Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.da] | بندا

Definisi : 1 sesuatu yg tidak diketahui benar-benar; apa-apa saja yg dikira secara umum; barang: Apa ~nya yg engkau bawa itu? 2 barang-barang yg berharga; harta: Arwah ayahnya tidak meninggalkan ~ apa jua pun. 3 segala yg berbentuk dan dpt dilihat serta dipegang; lwn roh. ~ hidup segala benda yg bernafas atau yg dpt bergerak. ~ mati segala benda yg tidak bernafas atau tidak bergerak. kebendaan 1 apa-apa yg berupa atau yg bersifat benda; yg mengenai benda. 2 yg bersifat mementingkan harta benda: golongan yg terlalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benda

Puisi
 

Apa benda dalam pasu,
     Rebus ketupat jadi batu;
Kalau berniaga kongsi bisu,
     Jangan untung rugi tak Berniaga/untung


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kain pendinding miang,
     wang pendinding malu.

Bermaksud :

Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu.

 

Lihat selanjutnya...(24)

14

A bad workman finds fault with his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman finds fault with his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bakaranbenda-benda yg dibakar, benda-benda yg terbakar: Asap dr ~ sampah itu berkepul-kepul naik ke langit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gluperekat yg digunakan utk menyambung benda-benda, terutama benda-benda drpd kayu dan digunakan ketika lembut (cair).Kamus Pelajar Edisi Kedua
rabunkurang terang atau kurang jelas penglihatannya. ~ ayam tidak dpt melihat dgn jelas ketika senja. ~ dekat tidak dpt melihat benda-benda yg dekat dgn jelas tetapi dpt melihat benda-benda yg jauh dgn jelas. ~ jauh tidak dpt melihat benda-benda yg jauh dgn jelas tetapi dpt melihat benda yg dekat dgn jelas. ~ malam pemandangan menjadi kabur pd waktu malam atau ketika samar-samar. ~ tua rabun kerana sudah tua.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pain Isatuan yg digunakan utk menyukat benda-benda cair; sukatan utk benda-benda cair sebanyak gelen atau 0.568 desimeter padu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bentuk1 lengkok atau kelok pd benda-benda yg melengkung: ~ busur; ~ taji. 2 penjodoh bilangan utk benda-benda yg berkelok, spt cincin: Dia membelikan anaknya se~ cincin emas. 3 potongan atau rupa sesuatu benda: Kereta ini ~nya spt kotak. 4 susunan dan gaya karangan: Ia melahirkan isi hatinya dlm ~ puisi. berbentuk mempunyai rupa atau bentuk; berupa: Mereka suka tinggal di rumah pangsa yg ~ spt rumah burung merpati. membentuk 1 berkelok spt sebahagian drpd bulatan; melengkung: Keningnya ~ spt bulan sehari. 2 menjadikan sesuatu melengkung atau melentur; melengkungkan: Nelayan itu sedang ~ mata kail. 3 membuat sesuatu supaya tentu bentuknya: Pertapa itu sedang ~ mata keris. 4 membaiki kelakuan orang; mendidik dan mengajar orang: Jika hendak ~ orang, biarlah ketika ia masih kanak-kanak. terbentuk sudah dibentuk: Sebuah cawangan syarikat Syamelin telah ~ di kampung saya. pembentukan perbuatan atau hal membentuk: ~ syarikat kerjasama tsb telah mendapat sokongan drpd segenap penduduk kampung itu. pembentuk 1 (dlm berbagai-bagai erti) orang yg membentuk. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membentuk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rabun dekattidak dpt melihat benda-benda yg dekat dgn jelas tetapi dpt melihat benda-benda yg jauh dgn jelas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
selekeh/selékéh/ 1 benda-benda kotor yg melekat pd sesuatu; palit: Bersihkan ~ pd mulutmu itu. 2 dipenuhi benda-benda kotor; tidak senonoh (bkn pakaian dll): Muka engkau ini ~ benar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bancuh; membancuh mencampurkan serta mengaduk benda-benda yg berlainan jenis dlm satu bekas supaya menjadi satu: ~ simen dgn pasir. bancuhan benda-benda yg sudah dibancuh; adukan. pembancuhan perbuatan atau hal membancuh. pembancuh 1 alat yg digunakan utk membancuh. 2 orang yg kerjanya membancuh: ~ ubat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
leler/lélér/; berleleran meleleh banyak-banyak (bkn benda-benda yg lekat dan agak pekat): Lahar gunung berapi ~ melitupi kawasan di sekitarnya. meleler mengalir perlahan-lahan (bkn benda-benda yg lekat dan agak pekat). leleran sesuatu yg meleler (spt lahar).Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyerap1 masuk ke dlm melalui liang-liang kecil (bkn benda-benda cair); meresap: Air lekas ~ ke dlm tanah yg berpasir. 2 dpt menghisap benda-benda cair: Jika tidak ada kertas sap, kapur pun dpt digunakan utk ~ dak­wat. 3 ki masuk benar-benar ke dlm badan (hati dll); mesra sekali (bkn persahabatan): Sejuknya ~ ke tulang. 4 menerima dan menahan semuanya sekali drpd memantul atau berbalik semula (bkn haba, cahaya dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas