Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Banyak udang Kuala Palembang,
     Mari dicedok tudung sebiji;
Anak orang jangan dibimbang,
     Satu kerja haram tak jadi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Suruh kerja golok Keling,
     suruh makan parang puting.

Bermaksud :

Malas bekerja tetapi banyak makan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting).

 

Lihat selanjutnya...(4)

253

More haste, worse speed

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
repot II(répot) IB 1. banyak kerja, sibuk: ia begitu ~ mengurus dan melayani orang-orang yg datang di rumahnya; mereka akan membenarkan kita lewat tanpa ~; 2. dlm k­­e­­sukaran, berabai, kalut, kelam-kabut: orang ramai mulai ~ kerana harga beras telah meningkat naik; merepotkan menyebabkan repot; kerepotan kesibukan, kekalutan.Kamus Dewan Edisi Keempat
legak IIKl sibuk (urusan), banyak kerja.Kamus Dewan Edisi Keempat
lowonganjawatan (pekerjaan) kosong: tahun hadapan akan terbuka banyak ~ kerja di jabatan itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
ripuhJk 1. mengalami kesusahan (kerana sakit, ketiadaan wang, dll); 2. banyak kerja, sibuk, repot; 3. kacau-bilau, tidak keruan, ribut.Kamus Dewan Edisi Keempat
ripu, ripuh Jk 1. mengalami kesusahan (kerana sakit, ketiadaan wang, dll); 2. banyak kerja, sibuk, repot; 3. kacau-bilau, tidak keruan, ribut.Kamus Dewan Edisi Keempat
anggal I1. ringan (muatan perahu), lwn sarat: perahu yg ~; 2. ringan (penyakit): sakitnya telah ~; 3. senggang, tidak banyak kerja, lapang: masa yg ~ bagi kami; menganggali, menganggalkan meri­ng­an­­­­kan; perahu yg sarat dianggali ki (dikata­kan mengenai) ayam yg temboloknya ter­buka dlm perlagaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
aktiviti tinggi(high activity)Keadaan ketika sistem giat melakukan pemprosesan yang banyak atau ketika banyak kerja perlu dilakukan dalam sesuatu projek.Kamus Komputer
kerja borongkerja yg pembayarannya didasarkan pd keseluruhan kerja yg terlibat (bayarannya setelah selesai seluruhnya atau menurut banyak kerja yg dibuat semuanya);Kamus Dewan Edisi Keempat
kesibukan1. perihal (keadaan dsb) sibuk, perihal (keadaan dsb) menghadapi atau di­bebani banyak kerja (urusan dsb): usaha itu terbengkalai utk beberapa ketika kerana ~ kerja; 2. perihal keadaan sibuk dgn kenderaan dll, kesesakan, keributan: semakin jauh ia meninggalkan ibu kota, semakin reda pula­lah ~ yg menggila itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
lowongtidak ada yg menduduki (jawatan, pangkat, tugas, dsb), terluang, kosong; melowongkan mengosongkan (jawatan, pangkat, dsb), meluangkan; lowongan jawatan (pekerjaan) kosong: tahun hadapan akan terbuka banyak ~ kerja di jabatan itu; kelowongan keadaan lowong, kekosongan: akan tetapi ~ itu diisi dgn pengarang-­pengarang baru yg berbakti.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas