Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.nya/] | باڽق

Definisi : 1 besar jumlahnya: Sekarang ini ~ orang perempuan yg menjadi anggota polis. 2 jumlahnya; bilangannya: Saya tidak tahu berapa ~ wang yg disimpannya di bank. berbanyak-banyak dgn bilangan yg banyak: Patik ~ menjunjung kasih kerana anugerah tuanku kpd patik. membanyakkan menjadikan banyak: Projek ‘Buku Hijau’ bertujuan ~ bahan makanan. memperbanyak menjadikan lebih banyak: Utk ~ susu dan dagingnya, lembu itu telah dikacukkan. kebanyakan 1 sebahagian yg banyak; jumlah yg terbesar: Kambing kampung ~nya dipelihara oleh orang Melayu dan orang India. 2 biasanya; umumnya: ~, asal belajar tentu pandai. 3 biasa: orang ~ orang biasa. pembanyakan perihal atau perbuatan membanyakkan. sebanyak sama banyak dgn: Wang saya tidak ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak

Puisi
 

Banyak-banyak bintang tinggi,
     Ada sebiji bintang tembaga;
Banyak-banyak orang di sini,
     Ada seorang berkenan di mata.


Lihat selanjutnya...(195)
Peribahasa

Menggeriak bagai anak nangui.

Bermaksud :

Banyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak.

 

Lihat selanjutnya...(160)

551

There's no accounting for tastes

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

I don't understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(39)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mencurahkan1 menuang sesuatu banyak-banyak; menumpahkan: Emak ~ air ke longkang. 2 ki mengeluarkan banyak-banyak (ttg rahsia dll); memberikan banyak-ba­nyak: Beliau telah banyak ~ tenaga dan wang ringgit utk menubuhkan syarikat itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lobaselalu hendak mendapat banyak-banyak; tamak. melobakan mengingini atau menghendaki sesuatu banyak-banyak. kelobaan hal atau sifat loba; ketamakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lahapsuka makan banyak-banyak dgn tidak memilih; buruk makan; gelojoh: Dimakannya nasi itu dgn ~. melahap makan dgn gelojoh; makan banyak-banyak. pelahap orang yg lahap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menimbunkan1. menyusun bertindih-tindih (berlapis-lapis) hingga merupakan timbunan, melonggokkan, menompokkan: ~ guni berisi pasir hingga merupakan ben­teng; 2. mengumpulkan banyak-banyak (atau berdikit-dikit hingga menjadi banyak), menyimpan banyak-banyak: ~ keuntungan; janganlah suka menimbunkan kerja pd hari esoknya;Kamus Dewan Edisi Keempat
raih; meraih 1 menarik ke arah diri sendiri: Ia ~ anak itu ke dlm rangkulannya. 2 membeli barang banyak-banyak utk dijual kembali: Kerjanya setiap hari ~ ikan. peraih orang yg berniaga secara membeli barang banyak-banyak dan kemudian menjualnya pula.Kamus Pelajar Edisi Kedua
borongsecara keseluruhan atau secara banyak-banyak (biasanya ttg jual beli atau pekerjaan); tidak secara runcit atau tidak berdikit-dikit: membeli ~ membeli semuanya sekali; pasar ~ pasar tempat menjual barang-barang secara borong. memborong 1 membeli semuanya sekali; membeli secara borong: Syarikat Syamelin telah ~ kelapa dr beberapa daerah di Selangor. 2 membuat sesuatu pekerjaan kesemuanya hingga selesai: Syarikat mana yg ~ pembinaan jambatan itu? memborongkan 1 menjual sesuatu banyak-banyak: Kaum nelayan di kampung itu ~ semua hasil tangkapan mereka kpd seorang peraih. 2 memberikan pekerjaan dsb kpd seseorang atau syarikat utk diselesaikan seluruhnya: Kerajaan negeri telah ~ pembinaan bangunan pejabat itu kpd syarikat asing. pemborongan perbuatan (cara dsb) memborong atau memborongkan. pemborong 1 orang yg membeli secara banyak-banyak atau keseluruhannya. 2 orang (syarikat dsb) yg membuat sesuatu pekerjaan hingga selesai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bersangkutan1 ber­sangkut banyak-banyak atau banyak yg bersangkut (bkn pakaian dll). 2 bersangkut dgn (bkn hubungan atau kaitan); ada pertaliannya atau ada hubungannya antara satu dgn yg lain; bertalian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sedikittidak besar jumlahnya; tidak banyak: Banyak bekerja ~ bercakap. Wang simpanannya sudah tinggal ~ saja lagi. ~ banyak sedikit atau banyak (utk me­nyatakan jumlah yg tidak tentu ba­nyaknya); lebih kurang. sedikit-sedikit 1 tiap-tiap kali sedikit; sedi­kit demi sedikit: ~, lama-lama men­jadi bukit. 2 walaupun sedikit. menyedikitkan membuat menjadi se­dikit; mengurangkan supaya sedikit; mengecilkan: ~ belanja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkicauanberkicau banyak kali atau berkicau banyak-banyak: Murai ~ pd pagi hari.Kamus Pelajar Edisi Kedua
peras; memeras 1 meramas sesuatu supaya keluar airnya dll; memerah: ~ susu lembu. 2 mengambil untung banyak-banyak drpd orang lain; menindas: Sekarang mereka tidak dpt lagi ~ kaum tani. 3 meminta wang dll dgn ugutan: Dia telah ditangkap kerana ~ seorang pekedai kecil. perasan 1 yg terhasil drpd memeras; perahan. 2 tindakan mengambil untung banyak-banyak atau meminta wang dll dgn ugutan. pemerasan perbuatan (hal) memeras: Riba ialah satu cara ~ terhadap orang yg menderita. pemeras 1 orang yg memeras. 2 alat utk memeras: ~ kelapa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas