kemenyan I | dupa atau getah drpd sj tumbuhan (Styrax benzoin) yg harum baunya apabila diĀbakar, luban jawi; jenis-jenisnya: ~ arab, ~ hantu, ~ hitam, ~ merah, ~ putih, ~ serani; belum (sudah) diasapi ~ belum (sudah) berkahwin; apakah gunanya ~ sebesar tungku kalau tidak dibakar = ~ sebesar lutut, jika tidak dibakar manakan berbau prb tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yg disimpan sahaja dan tidak diajarkan kpd orang lain; gaharu dibakar, ~ berbau prb memperlihatkan keleĀbihan supaya dipercayai orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |