dlm alam semula jadi (spt bahan galian, air, dll); ~ bakar benda yg dipakai utk membakar (dlm enjin dll); ~ baku Id benda yg terutama dipakai dlm industri; ~ galian benda yg diambil dr dlm tanah; ~ kasar benda yg masih kotor (belum dibersihkan); ~ makanan barang-barang utk makanan; ~ mengakar benda tempat tumbuhan dapat berakar; ~ mentah barang-barang (spt hasil tanaman, galian, dsb) yg digunakan dlm perusahaan dsb utk menghasilkan barang lain; ~ pakaian kain utk dibuat pakaian; ~ peledak (peletus) benda-benda yg dapat diledakkan (mesiu dll); ~ penyubur benda yg boleh menyuburkan tumbuhan; ~ perantara (Kim) sebatian organik yg terbentuk di antara bahan mula dgn hasil akhir dlm tindak balas sintesis kimia; ~ petrokimia sebatian organik yg diperoleh drpd petroleum atau gas asli; ~ rumah barangbarang pembuat rumah; ~ sel penapis (Bio) benda-benda yg membentuk sel penapis; ~ tambah (Kim) sesuatu bahan yg dicampurkan ke dlm bahan utama, lazimnya dlm kepekatan yg rendah utk tujuan tertentu; ~ uji (Kim) bahan yg digunakan dlm analisis kimia utk menghasilkan tindak balas dlm makmal, reagen; membahan 1. menarah, membelah, merimbas (kayu); 2. menghentam, memukul: ia hendak ~ adiknya;perbahanan kumpulan berbagai-bagai bahan atau data utk kajian (penyelidikan dsb): penyelidik itu sedang mengumpulkan ~ utk kajiannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |