Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.las.mem.ba.las] | بالس-ممبالس

Definisi : saling membalas, sahut-menyahut, bersambutan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balas-membalas

Peribahasa

Sariat palu memalu,
     hakikat balas membalas.

Bermaksud :

Kebaikan hendaklah dibalas dengan kebaikan. sariat (syari'at) = aturan agama, di sini dimaksudkan kepada perbuatan; hakikat = kebenaran, yang sebenarnya jadi pendorong perbuatan.

 

Lihat selanjutnya...(2)

609

One good turn deserves another

Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).

Ada ubi ada batas, ada budi ada balas.

''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.

''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas,'' kata Salina kepada saya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berbalas-balasbalas-membalas;Kamus Dewan Edisi Keempat
bertimbal-timbalanbalas-membalas (pantun dll), bersambutan;Kamus Dewan Edisi Keempat
balas-membalassaling membalas, sahut-menyahut, bersambutan;Kamus Dewan Edisi Keempat
timbaltimbang, banding, imbang; ~ balik a) pd kedua-dua bahagian (belah, pihak, dll); b) drpd kedua-dua pihak, saling mempengaruhi (menuntut, mencintai, dll), balas-membalas (tindakan, kesan, dll): cara hidup dan keper­luan hidup manusia mempunyai perhubung­an ~ balik antara satu sama lain; c) ark terbalik-balik, tunggang balik, terjungkir: babi menggelupur ~ balik; setimbal setimpal, seimbang, sepadan: mereka akan sedia berkhidmat kalau diberi pembayaran yg ~ dgn kebolehan mereka; kesetimbalan perihal (sifat atau keadaan) setimbal,keseimbangan, kesepaduan: perlu ada ~ antara beban kerja dgn upah yg di-terima oleh pekerja; bertimbal 1. berpadanan (sama tarafnya dll), berimbang; 2. pd kedua-dua belah (bahagian, pihak, sisi); ~ balik timbal balik; ~ jalan di kiri kanan jalan (bkn pokok dll); ~ rengka duduk di sebelah kiri dan kanan rengka supaya imbang; bertimbalan 1. berimbangan (dgn), berpa­dan­an (sama taraf atau kedudukannya dgn), beriringan: maka Raja Melaka pun naik ke atas gajah berengka emas, ~ dgn Raja Muda; 2. = bertimbal-timbalan balas-membalas (pantun dll), bersambutan; menimbal, menimbali membuat supaya seimbang (sepadan dll), mengimbangi, mem-banding-bandingi; timbalan 1. penolong ketua dll, naib: ~ ketua pengarang; T~ Perdana Menteri; 2. imbang­an, bandingan, tara, padanan; penimbal pengimbang; cadangan ~ (Eko) cadangan (himpunan) bahan mentah utk mengimbangkan (menstabilkan) harga bahan tersebut.Kamus Dewan Edisi Keempat
timbal balika) pd kedua-dua bahagian (belah, pihak, dll); b) drpd kedua-dua pihak, saling mempengaruhi (menuntut, mencintai, dll), balas-membalas (tindakan, kesan, dll): cara hidup dan keper­luan hidup manusia mempunyai perhubung­an ~ balik antara satu sama lain; c) ark terbalik-balik, tunggang balik, terjungkir: babi menggelupur ~ balik;Kamus Dewan Edisi Keempat
bertimbalan1. berimbangan (dgn), berpa­dan­an (sama taraf atau kedudukannya dgn), beriringan: maka Raja Melaka pun naik ke atas gajah berengka emas, ~ dgn Raja Muda; 2. = bertimbal-timbalan balas-membalas (pantun dll), bersambutan;Kamus Dewan Edisi Keempat
balas I1. = balasan a) jawaban; b) ganjaran, hukuman: menuntut ~; 2. membalas: suara tenang gadis itu memberi keyakinan kepadanya utk ~ berbicara; ada hujan ada panas, ada hari boleh ~ prb akan datang masanya utk membalas perbuatan jahat;berbalas 1. menjawab, menyahut: maka ~lah suara dr dlm rumah; 2. dijawab: cintanya tidak ~; 3. balas-berbalas: kedua–duanya pun ~ pantunlah;berbalas-balas balas-membalas;berbalasan berbalas, mendapat balas, bersambutan: perkataan yg demikianlah yg saya tunggu, supaya tepuk ~, supaya kesalahan berhukuman, supaya dosa bertebus;berbalas-balasan saling membalas, bersahut-sahutan: serta serdadu berbaris-barisan dgn meriam ~;membalas 1. menjawab: ~ surat; 2. memberi sesuatu sbg imbangan (tenaga dll); 3. membuat seseorang menderita atas kesalahan yg telah dilakukan: ~ kezaliman, pencerobohan, dan penindasan mengikut kadar yg telah dilakukan; ~ bidan melakukan sesuatu yg setimpal; ~ dendam memberi balas utk memuaskan hati; ~ budi = ~ guna = ~ jasa = ~ kebaikan berbuat kebaikan sbg tanda terima kasih atas kebaikan yg telah diterima; ~ sakit hati melakukan sesuatu supaya hilang rasa sakit hati; ~ salam menjawab salam; ~ serangan menyerang balik;balas-membalas saling membalas, sahut-menyahut, bersambutan;balasan 1. jawaban: berulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~; 2. tanda terima kasih (atas kebaikan yg telah diterima), sesuatu (kebaikan dsb) yg dilakukan atau diberikan sbg membalas (perbuatan dsb seseorang): rupanya begini ~ engkau terhadap ibumu; 3. ganjaran, hukuman: begitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yg berhati dengki;pembalasan perihal (perbuatan, tindakan) membalas;pembalas 1. orang yg membalas; 2. sesuatu yg digunakan utk membalas: inilah bingkisan ~ surat saudara.Kamus Dewan Edisi Keempat
hakikatAr sesuatu yg tidak dapat ditiadakan atau dinafikan kebenaran, kenyataan: kita tidak dapat menafikan ~ bahawa manusia semakin hari semakin saling bergantungan antara satu sama lain; pd ~nya sebenarnya, sesungguhnya: pd ~nya kemunduran itu adalah akibat kemiskinan; syariat palu-memalu, ~ balas-membalas prb Mn kebaik­an hendaklah dibalas dgn kebaikan; menghakikatkan menjadikan hakikat ba­ha­wa: seseorang yg telah menerima dan mengaku dgn kerelaan hati dan ~ Allah sbg Tuhannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
menuntut1 meminta dgn mendesak supaya sesuatu dilakukan atau ditunaikan: Pekerja-pekerja itu ~ gaji lebih. 2 meminta supaya dije­laskan hutang dll: Tiap-tiap bulan, tauke itu pergi ~ hutang drpd pelanggan-pelanggannya. 3 berusaha utk men­cari ilmu pengetahuan atau utk mendapatkan sesuatu: Ia pergi ~ ilmu ke Mesir. 4 membawa sesuatu perkara ke mahkamah; mendakwa. ~ balas membalas sesuatu perbuatan; membalas dendam. ~ bela membalas kejahatan orang; membela kematian seseorang. ~ janji meminta supaya menepati janji. ~ malu membalas sesuatu perbuatan jahat yg memalukan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tuntut; menuntut 1 meminta dgn mendesak supaya sesuatu dilakukan atau ditunaikan: Pekerja-pekerja itu ~ gaji lebih. 2 meminta supaya dije­laskan hutang dll: Tiap-tiap bulan, tauke itu pergi ~ hutang drpd pelanggan-pelanggannya. 3 berusaha utk men­cari ilmu pengetahuan atau utk mendapatkan sesuatu: Ia pergi ~ ilmu ke Mesir. 4 membawa sesuatu perkara ke mahkamah; mendakwa. ~ balas membalas sesuatu perbuatan; membalas dendam. ~ bela membalas kejahatan orang; membela kematian seseorang. ~ janji meminta supaya menepati janji. ~ malu membalas sesuatu perbuatan jahat yg memalukan. tuntutan sesuatu yg dituntut; permintaan dgn mendesak; dakwaan. penuntutan perbuatan atau hal menuntut. penuntut 1 orang yg menuntut; pendakwa. 2 orang yg sedang belajar; pelajar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas