mejan | (méjan) (batu) nisan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batu nisan | batu tanda pd kubur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
batu nisan | batu tanda pd kubur yg biasanya mempunyai nama, tarikh, dsb orang yg dikebumikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batu nisan | batu di atas atau di satu hujung kubur, biasanya ditulis nama dan maklumat si mati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengertikan | 1. menjelaskan erti (makna) sesuatu, memberi erti, mentafsirkan: batu nisan itu mempunyai tulisan yg tidak dapat diertikan; maka oleh Sultan masalah itu disuruh ertikan ke Pasai; kalau dia berdiam diri, janganlah diertikan dia bersetuju; 2. membuat atau menjadikan (orang dll) mengerti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kubur I | 1. tempat menanam mayat, makam; ahli ~ orang-orang yg sudah meninggal dunia; batu ~ nisan; bunga (pokok) ~ bunga (pokok) yg biasanya ditanam di perkuburan (bunga atau pokok kemboja); 2. = lubang (liang) ~ lubang (liang) di tanah tempat menanam mayat: ~ digali di tempat itu juga dan orang salah duduk di tepi lubang ~; sampai ke lubang (liang) ~ sampai mati; berkubur 1. ditanam (mayat), dikebumikan: di situ tempat ~ pahlawan-pahlawan yg gugur; pd masa peperangan banyak yg mati tidak ~; 2. ki mati (dan dikebumikan): negeri itu sudah menjadi tanah airnya dan di situlah ia akan ~; 3. ki hapus, hilang, tidak dapat diamalkan lagi atau diteruskan: sistem pimpinan cara warisan telah ~ dan munculnya demokrasi; menguburkan 1. menanam mayat, mengebumikan, memakamkan; 2. ki menghilangkan atau menghapuskan, melenyapkan; terkubur 1. dikuburkan, dikebumikan: setelah ~ jenazah Bendahara itu, maka Baginda pun pulang ke istananya; 2. ki hilang, hapus, lenyap: beliau terharu dan kesal kerana banyaknya akhbar tempatan yg ~ begitu sahaja; kuburan tanah tempat menguburkan mayat, makam; perkuburan tanah lapang atau kawasan tempat menguburkan orang-orang yg telah mati, permakaman: jenazahnya diusung ke ~; penguburan perihal menguburkan mayat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
epitaf | (épitaf) penyataan ringkas memperingati orang yg meninggal dunia atau peristiwa yg lalu (pd batu nisan atau monumen). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertua | 1. yg paling tua: bentuk puisi bertulis yg ~ sekali dlm bahasa Melayu terdapat pd batu nisan yg dijumpai di Minye Tujuh, Acheh; 2. lebih tua (berumur): Abdul Rahim ~ dua tahun drpd Amin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpahat | 1. telah diukir dgn pahat, terukir: ukiran yg ~ di atasnya melambangkan kepercayaan animisme; tulisan yg ~ pd batu nisan itu mengandungi dua rangkap puisi; 2. ki terlekat, tercatat atau terakam seolah-olah telah dipahat pd sesuatu: hasrat utk menulis novel tetap ~ di tangkai hatinya; bagi kaki pancing, nama Pulau Sembilan pasti ~ dlm ingatan mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nisan | , = batu ~ batu tanda pd kubur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |